Friday, June 6, 2008
Usrah GBS 4 June 2008
Surah Al Anfal ayat 27-36?-anak2 dan harta menyebabkan kita terlalai dgn usaha dakwah dan menuntut ilmu
-Allah adalah Maha menrancang, manusia hanya mampu membuat rev0 rancangan. spt mana org2 Quraisy Mekah mahu membunuh Nabi. dan ketika tiba di rumah, Ali berada di atas katil nabi
-iman dari seorang ayah tidak dpt diwarisi oleh anaknya
Hadith-40.
HADITH 2
Also on the authority of Omar, who said : One day while we were sitting with the messenger of Allah there appeared before us a man whose clothes were exceedingly white and whose hair was exceedingly black; no signs of journeying were to be seen on him and none of us knew him. He walked up and sat down by the prophet. Resting his knees against his and placing the palms of his hands on his thighs, he said:"O Muhammed, tell me about Islam". The messenger of Allah said: "Islam is to testify that there is no god but Allah and Muhammed is the messenger of Allah, to perform the prayers, to pay the zakat, to fast in Ramadhan, and to make the pilgrimage to the House if you are able to do so." He said:"You have spoken rightly", and we were amazed at him asking him and saying that he had spoken rightly. He said: "Then tell me about eman ."He said:"It is to believe in Allah, His angels, His books, His messengers, and the Last Day, and to believe in divine destiny, both the good and the evil thereof." He said:"You have spoken rightly". He said: " Then tell me about ehsan ." He said: "It is to worship Allah as though you are seeing Him, and while you see Him not yet truly He sees you". He said: "Then tell me about the Hour". He said: "The one questioned about it knows no better than the questioner." He said: "Then tell me about its signs." He said: "That the slave-girl will give birth to her mistress and that you will see the barefooted, naked, destitute herdsman competing in constructing lofty buildings." Then he took himself off and I stayed for a time. Then he said: "O Omar, do you know who the questioner was?" I said: "Allah and His messenger know best". He said: "He was Jebreel (Gabriel), who came to you to teach you your religion."
p narrated by Muslim
Publish Post
note: dr dok tangguh2, ana tulis apa yg teringat...i/allah ada kelapangan akan di muatkan full version.
Trip to Cameron Highland rev
Wama karu wama karallah, wallahu hoirul makirin...
INsya Allah, kita cuba merancang sebaik2nya....
6 Jun 2008 (Jumaat)
8.40pm : Solat Isyak berjemaah
10.00pm : Berkampung di rumah 5yed ( kita buat cam rumah kite sendiri, xpe..)
10.30pm : Tidor
7 Jun 2008 ( Sabtu)
5.00 am : Bangun tido (sape nk qiam bangun la awal lagi)
5.15 am : Gosok gigi. Mandi semua
5.50 am : Solat Subuh Berjemaah ( ngan baca Matsurat kalau rajin)
6.30 am : Bergerak ke Cameron (subhanallazi sahhoro lana haza, wama kunna lahu mukrinin.... n niat musafir)
8.00 am : Berhenti serabai kat RnR
9.30 am : Dijangka sampai ke Cameron ( kalau betol2 gerak 6.30 la)
10.00 am : Check in (rehat2 jap)
12.00 pm : Lapar la pulak (kua cari makan, x pon makan kat kedai mak aku)
1.00pm : Jom gi Ladang Teh BHARAT ( ambik foto, ade camera x?)
2.00pm : Jalan2 kat Tanah Rata (kedai2 teh, kebun strawberry, etc..)
4.30 pm : Smayang Jamak Tak hir (Zohor + Asar)
5.30 pm : Ke Pasar Malam Brinchang (jangan shopping banyak2 sgt, nanti ade yg kena meriba nanti)
7.00 pm : Balik smayang Jamak Takdim ( Maghrib + Isyak)
8.00 pm : Lapar ( makan ape yg dibeli kat pasar malam kot)
9.00 pm : Nak wat ape ek?? i've no idea
Juz wait n see..
wa ilal liqo'
Thursday, June 5, 2008
Adik2.. Mari Membaca Cerita

Alkesah...
Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.
Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
Semakin risau dan takut. Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya ..
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih... Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni, tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni." kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.
Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita
dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.
Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah
baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...
Tuesday, June 3, 2008
Kalau lah aku tau

Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Thursday, May 29, 2008
Orang Besi
Akhir-akhir ni, banyak cerita Superheroes dari komik yang ditayangkan di panggung2. Salah satu yg terbaru ialah "Iron Man". Mengisahkan kisah seorang tycoon bernama Tony Stark, seorang yang genious dari kanak-kanak, saintis teknologi senjata tersohor di
Secara keseluruhan jalan cerita okay, best, penuh aksi.. cuma yang saya kureng setuju sket apabila musuh ironman adalah tentera Islam di Afghanistan. Obaidillah secara senyap2 membekalkan senjata Stark kepada tentera islam Afghanistan.Tentera itu digambarkan mengganas dengan menghalau penduduk kampong di kawasan pergunungan. Manakala ironman dilabelkan sebagai penyelamat rakyat Afganistan. Tanpa kita sedari, producer film ini telah melabelkan tentera Islam sebagai pengganas dan Ironman dan US Army sebagai penyelamat.
Bagi orang dewasa yang melihat cerita ini, mungkin mereka boleh menilai dan berfikir. Tapi jika kanak-kanak yang otaknya masih segar dan muda, mereka secara tak langsung dididik melalui filem2 seperti ini bahawa: “Tentera Islam adalah PENGGANAS, ironman adalah hero, US Army adalah pembela”...
Inilah salah satu cara perang psikologi yang dilancarkan barat bagi memesongkan pemikiran masyarakat dunia, memesongkan hal sebenar. Mereka menutup kejahilan mereka tapi mendedahkan keburukan so-called yang dibuat oleh tentera Islam. Contohnya, macam dalam shortmovie 'Fitna', bagi orang yang tidak boleh berfikir dengan baik, sudah pasti mereka menganggap orang Islam adalah pengganas. Lihatlah, barat cuba mengeksplotasikan keadaan sebenar melalui medium film2 sebegini.. Menipu pandangan mata masyarakat dunia..
Libur...

Ulasan;
Cerita Narnia N Prince Caspian ini menceritakan kisah pengambilan semua kawasan penempatan Narnia yang telah dirampas oleh tentera manusia. Seolah2 sindiran bagi kaum manusia yang kini giat menebang pokok-pokok bagi membuka penempatan, kawasan perumahan, membangunkan bangunan tinggi. Tindakan ini telah memusnahkan habitat alam semulajadi makhluk-makhluk lain yang juga ada hak tinggal dimukabumi ini. Cuba kita lihat di negara kita sendiri, berapa banyak bukit digondolkan? Berapa banyak kawasan hutan hijau dimusnahkan? Berapa banyak haiwan yang pupus hilang habitatnya? Flora n fauna sudah makin terhakis kewujudannya.. Penipisan ozon, global warming, hujan asid dan lain2.. semuanya akibat tangan-tangan manusia..
Apabila kita melihat watak Aslan (The Lion King) dalam movie ini, seolah-olah dialah Tuhan, mempunyai kuasa yang amat hebat, tetapi tidak mahu menunjukkan kekuasaannya.. Jika kita fikir tentang kekuasaan Allah s.w.t, kuasa Allah amat -amat hebat dari kuasa-kuasa yang dimiliki oleh Aslan. Jika kita kagum dengan power@magic yang dimiliki oleh Aslan, dia berkuasa menaikkan air sungai, memanggil pokok-pokok menyerang musuh, ketahuilah bahawa kuasa Allah tiada tandingannya. Masih ingatkah lagi kita pada Tragedi Tsunami 2004? Mungkin itulah hanya sedikit gambaran kekuasaan yang dimiliki Allah.
Satu perkara yang menarik dalam movie ini ialah taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Narnia. Kali pertama tentera Narnia menyerang kota musuh, ramai yang terkorban, mereka sanggup mati demi Narnia ("For Narnia!!!" jerit King Peter). Kalau dalam perang Islam, ramai yang sanggup Syahid demi Islam..
Dalam perang Narnia terakhir, mereka meruntuhkan terowong bawah tanah dan mengepung musuh dari belakang. Kalau dalam Perang Khandak, tentera Islam gali parit. Dalam peperangan akhir ini, dilihat jumlah tentera musuh cukup2 ramai berbanding dengan tentera Narnia, tetapi akhirnya Narnia menang dengan bantuan kuasa Aslan menerusi serangan makhluk-makhluk pokok . Begitulah dalam peperangan Badar, jumlah tentera Islam sedikit (diriwayatkan 313 orang) sahaja berbanding tentera Quraisy(diriwayatkan 900 - 1000 orang). Dalam perang Badar tentera Islam menang dengan bantuan Allah menerusi pertolongan malaikat Jibril a.s.
Dalam setiap perkara yang kita lakukan, jangan pernah sesaat kita lupakan kuasa Allah.. Sandarkan hati kita rapat dengan Allah.. Wallahu a'lam.
Tuesday, May 27, 2008
GBS President & KBN President Receptions at Alor Star

Gunung Daik bercabang lima,
Dua sahabat duduk serumah,
Akhirnya kawin di tarikh yang sama.
Tahniah di ucapankan kpd GBS President - Matzab dan zaujah beliau sempena akad nikah dan walimah yg berlangsung di Alor Star pada weekends lepas. gambar/video akan di attach di sini kelak..insyallah jika ada kelapangan.
Tahniah juga diucapkan kpd KBN President - E-one dan zaujah sempena walimah yg berlangsung di Pendang & Alor Star juga pada weekends lepas. gambar/video juga akan di attach :)
Terima kasih kepada kedua2 keluarga yg menjemput kami. dan tidak lupa kepada 4z4m & keluarga Kak Long yg menyediakan motel tanpa bayaran kpd kami. Jasamu di kenang, jumpa lagi di kenduri 4z4m :)
Jzk kpd 4M!r yg meminjamkan Kenchana Oren.
sekian laporan ringkas - Omar*
*nama sebenar
Jemputan kenduri Nasi Padang Minang Maimbau, malam jumaat 29 mei 08.

Salam,
Pada semua GBS, antum semua dijemput ke kenduri nasi padang di rumpun mesra pada 29 Mei 2008,Khamis jam 7.40 mlm (lepas maghrib) hingga 10.00 malam.
Kedai mula beroperasi pada 30 Mei 2008, 5.00 ptg hingga 11.00 malam. Nasi padang minang maimbau (minang memanggil) akan beroperasi setiap hari kecuali hari halaqah untuk tukang masak Zul (belum ditentukan lagi).
Selain dari nasi padang disediakan juga nasi goreng dan sup (ekor, tulang, ayam dll).
Kalau nak mai tolong pun ok jugak ...
Wassalam,
Yusni
Kronologi Pemilihan Nama GBS

Dicopy dari email pada 5 March 2008;
Kenapa pilih nama GENG BAS SEKOLAH???
Beginilah interpretasinya,
GENG = merujuk kepada kumpulan atau satu jamaah
BAS = sebuah pengangkutan merujuk bahawa kita sedang bergerak dalam jamaah dalam satu wadah @ saluran
SEKOLAH = pendidikan atau tarbiah yang kita sedang terima
dalam sebuah bas sekolah biasanya terdapat ramai penumpang (budak sekolah @ pelajar @ tullab), mereka sedang menuju ke sekolah untuk menimba ilmu... dalam bas sekolah juga wujud interaksi antara budak2 skolah yang saling kenal mengenali ibarat sebuah keluarga (usrah), sebenarnye telah diterapkan dengan 3 rukun usrah iaitu TA"ARUF (bekenalan) , TA"AWUN (persefahaman) & TAKAFUL (tolongmnolong)....
dalam sebuah bas juga hanya terdapat seorang Driver Bus @ NAQIB... nanti bila budak2 skolah ni dah besar panjang dah pandai, boleh la depa ni ganti driver bus jadi Naqib....
begitulah serba sedikit rasional kenapa dicadangkan Geng basstop...
sekian wallahu a'lam