Thursday, October 15, 2009

KATIBAH 10-11 oktober 2009

1. Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran pada Allah di atas nikmat tarbiyah dan nikmat ber"JAMAAH" yang dianugerahkan pada kita semua. Program kali ini sebenarnya adalah kerja pertama ana setelah memegang T-PSM JIM TL selaku TYDP JIM-TL. Tahniah dan terimakasih pada semua yang menjayakan program, pihak surau An-Nur akhie Isahak dan AJK surau, Ustaz Sazali Al-Yamani dan pak supir Khairul Anuar untuk kuliah maghrib ilmu iman, Tuan Bakhtiar dan Dr Roslan program road show gempa PADANG.

2. Program katibah kali ini adalah kesinambungan program katibah bulanan yang dijalankan sebelum ini merangkumi Kuliah ilmu dan iman, road show gempa PADANG, qiamullail, bacaan ma'thurat dan tazkeerah subuh oleh Ustaz Sazali AlYamani.

3. Penyertaan adalah sekira 40 orang temasuk qaryah dan akhawat dan program teramai ketika road show gempa PADANG. Penyertaan adalah daripada ikhwah dan akhawat JIM TL, ikhwah JIM BD, ahli Karisma dan ahli qaryah Lebuh Nipah.

4. Program kali ini telah ditukar format kepada hari Sabtu (dulu Jumaat) dan dimulakan selepas kuliah maghrib. Program kuliah dibuka kepada umum termasuk akhawat JIM TL dan JIM BD. Ini untuk memberikan peluang masyarakat dapat mencedok manafaat daripada program-program tarbiyah JIM bersama ahli JIM.

5. Selain dari itu, pembaharuan lain adalah bacaan ma'thurat selepas solat subuh dan tazkeerah.

6. Penyampaian Ustaz Sazali berkisar pembuktian Al-Quran terhadap perkara-perkara ghaib. Ini adalah kerana didalam rukun iman, hanya kepercayaan kepada kitab iaitu Al-Quran sahaja yang masih ada di tangan umat Islam, justeru itu, kitab al-Quran perlu membuktikan kebenaran terhadap kepercayaan perkara-perkara ghaib itu.

7. Ustaz Sazali membawa 2 fakta saintifik dalam perbincangan kali ini iaitu dari segi ilmu 'ocenology' atau lautan dan ilmu embriologi.

8. Pengetahuan manusia tentang lautan secara terperinci adalah dalam dekad yang terakhir setelah manusia mempunyai alat untuk menyelam. Bahkan fenomena ombak di dalam laut dalam hanya boleh dilihat melalui gambar satelit. Setelah menerangkan lautan dari sudut saintifik, ustaz menceritakan kata-kata Al-Quran dalam surah An-Nur ayat 40 berbunyi "Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap gelita yang diliputi oleh ombak bertindih ombak, di sebelahnya atasnya pula awan tebal, (demikian keadaannya) gelap gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut peraturannya mendapat cahaya petunjuk maka ia tidak beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).

9. Disiplin lain yang disentuh ialah embriologi. Pada zaman dahulu manusia telah disesatkan oleh tokoh agung dari Greek iaitu Aristotale dengan teorinya bahawa bayi berasal daripada darah haid. Manusia telah sesat selama 1,000 tahun dengan kepercayaan karut ini. Bagaimanapun Allah berfirman dalam Al-Quran dalam surah Al-mukminun ayat 14 bermaksud "Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik pencipta."

10. Ustaz yang merujuk kepada profesor Keith L. Moore telah menjelaskan erti perkataan sebenar NUTFAH, 'ALAQAH dan MUDGHAH. Nutfah yang diterjemahkan sebagai air mani adalah kurang tepat kerana maksudnya merujuk kepada sperma.

11. Setakat ini sahaja laporan ana, kalau ingin mengetahui lebih terperinci, jangan lupa hadir katibah akan datang November, minggu ke-2insyaallah. Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur kita dalam amal.

12. Program katibah ini adalah merupakan usrah umum kepada semua usrah di Pulau serta menjadi wadah untuk orang ramai mengenali JIM lebih dekat. Silibus yang akan digunakan adalah modul usrah juga. Olehitu, ana berharap nakieb di Pulau memastikan anak buah masing-masing hadir ke majlis bulanan ini. Para nakibah juga menghantar anak buah masing-masing untuk program kuliah Maghrib dan Isya'.

13. Cadangan ana pada bulan depan, pihak JIM BD atau JIM TL menyediakan minuman selepasa Solat subuh. Setiap ahli JIM pula berusaha membawa rakan-rakan ke majlis tersebut supaya dapat bermuayasyah dan bertakruf dengan ahli-ahli JIM. Kita nak ahli JIM berkembang.

13. Sekian. Segala yang baik daripada Allah dan segala yang buruk dari ana jua... Gambar akan dimajukan selepas ini...

Wassalam,

Yusni

Friday, October 9, 2009

Khutbah Jumaat @ USM - 9 Okt 2009

Salam semua,

Alhamdulillah baru pulang dr solat jumaat di USM sebentar tadi. Sungguh bertuah dapat mendengar khutbah yg disampaikan oleh Al-Akh Syeikh Amirullah yg dikasihi GBS.
Isi khtubah rata2 berkisar ttg pengajaran yg perlu dikutip dr kejadian2 bencana alam yg berlaku dewasa kini spt tsunami di pasifik, ribut dan taufan di filipina dan jepun, gegaran di negara kita dan yg paling dasyat gempa bumi di Padang.

Inti utama khutbah mengajak manusia insaf ttg kerosakan2 (kefasadan) yg manusia lakukan yg menjdai asbab berlakunya kebinasaan/kehancuran dimuka bumi spt yg dipetik Amirullah dr Surah Ar-Rom ayat 41. Kejahatan tangan2 manusia spt pencemaran alam sekitar, pembalakan haram, penggondolan bukit telah menjadi pemangkin tercetusnya kerosakan ekosistem justeru bencana alam.

Menurut khatib lagi, kefasadan(kerosakan) yg dilakukan manusia terbahagi kpd 2.
1. Kerosakan fizikal
2. Kerosakan spiritual
Kerosakan fizikal yg dilakukan itu adalah kerosakan yg dinyatakn diatas spt pencemaran alam, pembalakan dsb manakala kerosakan spiritual melibatkan kebejatan (keruntuhan) akhlaq manusia dewasa ini sperti masalah rasuah dsb.

Lantas khatib menyeru para jemaah supaya insaf dan cuba merubah diri agar tidak tergolong dlm golongan yg membuat kefasadan dimuka bumi ini.

Khutbah kedua pula diakhiri dgn seruan agar jemaah menghulurkan bantuan yg termampu kepada mangsa2 gempa dsb melalui saluran2 yg sah spt yg dianjurkan Pusat Islam USM.
Khutbah diakhiri dgn hadith popular yg lebih kurang mafhumnya:

"tidak sempurna iman seseorang kamu sehinggalah dia mencinta saudaranya sepertimana dia mencintai diri nye sendiri."
Hadith ini cukup cantik diletakkan di penghujung khutbah ringkas dan padat oleh Syeikhuna Amirullah yg dikasihi Allah Ameen!

Jazaakallahukhair...

Antara hadirin di masjid USM tadi termasuk:
Azam, Syed Faizal, Yusni, Isahak (SU JIMPP), Imam Malik(our beloved x-GBS), Hj Latif (BD), juga mantan Mufti Perlis (Ust Asri).

wassalam...
Hafiz