Saturday, December 13, 2008

Kenduri Usayd

enjoy the picture!...x sempat nak amek gambar Hasznil, Zabri & Yusni se family...bateri digicam sudah mati..



penantian seorang ayah & ibu

dah pun tiba!

serba hijau pucuk pisang

kompang di palu, hai pengantin baru

senyum kedua pengantin, moga berbahgia ke anak cucu

pengantin di payung, ibarat raja

kompang di palu, pengantin malu...moga berbahgia ke anak cucu

selamat datang!

silat sudah bermula...

kami doakan moga berkekalan....

mempelai tersenyum manis....lapar pon ada ya dak?
digicam courtesy of kerm

Thursday, December 11, 2008

CALL FOR PAPERS : JOURNAL OF ADVANCED MANUFACTURING

Areas : Contributions are expected to deal with, but are not limited to, the following issues:
- Communication and Computer Engineering,
- Industrial Automation and Robotics,
- Automotive Engineering and Energy
- Manufacturing Process, Technology and Design
- Software Engineering
- Technology Management and Entrepreneurship
- Soft Skills for Engineers and Technologist

Paper Submission : Further information on preparation of manuscript can be reviewed at details for paper submission. Please refer to the sample provided with regards to references.

For further inquiry please contact:
Professor Dr. Md. Dan Md. Palil
Editor
Journal of Advanced Manufacturing Technology
Universiti Teknikal Malaysia Melaka
Locked Bag 1200, Hang Tuah Jaya, Ayer Keroh 75450 Melaka

Tel : 06-2332610, 06-2332275
Fax: 06-2332414/3137
Email : dr.dan@utem.edu.my
azmi@utem.edu.my

website: www.utem.edu.my/jamt08

GUIDELINES FOR CONTRIBUTORS

JAMT JOURNAL ARTICLE RECORD FORM

Tuesday, December 2, 2008

Jemputan Walimah Anakanda Haji Rashid & Kak Zah

Assalam-mu-alaikum,

Kepada ahli JIM-PP, ana dan isteri (Kak Zah) dengan rendah hati ingin menjemput tuan/puan suami/isteri serta keluarga ke majlis walimah anakanda kami Usayd bin Mohd Rashid seperti berikut, rujuk lampiran kad :

Tarikh : 13 Disember 2008 @ 15 Zulhijjah 1429H (Sabtu)
Masa : 12.00t/hari - 5.00ptg
Tempat : Perkarangan Surau Bandar Bayan Baru, Tingkat Mayang Pasir, Bayan Baru.

Objektif majlis ialah untuk mengwara-wara perkahwinan anakanda kami dengan pasangannya Aween, anak saudara PM Zainal Alimudin, juga saudara Zainal Adlishah.

Majlis ala-kadar sahaja... jemputan 800 orang, memanfaatkan
i. akhi Talha dan En Aris sebagai CHEF utama
ii. Najib sebagai Deejay, nasyid sek ITQAN
iii. PA System SRI-SMI ITQAN/ISLAH
iv. Persembahan "Juara Teh Tarik M'sia" (En Jalil, saudara baru)
v. Persembahan 'silat' gayung kanak-kanak oleh Kumpulan Ros SUE
vi. Mohon sukarelawan 5+5 Wanita JIM (BD & TL) / Muallimah SRI-SMI untuk jadi Bentara

Apa pun, bila buat di surau, "... JOM SOLAT DULU..." Zuhur & Asar berjemaah, 1.13pm dan 4.36pm.

Kepada yang terima kad, dijemput hadir, kepada yang tak terima kad, dan hajat nak hadir, dijemput hadir, sambil meraikan jamuan kami, boleh bersilatur-rahmi dengan ahli dan rakan JIM yang lain.

Awal-awal lagi kami mohon maaf di atas apa jua kekurangan...

Mohon doa majlis diberkati Allah.

Terima kasih & wassalam,
Haji Rashid & Kak Zah








Monday, December 1, 2008

Jemputan Perkahwinan Yusri

Assalamualaikum wth
Dengan penuh kesyukuran dan dengan segala hormatnya,ingin menjemput ikhwah & akhawat sekalian kemajlis kesyukuran saya,
YUSRI BIN HAJI YAAKUB
dan
SITI SHARIFAH BT ISMAIL
(di sebelah pengantin lelaki)
SABTU, 13 DISEMBER 2008, 15 ZULHIJJAH 1429H
12.00 tgh - 8.00 malam

di alamat

Lot 1752, Kg Badak Mati, Pauh Lima
16090 Bachok
Kelantan

Boleh hubungi saya di;
YUSRI BIN HJ YAAKUB 019-4620140


Wassalam

Sunday, November 30, 2008

Update lagi


1. Usrah rumah Amirullah

- alhamdulillah setelah sekian lama nya, kami akhirnye selamat juga ber-usrah & ziarah rumah Amir di Minden Heights....Usrah di mulakan dgn discussion mengenai fatwa yoga kemudian tafsir Al Fajr.....

- menu malam tu.....roti tesco, air teh panas cameron berperisa & cendawan goreng special ala klate

cendawan goreng...nyum2

2. Melawat Putera Aidi ~ nama nya Aiman Safwan


Abg Suffian sdg tgk2 hadiah Adik Aiman dpt

inilah Mujahid baru.....Aiman Safwan

Monday, November 24, 2008

Selamat Hari Lahir Syed & Amir


Selamat Hari Lahir Buat Kembar Usrah
Syed Sufian & Amirullah.....

moga di panjangkan umur,
di murah kan rezeki, bahagia selalu,
sentiasa di landasan keimanan dan...............
cepat2 naik pelamin...



di sebalik daun teh nan hijau

di kedai cowboy

membeli teh utk di bawa pulang

Sunday, November 23, 2008

Aktiviti GBS


Aktiviti usrah

1. Usrah di rumah Syed Faizal -- maaf tiada gambar sbb sejurus shj Sharifah nampak Pak Zabri dia terus nangis, lari masuk blik and tido

2. Panjat Bukit Jambul - wiwi...2x kitorg panjat sama2 pagi2..syiok then terus ke Tun Sardon utk sarapan

3. Fun RUN @ Penang Bridge Marathon...~ Adlan ada picture x?- ada surau kat Jeti Jerejak tp yg slack xde tpt wuduk....~ penuh org parking kat area pantai jerejak

4. Usrah Rumah Syaaban lagi as usual menu nya ialah mee with tomyam sup

5. Yusuf Estes...ceremah Yusuf Estes yg sgt menghiburkan.....all the jokes answered ceramah topics & audiences Q&A...hari terakhir di USM mmg FULL

mendgr dgn khusyuk sambil bergelak tawa...

di USM....Yusuf Estes di serbu...

6. Qiyam @ Lebuh Nipa htgk video Sang Murabbi..then pagi tu bgn qiyam


7. Majlis Berbuka Pose + Buka Hadiah JIM TL + Farewell Adlan
Adlan menerima hadiah istimewa (ubat gigi) dari Hj Taufiq...


Wow!! hamper...

8.Talk @ Seri Malaysia

Saturday, November 1, 2008

Update

Lama sudah tidak update....so ni la sedikit update


1. Farewell Azwan @ Pak Mail Tomyam



2. Tolong Azwan sekeluarga angkut2 brg...lps tu makan kedai mamak


3. Usrah & Raya rumah Syaaban - menu mee tomyam.

4. Raya rumah Pak Naqib - menu laksa, satay, air oren, lekor etc





Wednesday, October 29, 2008

Isu Semasa- Isu Masjid



Pada hari Ahad yang lepas 26/10/08 dalam warta jam 12 tv1, saya tertarik dengan 2 isu masjid yang diutarakan dalam warta Berita tersebut.


1) Cadangan menubuhkan isu masjid cina. - cadangan YB Kulim agar kerajaan membina sebuah Masjid Cina, yang mana senibinanya berasaskan senibina bangunan Cina, malah dicadang agar khutbah juga dalam bahasa mandarin. Jika sebelum ini, kita dah ada masjid pakistan, masjid india dll., so now its the time to build masjid cina pulak. Cadangan ini juga disokong oleh Saudara Ang Wan Seng, AJK persatuan Cina Muslim M'sia (Penulis buku Islam di China). Kepelbagaian jenis masjid ini sedikit sebanyak akan mengurangkan persepsi bahawa Islam di Malaysia ini hanya identiti orang Melayu. Islam bukan agama orang Melayu. Terapi Islam adalah untuk semua bangsa. >> "Wa ma arsalnaka illa rohmatan lil a'lamin"...


Sebagai contoh di Hong Kong, ada komuniti cina moslem di sana, darisegi fizikal, mereka sama dengan orang lain. Cuma dari segi pemakanan dan cara hidup berbeza sedikit. Di Hong Kong Islamic Centre, ramai bangsa menghidupkan masjid terutamanya bangsa Pakistan yang dtg bekerja di situ serta orang Indonesia yang turut mengadakan kelas2 agama di situ. Malah di HK, kedai makan cina moslem di Kowloon City, sentiasa penuh & menjadi rebutan masyarakat cina (bukan muslim).

Di China, tedapat sebuah masjid tertua di area Xian Yang yang populasi cina moslem antara teramai di negara itu. Islam telah wujud di China itu sejak Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad, Sa`ad ibn Abi Waqqas, telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu menyamakan antara antara agama Islam dengan ajaran Confucius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China.


2) Ruang masjid Sg. Nibong - Selalu dok pi solat kat masjid ni, tapi jarang pi solat jumaat, tapi bila saya tengok dalam berita haritu baru tersedar masa solat Jumaat, jemaah melimpah sampai ke kaki lima dah ke seberang jalan bawah jejambat. Maknanya jemaah yang bawah jejambat tu terpisah ngan jemaah masjid by jalan raya yang sibuk. Mengikut kata Pak Imam, setakat ni, dah 5 orang maut (harap2 mati syahid) sebab terpaksa bersolat di seberang jalan raya tu. Dalam berita, AJK masjid memohon bantuan kerajaan negeri n pusat untuk memperbesarkan masjid. Tapi bila tgk ruang macam dah penuh, sebelah kanan ada kubur belah depan jalan raya, belakang maybe boleh, tapi kena makan ruang parking la.. Mudah2an, kes masjid sg. nibong ini mendapat tempat di mata pihak berwajib.

Friday, October 24, 2008

Khutbah Jumaat Masjid Glugor 24 Oct


Salam GBS, sekadar perkongsian ilmu (wazakkir fainnazzikro tanfaul mu'minin)

Point dari Khutbah di Masjid Glugor hari ini (tak tau la plak sapa khatib) ;

1. Hukuman pada pencuri, penzina jika mereka terlepas dari hukum hudud di dunia. Di akhirat kelak mereka akan menerima azab di neraka. Cth : Penzina - ada ular yang besar akan mematuk kemaluan penzina selama 70 tahun. Hukum hudud di dunia adalah kafarah dari Allah jika selepas hudud mereka bertaubat.

2. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" - Melayu memang akan hilang didunia, tetapi Islam kekal hingga ke akhirat. Tidak salah kita memperjuangkan bangsa kita, tetapi mestilah berasaskan Islam. Ketuanan Melayu yang TIDAK bersandarkan ISLAM memang akan hilang dan pudar. Tidak kira apa bangsa sekalipun, jika diperjuangkan tanpa berasaskan agama Islam, tidak akan berjaya. Akibatnya.. Menang sorak kampung tergadai. Contoh : Orang Arab yang berjuang atas bangsa Arab, bukan sebab Islam. Akhirnya mereka terpaksa bergantung harap dengan penjajah dari segi pembangunan, ekonomi dan seluruh sistem pembangunan negara Arab.

3. Ibubapa yang MANDUL, bukanlah mereka yang tidak mempunyai anak. Tetapi mereka ialah ibubapa yang mempunyai anak, tetapi tiada seorang pun antara anak mereka yang menyampaikan doa/pahala kepada mereka setelah mereka meninggal dunia. Oleh itu, didiklah anak2 dengan ilmu agama sejak kecil. Ajar mereka solat, baca quran dan asas2 islam..