Tuesday, March 31, 2015

menjaga kesihatan badan untuk dakwah

Alhamdulillah dapat juga GBS meneruskan ruangan ini. InsyaAllah peringatan yang dikongsikan adalah untuk manfaat bersama.

Kebanyakan ahli GBSian kini berumur melebihi 30 tahun. Masa semakin berlalu dan umur semakin meningkat. Sesuai dengan peningkatan umur ini, kesihatan diri harus diambil berat. Ini untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik. Sekiranya terdapat tanda tanda penyakit yang dapat dikesan awal, insyaAllah peluang untuk sembuh lebih tinggi.

Diantara amalan yang boleh dilakukan individu ialah mengamalkan gaya hidup sihat. Diantara aktiviti yang dipantau didalam usrah ialah riadah. Ini bertujuan untuk memastikan individu muslim sihat dan cergas. Dengan mengamalkan riadah, sedikit sebanyak individu muslim menjadi seorang yang peka terhadap kesihatan. Disamping itu, aktiviti riadah juga menyediakan mental untuk berusaha, bersiap sedia dan aktif.

Pemakanan merupakan satu lagi aspek penting dalam penjagaan kesihatan. Makanan makanan yang tinggi kandungan gula, lemak dan garam harus dikurangkan. Jadual pemakanan juga harus dijaga dan elakkan daripada makan berat dilewat malam. Carilah sumber makannan yang sihat dan baik.

InsyaAllah disiri yang lain GBS akan berkongsi lagi tips tips kesihatan.

Wahai sekalian manusia! 
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, 
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; 
kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah 2:168)