Wednesday, May 13, 2009

Ke Mana Kita Selepas Ini...?


Kubur adalah akhir perjalanan semua manusia di dunia
tempat menuai amal baik dan buruk
Semua manusia pasti singgah di ruang kubur...

Tiada lagi kata-kata indah
semua pintu tertutup sudah jika sudah memasukinya
harta, takhta dan keluarga
tiada yang mampu menemani
tiada lagi kata-kata kebaikan
kerana gerbang telah dikunci
manusia paling kuat sekalipun
akan mati dan menimba perbuatannya
hati paling keras sekalipun
akan kecut dan membisu hingga lunak bagai lumpur...

Apalagi yang dapat kita banggakan jika sudah memasukinya
apalagi yang mampu kita tertawakan
jika alam kesepian penuh cacing dan tanah basah
menjadi rumah kita
yang tinggal hanyalah
kesedihan dan penyesalan yang tiada tara...

Kita semua mesti berbuat kebaikan bersungguh-sungguh hanya untuk kubur
manusia mesti banyak memikirkan berapa luas ruang kita di kubur
bukan berapa banyak tanah dan rumah terbeli
dan bukan berapa banyak kenderaan mewah dan makanan tersedia
kubur adalah akhir perjalanan
semua harta dan kemewahan tak akan dibawa
hanya Iman dan Amal Soleh yang mampu menyelamatkan
dari Siksa Kubur yang pedih...

Tak ada tawar menawar untuk membeli syurga dan segala kenikmatan di sana
hanya Iman dan Amal Soleh yang mampu menaungi
dari panasnya api neraka yang menyala
kubur adalah persinggahan sementara dan penentu
berjaya atau tidaknya kita di alam akhirat
yang jelas dan pasti akan datang
banyak-banyak menangislah untuk kubur
banyaklah berkunjung ke kubur
agar hati selalu ingat mati...

Suatu saat
nama kita akan terpahat pada batu nisan yang bisu
tak ada lagi pangkat dan jawatan tertera di sana
hanya nama, tarikh lahir dan hari wafatnya kita

  الفاتحة         
محمد ايزوان بن اسماعيل
لاهير ٢٩ جون ١٩٧٩
وفاة ١٣ مي ٢٠٠٩

Inilah yang mesti kita cetak tebal dan persiapkan
dan masukkan dalam agenda kerja kita
di pejabat dan ruang kerja kita...
kerja untuk kubur
berbuat kebaikan untuk kubur
beramal untuk kubur
hari ini, esok dan lusa
mesti berbuat sesuatu untuk kubur
kerana kubur sudah menunggu
ruang telah dipersiapkan
bagai kamar pengantin
inilah saat untuk memperhiasinya
tak perlu lagi menunda-nunda
siapkan waktu dan tenaga
agar kamar kubur kita tampak indah
dengan banyak menangis dan ibadah sekuat tenaga
jangan hanya untuk dunia kita bekerja
tapi untuk kubur juga kita mesti bekerja
agar tak menyesal di dalam kubur dengan berkata...

"...Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan (dahulu)..." [Al-Mu'minun : 99-100]

pastinya kita dah tahu jawapan kepada permintaan kita ini... 

Monday, May 4, 2009

Mata dan Mata Hati

Salam...

Entry kali ini adalah laporan sampingan kesan dari main bowling kt BJ Bowl 2 minggu lepas... Lensa kamera sempat merakamkan sesuatu yang boleh dijadikan tazkirah kepada kita...

Bila diamati potret mata para GBS, terasa ada pancaran nur yg amat bersinar yg bisa mencairkan hati... kagum kerana ini adalah karya Allah yang begitu sempurna... Allah Subhanallah... Cahaya imej memasuki mata dan difokuskan oleh kanta mata yg dikawal ketebalannya oleh otot yg kecil. Cahaya imej dikesan oleh jutaan sel pada retina dan seterusnya menghantar isyarat elektrik ke otak untuk mentafsirkan imej yg kita lihat... 

Kepada pemilik anugerah mata yang dipinjamkan Allah ini, jagalah mata anda ya... Anugerah Allah ini tetap menjadi kewajipan kita utk menjaganya, bukan sekadar kecantikan fizikalnya malahan menjaga pandangan yang kita lihat dengan mata ini... sekali kita pandang tempat yg tak betul, maka akan ada satu titik hitam di hati kita... setiap hari entah berapa banyak kita melihat sesuatu yg haram dilihat dan entah sudah betapa besar tompok hitam yang telah menutupi mata hati kita... biarlah buta mata tapi jangan buta mata hati kerana Allah ada berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 46:

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang ada dalam dada..."

Hati yang buta tentu sekali tidak dapat melihat kebesaran Allah pada ciptaan alam... Berapa ramai antara kita apabila memandang ke arah laut disekeliling Penang atau ketika memandu di Penang Bridge, laut biru yang tenang mempesona bila disirami sang mentari pagi yang sudah meninggi, terus berzikir "Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakhbar"... Kemudian terus mengingati kisah laut yang mempunyai banyak cerita yang 'tersurat' dan 'tersirat' di dalam al-Quran. Laut merakamkan sejarah pertemuan Nabi Khidir A.S. dengan Nabi Musa A.S. Di laut juga Firaun yang angkuh dan sombong dibinasakan bersama bala tenteranya. Nabi Yunus boleh hidup biarpun berada di dalam perut ikan di laut begitu lama. Laut Merah yang luas terbelah dua dan membolehkan Nabi Musa dan Bani Israil menyeberanginya... 7 air lautan kalau dijadikan dakwat untuk menulis ilmu dan kalimah Allah, pasti kering dan tak cukup... setitik dari air laut adalah kehidupan kita di dunia ini dan baki selautan itu adalah kehidupan di akhirat nanti... betapa banyak lagi ayat al-Quran dan hadis Rasullah yang menyuruh kita memperhatikan alam ini dengan mata supaya kita dapat melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa...

Tapi sayang, kita hanya melihat dan tak rasa apa-apa pun bila melihat laut, matahari, bulan, pokok-pokok dan apa sahaja yang boleh dilihat oleh mata. Amat tepat sekali kata-kata Allah 

"...Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang ada dalam dada..."

Kita masih belum mampu melihat dengan mata hati kita lantaran hati kita yang mungkin sudah hitam keadaannya... Astaqfirullah...

Untuk semua GBS jom vote mata mana yg paling menawan dan bersih... Sudah tentu mata itu paling banyak mengalirkan air mata yg takut kepada Allah... Vote kat ruang sebelah kanan ye...

W'salam

Thursday, April 30, 2009

Riadah Jemaah @ BJ Bowling

Salam...

GBS telah berjaya mengadakan riadah jemaah di BJ Bowl pada 
RABU 22 April 2009 dari jam 9.30 - 10.30 mlm...

Saksikan rakaman liputan di BJ Bowl...


GBS turun ke BJ Bowl dgn satu misi, satu tujuan dan satu matlamat yg sama... beriadah berjemaah sbg pengisian halaqah mingguan...

Yuk, kita pakai kasut dulu... 


Yeah..., pertarungan telah bermula...


Lensa kamera di belakang "lapang sasar" bowling...


Di luar gelanggang...


Dan juaranya ialah Shahrul... 

Maaf GBS pasal lupa lak nak ambil kertas markah dari Tok Naqib... jadi result penuh tak dapat diumumkan kt sini ye...

Selepas penat bermain, terpaksalah reload semula kalori yg telah dihabiskan di Kayu Nasi Kandar... 

Berikut beberapa aksi GBS yg sempat dirakamkan di
Kayu Nasi Kandar...

Zabri a.ka. Mat Zab


Omar
bila nak jemput GBS ke walimah secara rasmi ni...?


Tak lupa jua kepada... hehehhe...

Sekian laporan dari wakil GBS dari BJ Bowl. Pohon ampun maaf pasal terlewat send posting ni...

W'salam















Thursday, April 16, 2009

Menghormati Majlis Ilmu

Dari blog Ustaz Zahazan Mohamed:

At-Tabarani meriwayatkan dari Abi Hazim dari Sahal r.a , bahawa beliau telah menyampaikan kuliyah tentang sunnah Nabi s.a.w kepada kaumnya. Terdapat di kalangan mereka yang hadir bersembang dan tidak memberikan perhatiannya. Beliau merasa marah dengan sikap buruk yang ditunjukkan itu, lalu bangun meninggalkan para jemaah. Beliau berkata : “ Lihat golongan ini, aku sedang mengajar mereka apa yang aku pelajari daripada Nabi s.a.w , tiba-tiba mereka sibuk menceitakan perkara lain. Lebih baik bagiku untuk keluar dari tempat ini dan aku takkan kembali lagi. Abi Hazim lantas bertanya kepadaanya : “Ke manakah Tuan akan pergi membawa diri? Jawabnya aku akan pergi berjihad di jalan Allah. Beliau seterusnya ditanya : “ Bagaimana Tuan boleh turut serta sedangkan Tuan merupakan orang tua yang uzur dan dikecualikan dari berjihad? Jawabnya : “ Wahai Abu Hazim! Aku akan menyertai peperangan di barisan hadapan, supaya terkena anak panah atau senjata yang tersasar, lalu aku akan mati syahid [3]”.

PENGAJARAN :

1. Keutamaan menghadirkan diri dalam majlis ilmu kerana ia merupakan makanan buat hati kerana menerusi ilmu dapat menunjukkan kepada kita perkara yang halal dan haram.
2. Berilah penumpuan terhadap ilmu yang disampaikan agar difahami dan dapat diamalkan.
3. Proses belajar hanya dapat berlaku jika memberikan perhatian.
4. Para sahabat merupakan golongan yang mencintai Nabi s.a.w dan mereka amat sensitive terhadap golongan yang tidak menunjukkan minat terhadap hadith-hadith Nabi s.a.w .
5. Menuntut Ilmu merupakan ibadah yang tinggi nilai dan ganjarannya.Justru Sahal r.a mengambil keputusan untuk berjihad di jalan Allah selepas mendapati manusia sudah tidak berminat untuk menuntut ilmu menyebabkan pekerjaannya sebagai penyampai ilmu sudahpun tidak diperlukan. Ganjaran yang disediakan buat mereka yang mati syahid terlalu mulia menyebabkan Sahal r.a berusaha sedaya upaya memperolehinya walaupun beliau adalah seorang yang tidak layak menyertainya

[3] HR al-Haithami 1/155 , Hayatus Sahabah 3/642, Menghormati Majlis ilmu Dan Kemarahan Sahal bin Sa’ad terhadap Orang Yang Tidak Memberikan Perhatian Terhadapnya.

Usrah mingguan gbs juga majlis ilmu yg ada dibacakan hadith-hadith Rasullah SAW. Moga kisah ini menjadi peringatan kepada ana yang sangat suka bersembang time usrah dan GBS semua. Alhamdulillah, Tok Naqib kita tak lari tinggalkan gbs...

Friday, April 10, 2009

Surat Untuk Sahabat Tercinta

Dipetik dari blog pilihan... 

Sahabatku...
Jika berita kematian telah sampai dari tengah-tengah kota atau pelusuk desa,
janganlah engkau khuatir,
kerana giliranmu akan tiba juga,
bahawa kematian akan datang menjemput engkau wahai sahabatku,
cepat atau lambat pasti akan sampai 
waktunya...

Sahabatku...
Jika engkau banyak tertawa di dunia ini,
janganlah engkau khuatir,
kerana nanti engkau akan banyak menangis di akhirat...

Sahabatku...
Jika engkau risau dengan siapa akan jadi saksi atas segala perbuatanmu di dunia ini,
janganlah engkau khuatir,
kerana Allah akan menjadikan tangan, kaki dan semua anggota tubuhmu sebagai saksi,
mereka akan menjadi sebenar-benar saksi...

Sahabatku...
Jika engkau melupakan Allah di dunia ini,
janganlah engkau khuatir,
kerana Allah pun akan melupakanmu di akhirat nanti,
dan engkau tak akan tahu kepada siapa akan meminta tolong...

Sahabatku...
Berapa banyak usiamu kau habiskan,
sebesar itulah yang akan kau dapatkan...
Jika kau banyak berbuat dosa,
janganlah engkau khuatir,
kerana malaikat di kirimu akan mencatat segala perbuatan dosamu tanpa terlepas,
dan jika engkau banyak beramal,
semua catatan amalmu akan memberatkan timbangan kebaikanmu...

Sahabatku...
Jika engkau lupa dengan panasnya api neraka,
janganlah engkau khuatir,
kerana sesungguhnya neraka selalu haus,
ketahuilah bahawa neraka berbahan bakar manusia dan batu,
panasnya melebihi beribu kali panasnya api di dunia ini...

Sahabatku...
Padang Mahsyar begitu luas,
kita tidak akan pernah tahu pada barisan mana kita akan digolongkan,
kecuali kita mengikuti golongan manusia-manusia hebat,
yang telah lulus ujian Allah dan dijamin Syurga,
janganlah engkau khuatir,
dengan tahajudmu, dengan sedekahmu, dengan bacaan Quranmu, puasamu dan semua amal baikmu,
engkau akan selamat dari siksa yang amat pedih...

Sahabatku...
Kita tak akan pernah tahu,
apakah kita akan berjumpa lagi di sana,
maka doakan aku wahai sahabatku,
sebanyak doa yang kau panjatkan setiap malam...

Sahabatku...
Dunia ini telah menipu kita,
hingga kita lupa bahawa usia kita cuma sesaat sahaja,
hingga kita merasa bahawa Izrail tak akan menjemput kita,
jagalah pandangan mata dan hatimu dari dahsyatnya tipuan dunia...

Sahabatku...
Marilah kita banyak menangis kerana takut,
kerana setiap titisan air mata kita yang takut akan Allah,
akan memadamkan api neraka...
memadamkan api neraka...

Sahabatku,
Kita tak akan pernah tahu apakah esok atau lusa kita masih bisa melihat terbitnya matahari,
dan mendengar kicauan burung, melihat anak-anak kita tertawa,
untuk itu sahabat,
marilah kita persiapkan bekal sebanyak mungkin,
dan sebaik-sebaik bekal adalah iman dan taqwa,
sebaik-baik bekal adalah iman dan taqwa,
iman dan taqwa...

Sahabatku...
Doakan aku...

Monday, April 6, 2009

FIKIR TAPI JANGAN KHUATIR

Dah lama tak post sesuatu dalam blog ni. Bukannya apo, eden ni rabun IT, jadi ‘merangkak’ le sikit (ditambah dengan faktor diri sendiri - tak rajin). Masa perjumpaan baru ni (1/4/2009), naqib mintak sampaikan tazkirah. Pening jugak le, sebab dapat tahu masa minit-minit terakhir. Rasa macam tak nak terima je (Jangan marah ye akhi Yusni, kang tak pasal-pasal kita kena ban dari usrah)


Tapi bila difikirkan balik, sampai bila-bila pun diri ini takkan bersedia sekiranya tidak mempunyai kesedaran, penghayatan dan usaha. Macam suatu keadaan di mana ada roh manusia yang telah meninggal dunia meminta kepada ALLAH untuk dihidupkan kembali ke dunia, supaya mereka dapat melakukan amal ibadat. Tapi ALLAH Maha Mengetahui, walaupun dihidupkan kembali untuk tempoh sesaat pun, manusia akan mudah lupa kepada apa yang telah diikrarkan….. (Na’uzubillah)


Harap diri sendiri lebih terkesan dengan tazkirah ni.



Berikut adalah petikan dari majalah Solusi – Kata Dua


FIKIR TAPI JANGAN KHUATIR


Rancang dan bekerjalah dengan apa yang ada di tangan. Jangan bimbang akan hal-hal tidak menentu dalam angan-angan. Yang di tangan itulah yang sebenar. Yang dalam angan-angan itu masih samar. Kita tidak mungkin hidup dalam dua alam yang samara – masa lalu yang telah jadi memori; masa depan yang masih ilusi. Hidup hakiki ialah hari ini. Itulah yang realiti.


Kata cerdik pandai: “Beradalah di tempat kamu berada” Maksudnya, jangan lari dari realiti. Usah absent minded. Hidup dan beradalah dalam hari ini. Jangan khuatiri hari esok. Jangan bimbangkan hari semalam.


Susun jadual hidup harian dan ikutilah dengan tenang. Hidup umpama membaca buku yang sangat tebal. Jangan gerun hanya melihat ketebalan buku itu, hingga hilang ‘mood’ untuk membacanya. Atau terlalu gelojoh, hingga membaca secara meloncat-loncat tanpa mengikut tertib mukasurat. Bacalah dari muka surat pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.


Begitulah juga dalam soal ‘membaca’ kehidupan ini. Inilah rahsia ketenangan jiwa para sahabat Rasulullah S.A.W. Mereka adalah individu yang tidak berangan-angan tetapi menggunakan sepenuhnya kesempatan yang sedia ada di tangan. Mereka hidup tanpa rasa gundah dengan apa yang telah terjadi kelmarin dan tidak pula bimbang dengan apa yang bakal terjadi esok.


Generasi solihin itu tidak terdera oleh percubaan melihat masa depan dengan teropong angan-angan yang serba kabur.


Mereka adalah insan produktif. Sikap yang dibentuk oleh penghayatan mereka terhadap pesanan Rasulullah S.A.W.: “Jika kamu berpagi-pagi, jangan menunggu ke waktu petang…”.


Pernah suatu malam Nabi S.A.W. agak rimas ketika hendak tidur. Ketika ditanya oleh isterinya mengapa, baginda bersabda: “Aku risaukan dua tiga keeping dirham yang masih tinggal dalam rumah ini. Takut-takut aku dipanggil oleh ALLAH (mati) dalam keadaan dirham itu tidak aku sedekahkan”.


Baginda juga pernah bersabda, bahawa bila matanya terbuka, baginda berasa tidak yakin apakah sempat menutup matanya semula. Bila baginda menarik nafas, baginda tidak yakin apakah akan dapat melepaskannya semula.


Hidup adalah satu pusingan perubahan yang tidak henti-henti. Hukum alam (sunnatullah) menetapkan bahawa yang tidak berubah hanyalah perubahan. Oleh kerana itu adalah satu kerja gila jika kita hendak menyelesaikan ‘masalah-masalah’ masa depan yang hakikatnya belum berlaku.


Jangan cuba mengambil ‘tempat’ Tuhan untuk mengawal semua perubahan kerana yang mampu mengawalnya hanyalah DIA yang tidak berubah-ubah. Inilah hikmah mengapa Qada’ dan Qadar ALLAH dirahsiakan daripada pengetahuan manusia. Agar dengan itu manusia boleh hidup tanpa diganggu walau sedikit pun pengetahuan tentang masa hadapan.


Dapatkah seorang yang sihat makan dengan enak jika mengetahui pada hari esoknya dia akan mati mengejut? Manusia boleh hidup dengan aman tanpa mengetahui tentang masa depannya.


Madah pujangga: “Masa lalu adalah kelmarin yang telah mati. Masa depan adalah esok yang belum lahir… Tetapi selamatkanlah hari ini yang sedang hidup”.


Seorang manusia walau bagaimana kuat sekalipun, tidak akan mampu menanggung derita masa lalu dicampur beban kebimbangan masa depan, lalu dipikul bersama masalah pada hari ini. Tiga beban dalam satu masa boleh menyebabkan seorang genius dihantar ke hospital sakit otak. Life made it simple!


Mungkin anda akan bertanya, kalau begitu salahkah kita merancang untuk masa depan? Tidak. Pendek angan-angan bukan bererti tidak bersedia untuk hari esok. Fikirkan hari esok, tetapi jangan khuatir. Banyak bezanya antara fikir dan khuatir. Mungkin sama banyak bezanya antara angan-angan dan cita-cita. Sesiapa yang khuatir tentang hari esok, akan mensia-siakan peluang yang ada pada hari ini. Sebaliknya sesiapa yang berfikir tentang hari esok, akan memanfaatkan peluang pada hari ini.


Sangka baik. Dan teruskan kerja. Pakar psikologi, Robert Louis Stevenson berkata: “Sesiapa sahaja boleh membuat kerjanya, walau bagaimana berat, untuk satu hari. Sesiapa sahaja boleh hidup dengan riang, penuh kesabaran, kasih sayang, bersih, sehingga matahari jatuh”.





ps: Sama2 kita doakan keselamatan dan kesejahteraan untuk ibu akhi Syed dan keluarganya. Selamat Pengantin Baru kepada Amirullah... Semoga rumahtangga yang dibina diberkati dan dirahmati ALLAH di dunia dan akhirat.

Pedulikan Syaitan

Salam... Tazkirah dari blog pilihan... Sbg motivasi kepada kita Insyallah...

Anda diajak oleh seorang rakan untuk mencuri, malangnya anda kemudian ditangkap dan dibicarakan, didepan tuan hakim anda merayu, "Tuan, minta diringankan hukuman kepada saya kerana saya diajak oleh rakan untuk mencuri, bukan saya yang mulakan". Agaknya akan dilayan ke rayuan anda tersebut? Anda akan terima hukuman yg sama dgn rakan anda yg mengajak tersebut, jadi alasan anda dipengaruhi rakan tidak boleh dipakai sama sekali. Jadi jika kita kaitkan dgn kehidupan kita yg selalu di hasut oleh syaitan untuk melakukan kemungkaran, bolehkah kita meminta Allah diringankan hukuman dengan menggunakan alasan yang sama?

Manusia adalah sehebat2 makhluk ciptaan Allah hinggakan para malaikat termasuklah syaitan diperintahkan agar tunduk dan sujud kepada manusia (Nabi Adam AS), adanya akal kurniaan Allah kepada manusia itu yg membezakan antara yang lain. Tetapi akal ini hanya dipakai jika frontal lobe manusia itu kuat.


Kita telah lama diasuh yang kita lemah dan perlu berhati2 terhadap hasutan syaitan, "We are what we think about", jika kita anggap diri kita lemah, dari minda akan turun ke jasad, kita kan tetap membuat kemungkaran atas alasan lemah dengan godaan syaitan. Jika kita boleh mengubah cara kita berfikir dan mengishtiharkan yg kita lebih hebat dari syaitan, kita akan lebih gunakan akal daripada nafsu dan rasa.

Pedulikan syaitan, padamkan dari fikiran anda yg dia boleh mempengaruhi diri kita, benar syaitan itu wujud tetapi kita lebih hebat darinya. Jika kita menganggap kita lemah, jasad kita akan mengikut apa yg kita fikirkan. Umpama didlm satu pertandingan sukan, jika sebelum bertanding lagi sudah menganggap diri lemah dari pasukan lawan, peluang untuk menang amatlah tipis sekali. Apa bezanya "perhitungan" kita dgn syaitan?

Jika dikaji betul2, saya berani membuat jaminan bahawa 99% dari tindakan negatif yg kita lakukan adalah dari kelemahan diri kita sendiri yang tunduk kepada nafsu dan rasa. Jika benar kita dihasuti syaitan, mengapa ramai yg boros bila tiba ramadhan? Mengapa ada yg memaki hamun ketika berpuasa? Mengapa ada yg tidak berpuasa dan tanpa segan silu makan dikhalayak ramai sedangkan syaitan tiada dimasa itu?

Bagaimana untuk menguatkan diri dari tunduk kepada nafsu dan rasa? Frontal lobe jawapannya, frontal lobe yg hebat boleh berfikir menggunakan akal dan iman daripada mengikut nafsu dan rasa.

Frontal lobe yang kuat akan merujuk kepada iman dan membuat keputusan untuk tidak mengikut apa yg dipakai oleh artis2 dikaca TV kerana boleh kaitkan dgn apa yg dipelajari sebagai seorang muslim tentang menjaga aurat.

Frontal lobe yang kuat akan memikirkan bahaya merokok dan kesan kepada kesihatan terutamanya kepada otak dan boleh menahan ketagihan terhadap nikotin itu.

Solatlah dgn khusuk dan ikhlas, solat yg khusyuk merawat dan menguatkan frontal lobe lantas membolehkan kita lebih menggunakan akal dari menggunakan rasa. Kehidupan yang penuh dgn stress menyempitkan saluran darah ke frontal lobe lantas melemaskannya kerana kekurangan oksigen, sujud merawatnya. TV, filem dan video games yg mengkhayalkan menambah kebarangkalian untuk mendapat ADD (Attention deficit disorder), penyakit frontal lobe, khusuk dan fokus didalam solat merawatnya. Otak yg tidak belajar benda2 baru menyebabkan frontal lobe tidak digunakan lagi dan terlena, Iqra menyedarkannya (sebab itu Islam mementingkan ilmu, baca, Iqrabismirab... ayat pertama yg diturunkan).

Tuesday, March 31, 2009

aktiviti hujung minggu - khatibah, gotong royong dan lawatan ikram ke ipoh



Khatibahtempat: surau lebuh nipah
aktiviti: ceramah dari ustaz ramli, qiam, kuliah subuh Dr. Danial
masa: Jumaat 27Mac 2009 hingga Sabtu pagi 28 Mac 2009
Pengajaran:
( ambillah pengajaran dari kisah sahabat nabi yang amat menyesal apabila tidak menyertai peperangan kerana sifat sambil lewa.. oleh itu didiklah hati utk datang ke majlis majlis ilmu
kuliah subuh: huraian tips tips cemerlang dari Al Quran, ayat ali imran 110, At - Talaq 2-3 )


Gotong royong


tempat: islah educare 
aktiviti: gotong royong mengangkat barang barang ke bangunan lain, membersihkan halaman
masa: Sabtu pagi 28 Mac 2009









Lawatan ke ipoh
tempat: hospital specialist ipoh
aktiviti: melawat ibu akhie syed yang dimasukkan ke hospital
pengajaran: ingatilah jasa ibu, ambil pengajaran dari hadis no 13 daripada himpunan hadith 40 Imam Nawawi ( "tidak beriman seorang muslim, sehingga dia mencintai saudaranya sepertimana dia mencintai dirinya sendiri" )

Sunday, March 29, 2009

Jaulah Kota Bharu episod 2

Sambungan,

Bertolak ke Gerik - kami bertolak Jumaat malam, dan hujan turun dgn lebat sepanjang perjalanan....tiba di Gerik, kepenatan (dan kelaparan)....
esok pagi menu istimewa, nasi lemak & laksa. tidak lupa kueh kochi tanpa pembalut :)
Kami ke sungai (dgn tuala masing2) namun begitu air deras & keroh...hancur harapan..nampak gaya lps ni kene ke Gerik lagi...
terima kasih org Gerik!


'di sebabkan kejahilan manusia, sungai yg dulu nya bersih kini di kotori tangan2 jahat manusia' Kerpal Singh Walia melaporkan dari Gerik

Banjaran Titiwangsa - melepas lelah

'dah habis ke beli makanan & ke tandas?' jom kita gerak.

Kota Bharu - kami tiba di waktu asar, kelaparan. Menu masya-allah bnyk nye..dari rojak, daging, ayam, acar dll....pengantin serba hijau

'terima kasih semua kerana dtg, jemput makanan..tambah lagi jgn malu2'

'tahniah Doktor Yati & Encik Amir, lps ni Amir kene rajin2 balik kg la ya...tak bole dah ber-KBN lagi'


Hotel - hotel mmg selesa!

Pantai Cahaya Bulan - tiada matahari terbenam disini, sempat kami makan colek2 di sini


'mengamati langit biru, menghayati ke indahan alam, mencintai kebesaran Ilahi'
Wakaf Che Yeh! - hujan turun renyai2, dan kami berhimpit2 dlm kereta ke Wakaf Che Yeh mencari makanan & brg2 utk di bawa pulang


'cepat sikit, dah mcm sardin dalam ni!'


Pasar Siti Khadijah - pagi2 kami dah bertolak ke pasar utk sarapan pagi.


'nak makan apa? nak makan apa?'

'pilih2 murah2, beli 1 paket percuma 3 paket..Abe pilih satu be'

Selepas itu kami ke Rantau Pjng, dan tengahari kami pulang ke Penang.

Wednesday, March 25, 2009

sekitar wacana umar abdul aziz



WACANA ILMU KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ




Assalamualaikum buat semua warga usrah gbs,

hari ahad, 22 hb mac,



saya berkesempatan ke wacana ilmu mengenai Umar Abdul Aziz di Komtar,


3 orang ahli panel yang terdiri daripada Prof. Madya Dr. Fadlullah dari USM, dan 2 orang lagi dari Universiti Kebangsaan Malaysia membentangkan kertas kerja.

Jika kita meniliti sejarah kepimpinan umar abdul aziz, antara perkara penting yang telah berlaku:

1. pelantikan beliau adalah melalui sistem syura
2. menghapuskan sistem cukai yang membebankan rakyat
3. mengembalikan harta harta kerajaan yang tidak perlu seperti kuda kuda yang mahal kepada baitulmal.
4. sistem baitulmal yang berkesan, rakyat yang memerlukan bantuan mendapat pertolongan sewajarnya.
5. memecat pegawai pegawai kerajaan yang korup.
6. mengubah format khutbah jumaat yang sebelum ini mencerca Saidina ali setiap kali khutbah kepada bacaan ayat alquran surah An Nahl ( 90 )
7. mengubah kembali sistem kerajaan kepada berasaskan khalifah seperti yang diamalkan khalifah abu bakar, umar, usman dan ali. Pemerintahan sebelumnya adalah berasaskan sistem beraja.
8. mengubah gaya hidup beliau sebaik menjadi khalifah, harta yang tidak perlu dikembalikan kepada baitulmal.


Walaupun tempoh pemerintahan Khalifah Umar Abdul Aziz cuma selama dua tahun. Namun,
kesungguhan beliau telah memberi impak yang sangat besar dalam menegakkan sistem islam yang syumul didalam masyarakat.




Antara cabaran masa kini dalam melaksanakan kepimpinan seperti Umar Abdul Aziz:



1.pemimpin sesebuah organisasi mestilah terdiri daripada mereka yang bertakwa,dan tidak mementingkan keuntungan peribadi.



2.melaksanakan sistem baitulmal yang efisien yang memberi perlindungan bagi yang miskin,dan usaha usaha fisabilillah seperti dana pendidikan.