Friday, November 17, 2017

jom hafal surah al mulk

surah al mulk adalah satu surah makkiyah. Terdapat riwayat hadith Rasulullah S.A.W bahawa membaca surah ini dapat menghindari orang yang membacanya daripada azab kubur kelak. Justeru itu, kita hendaklah berusaha untuk menghafal surah ini dengan sebaiknya.

Jadikan amalan untuk membaca surah al  mulk sebelum tidur. Semoga Allah selamatkan kita daripada azab kubur dan siksa di akhirat kelak.

Ayat ayat didalam surah al mulk menceritakan tentang tujuan kita dijadikan di dunia ini. Dunia ini, sebagai tempat untuk menguji siapakah diantara kita yang lebih baik amalnya. Seharusnya, kita melihat bahawasanya masa dunia ini sempit dan terbatas. Masa akhirat ternyata sangat luas dan kekal abadi. Jadi, ayuh bersegera melakukan kebaikan dan meninggalkan perkara perkara yang membawa kepada kerugian diakhirat kelak.

Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - 

untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: 
siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya
dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), 
lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);
(Al-Mulk 67:2)


Didalam surah al mulk juga, kita diseru supaya melihat kepada penciptaan langit. Tiada retak malah sempurnya melindungi makhluk yang hidup dimuka bumi ini. Maha suci pencipta yang menciptakan langit sedangkan hamba hambaNya banyak yang tidak bersyukur.

pautan:
http://www.surah.my/67

Friday, October 7, 2016

masa masa terbaik untuk membaca al quran

Al Quran merupakan kalam Allah yang suci. Namun, kita sering tidak memastikan hidup kita dekat dengan Al Quran. Kita jarang membaca dan menghayati kalam Allah.

Pada masa ini, kebanyakan masa kita dihabiskan dengan membaca perkara online seperti whatsapp, facebook dan youtobe serta bermacam lagi media sosial. Tanpa kita sedar, kita sudah menghabiskan masa berjam jam sehari melayari internet tanpa sebarang hala tuju yang jelas. Seharusnya kita meletakkan panduan waktu untuk melayari media sosial seperti hanya pada waktu rehat. Kebanyakan yang kita layari tidak memberi impak kepada diri kita. Sedangkan kita sebenarnya memerlukan panduan daripada Allah.

Cadangan masa terbaik untuk membaca Al Quran

1. Selepas selesai solat fardu
Luangkan masa dalam sepuluh minit untuk membaca Al Quran dan memperbaiki hafalan surah surah. Waktu selepas solat maghrib juga boleh diluangkan untuk membaca Al Quran bersama anak anak dan isteri. Kebiasaannya waktu maghrib dibiarkan kosong atau berlalu begitu sahaja dengan kita menonton berita di tv atau melayari internet.

Waktu selepas solah subuh juga boleh digunakan untuk tujuan hafalan ayat Al Quran. Ini kerana, waktu awal pagi tubuh dan minda masih segar.

2. Sebelum solat jumaat
Kebiasaannya terdapat masa rehat yang panjang untuk kaum lelaki pergi solat jumaat. Masa ini boleh digunakan untuk membaca Al Quran dengan lebih lama. Para hadirin solat jumaat boleh cuba memendekkan makan tengahhari dan memanjangkan masa membaca Al Quran dan beriktikaf di masjid.

3. Hujung minggu
Waktu hujung minggu boleh digunakan untuk menambahkan tempoh membaca Al Quran. Masa selepas solat subuh boleh diluangkan untuk membaca Al Quran dengan lebih panjang sebelum bersarapan dan melakukan aktiviti lain.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:17)

pautan: http://www.surah.my/54

Thursday, July 21, 2016

puasa enam hari di bulan Syawal

Alhamdulillah GBS dapat lagi bersiaran didalam alam maya. Syukur kehadrat Allah SWT kerana masih diberikan peluang untuk sampai ke bulan Syawal setelah sebulan menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan.

InsyaAllah tarbiah ramadhan menjadikan kita rindu untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Disamping itu, kita akan merasa lebih bersedia untuk menghadapai dugaan dan cabaran menuruti perintah Allah SWT. Tarbiah ramadhan membuktikan kita mampu mengawal hawa nafsu mengikut perintah Allah SWT.

Sebagai kesinambungan tarbiah bulan Ramdhan, kita sangat dituntut untuk melaksanakan puasa enam hari di bulan Syawal. Semoga kita meluangkan masa kita di bulan Syawal untuk menunaikan ibadah puasa sunat kerana pahalanya bersaman puasa sepanjang tahun. Hanya enam hari di bulan Syawal perlu diluangkan untuk berpuasa.

Kita haruslah menilai diri kita jika kita tidak dapat meluangkan sedikit masa dibulan Syawal untuk mendapat ganjaran daripada Allah SWT. InsyaAllah sama sama kita teruskan istiqamah melakukan puasa puasa sunat di bulan bulan seterusnya.

Puasa puasa sunat insyaAllah akan membentuk diri muslim menjadi muslim yang lebih baik terhadap manusia dan penciptaNya.

Friday, June 10, 2016

ramadhan tiba lagi

Alhamdulillah ramadhan tiba lagi,

bulan yang menuntut umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah dan pengharapan kepada Allah supaya diberikan pengampunan dan ditingkatkan keimanan supaya menjadi hambaNya yang lebih bertakwa.

Ketibaan bulan ramadhan haruslah disambut dengan penuh syukur. Ini kerana, ramai yang tidak berkesempatan menemui ramadhan pada tahun ini setelah dipanggil bertemu Allah SWT kembali. Kesempatan ini haruslah digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan amal ibadah. Bulan ini menuntut pengorbanan daripada hamba kepada pencipta dengan memperbanyakkan amal ibadah, qiyamullail, tilawah alquran dan sedekah.

Amalan amalan kebajikan dibulan ramadhan ditingkatkan gandaan pahala. Oleh itu, bulan ini haruslah menjadi bulan perlumbaan dalam amal ibadat.



Seharusnya, berpuasa dibulan ramadhan mendekatkan kita dengan orang orang yang memerlukan. Berpuasa seharusnya mendekatkan kita dengan perasaan bagaimana saudara saudara kita yang kekurangan makanan. Jadi, kita hendaklah mengelakkan pembaziran semasa berbuka puasa kerana apa yang kita bazirkan sangat bernilai kepada jutaan umat Islam yang berpuasa dan berbuka dengan serba kekurangan.

Oleh itu, anjuran anjuran penajaan berbuka puasa seperti yang dianjurkan badan kebajikan haruslah disahut. Semoga ibadah berpuasa kita mendatangkan keinsafan dan Allah menerima ibadat berpuasa kita.

Friday, February 19, 2016

mengubati hati dengan amal ibadah

Alhamdulillah Usrah GBS dapat bersiaran lagi pada pagi jumaat ini setelah lama tidak bersiaran di laman maya. InsyaAllah akan cuba lebih konsisten dalam bidang penulisan blog pada tahun ini.

Ubat hati
Hati manusia jika tidak dijaga akan mudah untuk mendapat penyakit penyakit rohani. Hubungan dengan Allah akan terabai. Seterusnya hubungan dengan manusia menjadi tidak harmoni. Hati tidak lagi sensitif kepada masalah masalah umat. Kehidupan lebih tertumpu kepada matlamat dunia dan semakin jauh dari melihat perjalanan ke akhirat.

Diantar ubat hati ialah dengan

Memperbanyakkan bacaan Al Quran

Sesungguhnya didalam Al Quran terdapat banyak nasihat dan panduan daripada Allah SWT kepada manusia yang mahu berfikir. Ayat ayat Al Quran akan mengingatkan kita bahawa Allah SWT sentiasa memerhati dan mengingatkan kita bahawa suatu hari kelak kita pasti akan bertemu dengan Allah SWT.

Memperbanyakkan solat malam
Solat malam adalah satu anugerah daripada Allah SWT. Kita hendaklah cuba untuk mendidik hati kita supaya dapat mengerjakan solat malam. Sebagai permulaan bolehlah dilakukan secara berkumpulan untuk mendapat momentum melakukan solat malam secara bersendirian.

Berpuasa sunat

Puasa sunat adalah satu ibadah yang dilakukan atas kerelaan diri untuk mendapatkan redha Allah SWT. Didalam mengerjakan puasa sunat, kita mengharapkan janji Allah untuk bertemu dengan Allah dalam keredhaanNya

Bersedekah

Bersedekah mendidik hati supaya tidak kedekut dan kikir. Hati menjadi sensitif dan prihatin dengan mereka yang ditimpa kesusahan. Malah, kita dianjurkan untuk menginfakkan harta samaada diwaktu senang atau kesempitan. Semoga Allah menganjari pengorbanan hambanya.

Friday, October 2, 2015

laporan aktiviti korban perdana

Alhamdulillah program korban perdana berjaya dilaksanakan dengan baik pada hari raya ketiga.



Ramai sukarelawan pelbagai lapisan umur yang turut menjayakan program ini. Lembu lembu berjaya disembelih dengan baik dan cepat.




Proses melapah dilaksanakan dengan cepat dan teratur. Mesin pemotong tulang digunakan untuk memotong tulang. Daging daging dipotong dan dibungkus sebelum diedarkan kepada yang memerlukan.



Seekor lembu yang didermakan untuk tujuan kenduri dijadikan lauk kenduri untuk makan tengah hari. Alhamdulillah ramai juga penduduk yang hadir sehingga jam 3 petang.


Semoga Allah menerima amalan amalan umat Islam disepanjang hari raya aidiladha tahun ini.

Tuesday, September 22, 2015

Jom sertai Gotong Royong Qurban Perdana IKRAM

InsyaAllah pada hari raya aidil adha yang ketiga, 26 September 2015, akan diadakan aktiviti Qurban dan sembelihan lembu kenduri di Sekolah Menengah Al Itqan, Teluk Kumbar.

Aktiviti ini diadakan untuk menyemarakkan semangat sukarelawan masyarakat disamping memberi penerangan tentang aktiviti kutipan dana pembangunan Sekolah Menengah Al Itqan, Teluk Kumbar.

Sukarelawan Gotong Royong dan Jamuan Qurban Perdana Al ITQAN dan IKRAM

Daftar Sukarelawan Online: https://goo.gl/ZWCXeZ

Tarikh : Sabtu 26 September 2015
Masa : 8.00 Pagi
Tempat : SMI Al ITQAN, Teluk Kumbar (Sekolah Menengah Al-itqan Pulau Pinang, Jalan Sepakat, Kampung Masjid, 11920, Bayan Lepas, Pulau Pinang)
Google Maps: http://goo.gl/maps/lec6g

GPS: 5.294364,100.2237682

Pertanyaan : En Talha 0175402160
En Fared: 0124319582

Ayuh kita bersama menjayakan aktiviti ini.

Friday, September 18, 2015

Qurban Kasih Ummah datang lagi

Alhamdulillah, hari raya aidil adha akan tiba lagi pada tahun ini. Ibadah korban adalah satu ibadah yang sangat dituntut untuk umat islam laksanakan bagi menyambut hari raya aidil adha.



Dewasa ini, ramai umat islam dilanda krisis yang dahsyat seperti krisis peperangan di Syria. Disamping itu, ramai umat islam yang dhaif diluar sana yang rata rata tidak mampu merasai daging kecuali amat jarang sekali.

Oleh dasar kasih sayang umat islam, kita hendaklah bersegera dalam melaksanakan kebaikan yang dituntut ini.

Ibadah korban yang dilaksanakan akan menjadi penghubung dan bukti kasih kita kepada saudara kita yang memerlukan.

Ayuh sama sama kita laksanakan ibadah korban tahun ini. Bagi yang ingin menjayakan program Qurban Kasih Ummah, boleh layarin link dibawah:

http://qurban-aqiqah.ikram.org.my/blog/14-2/

Rasulullah s.a.w. bersabda: 

“Tidak ada amal yang dilakukan oleh anak Adam lebih disukai oleh Allah pada hari korban selain dari mengalirkan darah (menyembelih korban).

Sesungguhnya korbannya itu pada hari Kiamat akan datang menyertai bani Adam dengan tanduk-tanduknya, bulunya dan kuku-kukunya.

Dan darah korban tersebut akan menitis di suatu tempat (yang diredhai) Allah sebelum menitis ke bumi, maka relakanlah korban itu.” (HR Tirmidzi)


Friday, May 22, 2015

jom bantu saudara Rohingya

Alhamdulillah GBS dapat bersiaran lagi pada hari ini di hari Jumaat yang berkah.

Pada masa ini, berita tentang pelarian Rohingya sentiasa kedengaran didalam media massa. Sebagai rakyat dan juga muslim yang prihatin. Kita seharusnya berusaha untuk membantu saudara kita yang tertindas. Isu isu kemanusiaan haruslah diutamakan didalam membantu masyarakat Rohingya.

Mereka telah lama tertindas dan tidak diiktiraf sebagai warganegara walaupun sudah menetap sejak zaman berzaman. Tekanan dan penindasan memaksa mereka lari mencari tempat yang lebih aman. Nyawa dan nasib mereka bergantung kepada ihsan penyeludup yang mengejar keuntungan.

Ada pelarian yang berbulan bulan tinggal di tengah laut dalam mencari tempat yang sudi menerima mereka. Kita sepatutnya mengambil satu pendirian untuk sama sama membantu mereka.

Diantara cara untuk membantu ialah mendapatkan maklumat yang betul tentang perkara yang berlaku dan menyebarkan kesedaran kepada orang ramai. Disamping itu, kita boleh membantu dengan menyalurkan bantuan sekadar yang termampu. Salah satu cara ialah dengan menderma kepada dana bantuan Rohingya anjuran Mycare.



Ayuh sama sama kita bantu

Tuesday, March 31, 2015

menjaga kesihatan badan untuk dakwah

Alhamdulillah dapat juga GBS meneruskan ruangan ini. InsyaAllah peringatan yang dikongsikan adalah untuk manfaat bersama.

Kebanyakan ahli GBSian kini berumur melebihi 30 tahun. Masa semakin berlalu dan umur semakin meningkat. Sesuai dengan peningkatan umur ini, kesihatan diri harus diambil berat. Ini untuk mengelakkan berlakunya penyakit kronik. Sekiranya terdapat tanda tanda penyakit yang dapat dikesan awal, insyaAllah peluang untuk sembuh lebih tinggi.

Diantara amalan yang boleh dilakukan individu ialah mengamalkan gaya hidup sihat. Diantara aktiviti yang dipantau didalam usrah ialah riadah. Ini bertujuan untuk memastikan individu muslim sihat dan cergas. Dengan mengamalkan riadah, sedikit sebanyak individu muslim menjadi seorang yang peka terhadap kesihatan. Disamping itu, aktiviti riadah juga menyediakan mental untuk berusaha, bersiap sedia dan aktif.

Pemakanan merupakan satu lagi aspek penting dalam penjagaan kesihatan. Makanan makanan yang tinggi kandungan gula, lemak dan garam harus dikurangkan. Jadual pemakanan juga harus dijaga dan elakkan daripada makan berat dilewat malam. Carilah sumber makannan yang sihat dan baik.

InsyaAllah disiri yang lain GBS akan berkongsi lagi tips tips kesihatan.

Wahai sekalian manusia! 
Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, 
dan janganlah kamu ikut jejak langkah Syaitan; 
kerana sesungguhnya Syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu.
(Al-Baqarah 2:168)