Tuesday, June 23, 2009

Menanti Di Barzakh

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan roh ku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke masyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
7langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernama syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku

terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yangku tinggalkan
kehidupan di sini bukan satu khayalan(2x)
tetapi ia sebenar kejadian(2x)

kembali oh kembali kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang dimuka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi

jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pangangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan(2x)
dialam barzakh jasad dikebumikan(2x)

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

Tuesday, June 16, 2009

Antara Dua Darjat


Semasa sedang duduk mendengar khutbah jumaat di sebuah masjid minggu lepas. Seperti biasa, setiap jumaat tupperware tabung derma masjid diedarkan dari saf ke saf, kelihatan tidak ramai yang meringankan tangan memasukkan RM ke tabung berkenaan. Hati ini tersentak apabila melihat seorang hamba Allah "mat Bangla" mengeluarkan dompetnya dan memasukkan sejumlah wang ke tabung derma.

Subhanallah! Orang warga asing yang bekerja dibawah panas terik mampu berderma, kenapa orang tempatan yang bekerja di dalam bilik aircond bergaji ribuan ringgit tidak mampu menghulurkan derma.



Tidakkah mereka tahu bahawa bersedekah itu pendinding api neraka. Dalam sebuah hadis daripada Anas, Baginda bersabda bermaksud: Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam.

Maka, tidak mustahil di akhirat kelak, mungkin golongan yang kita nampak rendah taraf sosialnya di dunia ini diletakkan Allah di martabat tertinggi di Akhirat.

Thursday, June 11, 2009

Jaulah di Ipoh - 10 Jun

Laporan Ringkas

Semalam (10 Jun 09) seramai 10 orang GBS telah bergerak dari Penang (after office hour) ke Ipoh untuk melawat rakan GBS yang dilanggar lari oleh BMW.

Kronologi Perjalanan:

6.00 pm - Kumpul di masjid BB
6.30 pm - Parking kenderaan di tempat strategik, 2 kereta bergerak sekali.
6.45 pm - Ambil en Om turun bas. Bottleneck kejap di kepala Penang Bridge
7.40 pm - Ambil En. Iz di toll Jawi, tukar kereta
8.30 pm - Rehat & Rawat di Semanggol
9.30 pm - Tiba di ipoh. Sesi ramah mesra. Sesi Penyerahan Derma.Jamuan lemang & bihun. Diskusi bab ikan, bab Sirname keturunan Syed/Syarifah/wan/ nik/ ku, bahasa hokkien dan kelas bahasa siam oleh GBSian.

11.00 pm - Solat jamak berjemaah
11.30 pm - Bergerak pulang ke Penang. Singgah beli buah di RnR Bkt Gantang. Perbincangan persiapan Kemudi 09. Diskusi elak mengantuk teman driver.
2.00 am - Tiba di Penang. Huaarrppp!

Tuesday, June 9, 2009

I am doing community service


The Barber in New York

There was once a very good barber in NEW YORK, he gives Free Haircut to everybody who comes into his shop to have their haircuts.

One day a florist goes to him for a haircut. After the cut, he goes to pay the barber and the barber replies:

'I am sorry. I cannot accept money from you. I am doing community service.'

The Florist is happy and leaves the shop. The next morning when the barber goes to open his shop, there is a thank you card and a dozen roses waiting at his door.

A policeman goes for a haircut and he also goes to pay the barber after the cut. But the barber replies:

'I am sorry. I cannot accept money from you. I am doing community service.'

The cop is happy and leaves the shop. The next morning the barber goes to open his shop, there is a thank you card and a dozen donuts waiting at his door.



A Malaysian software engineer goes for a haircut and he also goes to pay the barber after the cut. But the barber replies:

'I am sorry. I cannot accept money from you. I am doing community service.'

The Malaysian software engineer is very happy and leaves. The next morning when the barber goes to open his shop, guess what he finds there....... .....

Can you guess? Come on, think like a Malaysian... .

have you got the answer ........... ?????

come on ............ .

guess

guess

guess....... ......... ......... ......... ......... .......

a dozen Malaysians waiting for a free haircut!!!!! !!

Tuesday, June 2, 2009

Beban




Jika seseorang yang nak pindah rumah, sudah pasti banyak barang yang perlu dibawa bersama. Cuba ingat kembali masa mula-mula dapat kerja pertama. Datang sehelai sepinggang, hanya pakaian dan keperluan asas. Hari berganti hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Beli perabot, beli pekakas dapor, beli itu, beli ini. Cukup 5 tahun, bila nak pindah rumah, baru disedari terasa banyak pula barangan nak dibawa bersama. Hidup seorang, tapi tak terdaya nak angkat semuanya. Kena booking lori dan minta tolong rakan-rakan mengangkatya.



TETAPI cuba kita fikirkan, dari kita mula-mula aqil balgih sampai sekarang, setiap amalan kita menghasilkan dosa dan pahala. Hari berganti hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Cukup 5 tahun, ditakdirkan kena 'pindah rumah' dari rumah banglo besar ke rumah keranda 7 kaki dibawah tanah. Tanpa kita sedari, betapa beratnya amalan dosa yang kita lakukan............ Kali ini, tiada rakan-rakan yang boleh datang membantu, hanya dipikul sendiri... Ya Allah!!..


Marilah kita sama-sama mengamalkan istigfar, mudah-mudahkan diringankan beban dosa

Thursday, May 14, 2009

Perang Hunain satu pengajaran




BILA :
Selepas pembukaan kota mekah, 11 syawal, tahun ke-8 hijrah.
Merupakan perang yang terakhir dengan kaum arab.

PUNCA :
Pihak musyrikin rasa tergugat (kaum hawazin & tsaqif bersatu untuk serang tentera muslim)

KEKUATAN :
12 ribu tentera muslim (10 ribu orang Madinah + 2 ribu mualaf dari suku Quraisy) Batalion pertama diketuai Khalid al Walid, Rosulullah berada di batalion belakang.

STRETEGI MUSUH :
- Diketuai orang muda berumur 30 tahun dari Hawazin, Malik bin Auf.
- Mereka membawa semua wanita, harta dan binatang ternak. Kononnya memberi motivasi kepada kaum lelaki agar melindungi keluarga dan harta mereka.
- Mereka menghantar 3 orang perisik
- Mereka juga menggunakan teknik serang hendap/ serangan mengejut dengan bersembunyi di balik batu dan atas bukit di Lembah Hunain.



STRATEGI TENTERA ISLAM :
- Meminjam baju perisai dan senjata dari kaum musyrikin. Mengatur ketua panji-panji.

SITUASI PEPERANGAN:
- Tentera islam terpinga2 bila diserang hendap dan hampir mengalah kerana ade yang berputus asa (dari kalangan mualaf), yang tetap berjuang hanya kelompok yang telah lama beriman.
- Nabi s.a.w. bangkit mara ke hadapan dan meminta Abbas, bapa saudara nabi menaikkan semula semangat tentera islam yang hampir kalah itu.
- Selepas itu, tentera islam kembali kuat dan memenangi peperangan Hunain.
- Harta ghonimah telah diberikan kepada kaum mualaf Quroisy tetapi tidak diberi kepada kaum Ansor.

PENGAJARAN :
a) Kuantiti Vs Kualiti : Kuantiti yang ramai tidak menjamin kemenangan.Kualiti iman yang mantap perlu ada dalam perjuangan.Kekuatan spiritual mengatasi kekuatan fizikal.

b) Jangan Takabur : Bila ramai, umat islam ketika itu sedikit berbangga dan selesa dengan mengatakan bahawa mereka akan menang dengan mudah. Lalu mereka kurang bersedia.

c) Jangan berdengki : Kaum Ansor tersinggung apabila tidak mendapat pembahagian ghonimah, hanya kaum yang baru memeluk islam yang dapat. Menguji ketaatan dan cinta mereka kepada Rasulullah.

d) Kepimpinan melalui pengaruh : Tentera islam pada awalnya hampir mengaku kalah dan berundur apabila mendengar khabar angin bahawa Rosulullah telah wafat. Namun berita itu dibetulkan kembali oleh Abbas.




DALIL PENGAJARAN :

” Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu.maka jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yangluas terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir dan demikian penbalasan kepada orang-orang kafir “. (al-Taubah: 25 - 26)

Wednesday, May 13, 2009

Ke Mana Kita Selepas Ini...?


Kubur adalah akhir perjalanan semua manusia di dunia
tempat menuai amal baik dan buruk
Semua manusia pasti singgah di ruang kubur...

Tiada lagi kata-kata indah
semua pintu tertutup sudah jika sudah memasukinya
harta, takhta dan keluarga
tiada yang mampu menemani
tiada lagi kata-kata kebaikan
kerana gerbang telah dikunci
manusia paling kuat sekalipun
akan mati dan menimba perbuatannya
hati paling keras sekalipun
akan kecut dan membisu hingga lunak bagai lumpur...

Apalagi yang dapat kita banggakan jika sudah memasukinya
apalagi yang mampu kita tertawakan
jika alam kesepian penuh cacing dan tanah basah
menjadi rumah kita
yang tinggal hanyalah
kesedihan dan penyesalan yang tiada tara...

Kita semua mesti berbuat kebaikan bersungguh-sungguh hanya untuk kubur
manusia mesti banyak memikirkan berapa luas ruang kita di kubur
bukan berapa banyak tanah dan rumah terbeli
dan bukan berapa banyak kenderaan mewah dan makanan tersedia
kubur adalah akhir perjalanan
semua harta dan kemewahan tak akan dibawa
hanya Iman dan Amal Soleh yang mampu menyelamatkan
dari Siksa Kubur yang pedih...

Tak ada tawar menawar untuk membeli syurga dan segala kenikmatan di sana
hanya Iman dan Amal Soleh yang mampu menaungi
dari panasnya api neraka yang menyala
kubur adalah persinggahan sementara dan penentu
berjaya atau tidaknya kita di alam akhirat
yang jelas dan pasti akan datang
banyak-banyak menangislah untuk kubur
banyaklah berkunjung ke kubur
agar hati selalu ingat mati...

Suatu saat
nama kita akan terpahat pada batu nisan yang bisu
tak ada lagi pangkat dan jawatan tertera di sana
hanya nama, tarikh lahir dan hari wafatnya kita

  الفاتحة         
محمد ايزوان بن اسماعيل
لاهير ٢٩ جون ١٩٧٩
وفاة ١٣ مي ٢٠٠٩

Inilah yang mesti kita cetak tebal dan persiapkan
dan masukkan dalam agenda kerja kita
di pejabat dan ruang kerja kita...
kerja untuk kubur
berbuat kebaikan untuk kubur
beramal untuk kubur
hari ini, esok dan lusa
mesti berbuat sesuatu untuk kubur
kerana kubur sudah menunggu
ruang telah dipersiapkan
bagai kamar pengantin
inilah saat untuk memperhiasinya
tak perlu lagi menunda-nunda
siapkan waktu dan tenaga
agar kamar kubur kita tampak indah
dengan banyak menangis dan ibadah sekuat tenaga
jangan hanya untuk dunia kita bekerja
tapi untuk kubur juga kita mesti bekerja
agar tak menyesal di dalam kubur dengan berkata...

"...Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan (dahulu)..." [Al-Mu'minun : 99-100]

pastinya kita dah tahu jawapan kepada permintaan kita ini... 

Monday, May 4, 2009

Mata dan Mata Hati

Salam...

Entry kali ini adalah laporan sampingan kesan dari main bowling kt BJ Bowl 2 minggu lepas... Lensa kamera sempat merakamkan sesuatu yang boleh dijadikan tazkirah kepada kita...

Bila diamati potret mata para GBS, terasa ada pancaran nur yg amat bersinar yg bisa mencairkan hati... kagum kerana ini adalah karya Allah yang begitu sempurna... Allah Subhanallah... Cahaya imej memasuki mata dan difokuskan oleh kanta mata yg dikawal ketebalannya oleh otot yg kecil. Cahaya imej dikesan oleh jutaan sel pada retina dan seterusnya menghantar isyarat elektrik ke otak untuk mentafsirkan imej yg kita lihat... 

Kepada pemilik anugerah mata yang dipinjamkan Allah ini, jagalah mata anda ya... Anugerah Allah ini tetap menjadi kewajipan kita utk menjaganya, bukan sekadar kecantikan fizikalnya malahan menjaga pandangan yang kita lihat dengan mata ini... sekali kita pandang tempat yg tak betul, maka akan ada satu titik hitam di hati kita... setiap hari entah berapa banyak kita melihat sesuatu yg haram dilihat dan entah sudah betapa besar tompok hitam yang telah menutupi mata hati kita... biarlah buta mata tapi jangan buta mata hati kerana Allah ada berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 46:

"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang ada dalam dada..."

Hati yang buta tentu sekali tidak dapat melihat kebesaran Allah pada ciptaan alam... Berapa ramai antara kita apabila memandang ke arah laut disekeliling Penang atau ketika memandu di Penang Bridge, laut biru yang tenang mempesona bila disirami sang mentari pagi yang sudah meninggi, terus berzikir "Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakhbar"... Kemudian terus mengingati kisah laut yang mempunyai banyak cerita yang 'tersurat' dan 'tersirat' di dalam al-Quran. Laut merakamkan sejarah pertemuan Nabi Khidir A.S. dengan Nabi Musa A.S. Di laut juga Firaun yang angkuh dan sombong dibinasakan bersama bala tenteranya. Nabi Yunus boleh hidup biarpun berada di dalam perut ikan di laut begitu lama. Laut Merah yang luas terbelah dua dan membolehkan Nabi Musa dan Bani Israil menyeberanginya... 7 air lautan kalau dijadikan dakwat untuk menulis ilmu dan kalimah Allah, pasti kering dan tak cukup... setitik dari air laut adalah kehidupan kita di dunia ini dan baki selautan itu adalah kehidupan di akhirat nanti... betapa banyak lagi ayat al-Quran dan hadis Rasullah yang menyuruh kita memperhatikan alam ini dengan mata supaya kita dapat melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa...

Tapi sayang, kita hanya melihat dan tak rasa apa-apa pun bila melihat laut, matahari, bulan, pokok-pokok dan apa sahaja yang boleh dilihat oleh mata. Amat tepat sekali kata-kata Allah 

"...Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang ada dalam dada..."

Kita masih belum mampu melihat dengan mata hati kita lantaran hati kita yang mungkin sudah hitam keadaannya... Astaqfirullah...

Untuk semua GBS jom vote mata mana yg paling menawan dan bersih... Sudah tentu mata itu paling banyak mengalirkan air mata yg takut kepada Allah... Vote kat ruang sebelah kanan ye...

W'salam

Thursday, April 30, 2009

Riadah Jemaah @ BJ Bowling

Salam...

GBS telah berjaya mengadakan riadah jemaah di BJ Bowl pada 
RABU 22 April 2009 dari jam 9.30 - 10.30 mlm...

Saksikan rakaman liputan di BJ Bowl...


GBS turun ke BJ Bowl dgn satu misi, satu tujuan dan satu matlamat yg sama... beriadah berjemaah sbg pengisian halaqah mingguan...

Yuk, kita pakai kasut dulu... 


Yeah..., pertarungan telah bermula...


Lensa kamera di belakang "lapang sasar" bowling...


Di luar gelanggang...


Dan juaranya ialah Shahrul... 

Maaf GBS pasal lupa lak nak ambil kertas markah dari Tok Naqib... jadi result penuh tak dapat diumumkan kt sini ye...

Selepas penat bermain, terpaksalah reload semula kalori yg telah dihabiskan di Kayu Nasi Kandar... 

Berikut beberapa aksi GBS yg sempat dirakamkan di
Kayu Nasi Kandar...

Zabri a.ka. Mat Zab


Omar
bila nak jemput GBS ke walimah secara rasmi ni...?


Tak lupa jua kepada... hehehhe...

Sekian laporan dari wakil GBS dari BJ Bowl. Pohon ampun maaf pasal terlewat send posting ni...

W'salam