Tuesday, April 20, 2010

Al Ma'thurat - dari hanya dibuku biar lekat di hati


salam,



al mathurat merupakan antara "check list" perkara perkara yang perlu sebagai amalan harian,

kerap kali kita naik turun prestasi dalam membaca al ma'thurat,

kadang kadang kita terlupa nak bawa buku kecil ma'thurat bersama, dan tertangguh zikir kita itu,

kadang kadang bacaan kita terlalu laju sehingga kita tidak fahami erti yang dibaca,
kurangnya penghayatan menyebabkan bacaan sekadar mencukupkan syarat sahaja,

semasa musafir ke konvensyen aqsa syarif, antara pengalaman yang didapati ialah ikhwah yang bukan sahaja menjaga ma'thurat, tetapi zikir harian ini sudah tersemat dalam hati,

tak perlu lagi diberi alasan tidak mengamalkan zikir kerana terlupa membawa ma'thurat,

oleh itu ayuh kita semua "download" ma'thurat dari hanya dilembaran kertas, masuk ke dalam hati hati sambil mengambil berat tentang penghayatan,
biar lekat terus dalam ingatan, dimana sahaja kita berada, sama ada dalam kenderaan, ataupun terlantar di katil kerana sakit,

semoga zikir zikir ini melembutkan hati hati kita.

link


Thursday, April 15, 2010

tafsir al muddatthir




salam

surah al mudatthir menjadi perbincangan usrah,

banyak pengajaran da'wah yang kita dapat daripada surah ini,

Bangun dan beri peringatan!

Rasulullah diseru supaya bangun dan melaksanakan urusan dakwah. Menyampaikan peringatan tentang ancaman bagi orang yang tidak mahu beriman. Disamping ganjaran kepada yang tunduk dan patuh serta mengakui keEsaan Allah. Ganjaran juga kepada yang mengakui kebenaran Rasullullah serta ayat ayat Al quran yang disampaikan.

antara pesanan Allah lagi dalam menjalankan da'wah
1. janganlah memberi untuk mengharap balasan
2. bersabar dalam mencapai matlamat da'wah

Walid bin al Mughirah Pembesar quraish yang di ancam Allah

kita juga dapat melihat bagaimana sikap Walid bin al Mughirah. Walid yang Allah kurniakan dengan kekayaan dan anak anak yang banyak bertindak menidakkan kebenaran ayat ayat al quran yang disampaikan Rasullullah.

Walid mengetahui nabi bukanlah seorang yang penipu, dan ayat ayat al quran bukanlah kata kata syair ataupun sihir. Namun, disebabkan Walid lebih pentingkan kekayaan dan pangkat, dia sanggup membuat kesimpulan bahawa ayat ayat alquran tidak lain daripada sihir orang orang terdahulu.

Ancaman neraka Saqar

Sesungguhnya perkara ini menjadi satu cabaran da'wah yang besar kepada Rasulullah. Allah telahpun mengancam Walid dengan ancaman neraka Saqar. Neraka yang dijaga oleh malaikat malaikat.


Pautan

tafsir surah al muddatthir oleh


bersambung....


Tuesday, April 13, 2010

konvensyen Aqsa Syarif


salam,

pada hari sabtu lepas, telah berlangsung konvensyen aqsa syarif,

kita bertanggungjawab untuk menolong saudara kita di BaitulMuqaddis,

beberapa ahli usrah telah hadir,



cuba cari ahli usrah mana yang hadir,

insyaAllah ada sedikit ole ole dari konvensyen tersebut,

Friday, April 9, 2010

Membina ukhuwah dengan membanyakkan kebajikan

sepanjang seminggu berusrah hari ini banyak memberi pengajaran tentang menjaga ukhuwah dan membuat kebajikan,

usrah minggu ini menemukan kita dengan semangat "setiap muslim itu bersaudara"

dalam membina ukhuwah, amalan kebajikan seperti membantu saudara muslim yang berhadapan dengan masalah haruslah dibanyakkan.

antara ayat ayat al quran yang kita boleh ambil pengajaran

amalan amalan kebajikan yang boleh dilakukan

[177] Al Baqarah
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.


Erti sebenar membanyakkan kebajikan
[34] Fussilat
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

dan juga hadis ke 36 dalam hadis 40

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
Qiamat.

Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.


sumber:





Friday, April 2, 2010

Amalan rasullulah dalam menjaga kesihatan

salam,

ana terbaca amalan rasullullah yang kita cintai yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan,
info ini dapat daripada pembacaan siri usrah remaja dalam Harian Metro tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh

Antara amalan tersebut:

1. bangun sebelum subuh

2. menjaga kebersihan diri

3. suka berjalan kaki

4. berhenti makan sebelum kenyang

pautan lain

Thursday, April 1, 2010

usrah di rumah akhi zulfahmi dan farewell Syed Faizal







salam semua,

usrah kali ini berlangsung di rumah akhi zulfahmi,

jazakaAllahukhairan Katiran kepada akhi zulfahmi sekeluarga kerana menyediakan jamuan,

Syed Faizal akan berpindah ke KL, insyaAllah dimanapun kita berada, ukhuwah tetap dijaga,
semoga semakin cemerlang didalam kerjaya dan da'wah di pentas yang baru ini,


Friday, March 19, 2010

Amalan amalan seharian

Salam,
baru terbaca dalam Majalah iluvislam,
nampak selari dengan mutaba'ah amal,

boleh kita sama sama amalkan

1. Mulakan bacaan al quran sebelum subuh.
Kita mulakan hidup harian kita dengan melihat dan membaca ayat ayat al quran

2. jaga sedekah setiap hari

3. Qiamullail

4. menjaga solat di masjid terutama waktu subuh

5. banyakkan istigfar

Monday, February 22, 2010

Farewell Udi


Gambar kenangan farewell Udi di Seri Idaman,
pada 10 Februari 2010

menu masakan Ikan siakap masak tiga rasa, tomyam, kailan ikan masin

Semoga ukhuwah terus bersemarak dimana juga ahli usrah berada


Sunday, February 21, 2010

Rahsia ikhlas


Assalamualakum semua yang dikasihi,

semoga sentiasa berada dalam nikmat iman,

sesungguhnya amalan tanpa ikhlas adalah sesuatu yang sia sia.
Kita sepatutnya sentiasa menyucikan niat agar sentiasa ikhlas.
Ini adalah kerana amalan dengan niat untuk mendapat pujian ataupun mengharapkan
habuan dunia selalunya membawa kepada kekecewaan.

Sebaliknya sekiranya kita sedar bahawa ganjaran terhebat ialah ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada hambanya yang ikhlas.

teringat kita kepada satu surah didalam juzuk Amma

[17]
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -
[18]
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
[19]
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
[20]
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
[21]
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).
Al Lail

Dalam sebulan ini dua kisah yang berlaku betul betul menyentuh jiwa mengenai ikhlas,

Cerita 1
cerita saudara baru kita, Kamarudin Leong tentang ikhlas. Kisah beliau seolah olah mengajak kita untuk bermuhasabah tentang ikhlas.

Saudara Kamarudin sebelum memeluk islam sedang bersarapan di sebuah kopitiam. Semasa menikmati sarapannya, matanya terpandang kepada seorang lelaki yang kusut masai. Kerana kasihankan lelaki tersebut, beliau telah membeli sarapan kepada lelaki tersebut. Kerana masa agak lewat untuk ke tempat kerja. Beliau menyedekahkan RM 10 kepada lelaki tersebut.

Pada mulanya perasaan beliau biasa sahaja, namun, tidak semena mena air mata mula membasahi pipinya. Beliau merasakan satu perasaan yang belum pernah dirasakan sebelum ini.

Saudara Kamarudin Leong bercucuran air mata apabila pertama kali dia menderma dengan ikhlas.

cerita 2

semasa lawatan hospital baru baru ini, sukarelawan lawatan hospital seperti biasa melawat pesakit pesakit hospital di wad wad terpilih.
Kelihatan seorang pesakit ditemani ibunya. agak lemah kerana mungkin baru menjalani sesi kemoterapi. Setelah bertanya khabar dan meminta izin untuk berdoa. Maka sukarelawan lawatan hospital pun membacakan doan.

"Ya Allah yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani,"
"Kau sembuhkanlah penyakit penyakit kami, Kau mudahkanlah urusan urusan kami Ya Allah..."
"Ya Allah... Kepada Engkaulah tempat kami meminta.."
" Kepada Engkaulah sahajalah tempat kami memohon pertolongan..."
"Ya Allah kami tidak berputus harap kepada Mu Ya Allah..."

menitiskan jua air mata seorang ibu semasa mengaminkan doa sukarelawan lawatan hospital agar anaknya cepat sembuh daripada lukemia.

Terasa betapa ikhlasnya seorang ibu mengaminkan doa agar anaknya dapat sembuh dan agar kesakitan yang dirasai anaknya hilang.


Ya Allah letakkanlah ikhlas dalam hati hati kami ya Allah

rujukan tambahan:


Friday, February 5, 2010

ilmu iman oleh ustaz sazali




Assalamualaikum semua,

disini saya sertakan sedikit catatan dari telefon semasa penyampaian ustaz sazali di masjid daerah balik pulau bulan lepas mengenai ilmu iman,


Beriman kepada benda ghaib
--------------------------

Didalam rukun iman, sedar atau tidak kebanyakannya menyentuh mengenai beriman kepada perkara ghaib seperti beriman kepada Allah, hari Akhirat, Qada' dan Qadar, Malaikat

Baginda Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W yang tercinta telah lama wafat dan umat islam pada hari ini tidak berkesempatan untuk hidup semasa zaman nabi.

Namun, rasullah telah pun menyempurnakan kerasulan dan meninggalkan satu mukjizat yang bersama kita, iaitu Al Quranul Karim. Al Quranul Karim dapat kita baca, teliti dan kaji.

Sesungguhnya didalam Al Quran telah banyak menyatakan ayat ayat seperti berikut:

" Kitab yang tiada keraguan didalamnya" - Al Baqarah, ayat 2

Sebagai umat islam yang beriman dengan kebenaran Al Quran, sepatutnya kita tidak memandang enteng larangan dan suruhan yang terkandung didalam Al Quran. Kesemua yang tersebut didalam Al Quran adalah benar dan pasti berlaku.

Benarkah manusia dapat dihidupkan kembali selepas kematian?
----------------------------------------------------------


Didalam al quran disebut bahawa orang orang kafir mempertikaikan kemungkinan manusia dihidupkan kembali,

[78] Yasin, 36
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”
[79] Yasin, 36
Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

Didalam hadith rasulullah, telah diterangkan bahawa manusia sebenarnya tidak hancur sepenuhnya, sebaliknya tertinggal sedikit tulang dari tulang belakang yang dipanggil ajbul zanab,

tulang ini mengandungi dna manusia dan dna ini tidak hancur walaupun dibakar, direndam dalam asid dan di lumatkan.

Bagaimana kemudiannya tulang tulang ini dihimpunkan?

ia telah pun diterangkan didalam al quran,

Al insyiqaq ( 3-4 )
Dan apabila bumi diratakan,
[4]
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,


Bagaimana pula tulang tulang ini dihidupkan kembali?
---------------------------------------------------

[57] Al A'raf
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).


Pengajaran
----------

Oleh itu, hendaklah kita menyedari bahawa kita ini datang dan kembali kepada Allah.
Janganlah kita menjadi sombong dan menyoal peraturan yang telah ditentukan oleh Maha Pencipta.

Selidiklah al quran dan kaji al quran secara berkala dan beristiqamah.

Bagaimana mungkin seorang yang terhasil daripada air mani yang hina kemudiannya mempersoalkan ketetapan yang ditetapkan oleh penciptanya?

[77] Yasin
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),


sumber tambahan:
-------
http://mfirdausagung.multiply.com/journal/item/3/Terpecahnya_Misteri_Kehidupan_Setelah_Mati