Tuesday, August 18, 2009

KEMUDI 2009

KULIM- Kem Kepimpinan Keunggulan Diri 2009 telah berlangsung di Sedim Eco Park Resort, Kulim, Kedah pada 15- 16 Ogos. Acara bermula dengan taklimat Ironman & Ironladies di Sg. Nibong dan taklimat Treasure Hunt di Masjid Seberang Jaya bagi kategori R&R. Lebih daripada 20 biji kereta terlibat. Pelbagai tugasan telah diberikan dan soalan2 yang mencabar minda serta had masa yang menguji ketahanan dan kesabaran setiap pasukan yang terlibat. Setiap peserta melalui laluan Permatang Pauh - Bandar Perda- Bukit Mertajam - Kulim sejauh lebih 60km.

Sabtu, 6.30pm
Pasukan kereta pertama R&R TL telah tiba pada jam 6.30pm yang juga merupakan kereta ketiga tiba di Sedim Eco Park. Suasana tenang dan keindahan pokok buah-buahan di keliling kem dan deruan air sungai mententeramkan jiwa sesiapa sahaja yang berada di kem ini. Secara keseluruhan pasukan TL membolot tempat KeDua bagi acara Treasure Hunt ini.

Sabtu, 9.00pm
Pada waktu malam, Kemudi diserikan lagi dengan persembahan berorientasikan lagu Bingkai Kehidupan. Dengan idea yang spontan dan kerjasama setiap ahli, akhirnya pasukan TL berjaya dinobatkan sebagai Johan bagi acara Persembahan ini.

Ahad, 6.00am
Keesokan paginya, para peserta diisi dengan pengisian rohani melalui kuliah suboh dan aktiviti senaman pagi dengan seni mempertahankan diri menggunakan kain pelikat.


Ahad,9.00am

Selepas itu sedikit perkongsian pengalaman dari setiap pasukan Iron disampaikan. Banyak perkara yang dipelajari terutamanya erti kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental.

Ahad, 11.00am
4 acara berjalan serentak dimulakan dengan pembinaan rakit menggunakan buluh dan tiub. Di tapak rentang halangan, setiap pasukan iron bertanding melepasi setiap rintangan dengan membawa sebiji bata. Acara berakit pula, Pasukan pertama ditugaskan menaiki rakit menuju ke hilir sungai dan perlu menangkap 3 ekor ikan, Pasukan kedua menunggu di hilir dan membawa balik rakit ke hulu melawan arus. Mereka di uji dengan bom air sebaik sahaja hampir tiba ke garisan penamat. Pasukan TL berjaya mendapat tempat kedua bagi acara berakit ini.


Ahad , 4.00pm


Secara keseluruhan, pasukan TL mendapat tempat keDua daripada 5 pasukan yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada setiap pasukan.


Inilah teknik menyambut buah menggunakan kain pelikat..



Hasil teknik kain pelikat...



Tonggak utama acara memanjat pokok rambai..



Kenduri sambil ber"jaga"

Hallurim melaporkan bagi BERITA SUKAN GBS...

Tuesday, July 21, 2009

Erti Hidup Pada Memberi




Sebenarnye kita ni patut rasa bersyukur dan bertuah kerana diberi limpah dan rezki mencurah dari Ilahi sebagai rakyat Malaysia yg kaya dan permai ni. Pernah terbaca sutau masa dahulu bahawa rupa2nya dari keseluruhan penduduk dunia, peratus penduduk dibawah garis kemiskinan jauh LEBIH LEBIH besar dari yg berada diatas paras kemiskinan. Itu belum lagi memikirkan nasib mereka yg bukan saja miskin, tapi dibebankan lagi dengan keadaan negara yg huru hara dan peprangan. Tak perlu kita melihat jauh ke afrika, malah saudara seIslam kita dipalestin, afghanistan dan seumpamanya juga terlalu sukar bagi mereka menempuh hidup2 seharian malah utk mencari sesuap nasi pun susah!.



Tapi itulah dugaan Allah buat hamba2nya utk menguji siapa diantara hambanya yg paling bertakwa (paling bersabar mungkin). Dan itu juga mungkin selari dengan janji Allah bahawa kehidupan dunia ini bukanlah kehidupan sebenarnya TETAPI kehidupan akhiratlah kehidupan hakiki yg KEKAL abadi!!! Sudahka berediakah kita utk menghadapi kehidupan yg KEKAL itu yg tiada penghujung.. .

Maka pesan nabi mafhumnya manusia itu bila mati tidak membawa apa2 bekalan kecuali 3 perkara (mohon diperbetul jika silap):
1. Amal solehnya
2. Sedekah jariahnya
3. Doa anak yg soleh

Dan apa yg paling utama ialah perlulah kita sedar bhw hidup dunia ini hanyalah TERLALU sementara ibarat bayi yg berada didlm rahim ibunya selama 9 bulan. Jika kita mensia- siakan dunia yg fana ini dgn melupakan janji2 Allah dan tidak mempersiapkan diri dgn bekalan maka rugilah kita Na'uuzubillah.


Maka marila kita menggunakan kesempatan yg sementara ini utk berbuat soleh dan baik setiap masa, taat dan besunnguh melawan ajakan syaitan yg menyesatkan dan saling memperbaiki hubungan sesama makhluk dengan saling hormat menghormati dan saling memaafkan jika ketelanjuran. .
Semoga kita GBS dan semuanya dipayungi rahmat Allah dan diganjari syurga insyaAllah.. Ameen!


wassalam,
pitman

Tuesday, July 14, 2009

Laporan GBS di Ijtima Malaysia 2009

Salam...

Alhamdulillah, Allah telah memilih dan mengizinkan ana (Izuan), Azam dan Hafiz sebagai wakil GBS ke Ijtima' Malaysia 2009 yang diadakan pada 10, 11 dan 12 Julai 2009 yang lepas di Kuarters KLIA, Nilai. Berhampiran dengan Sepang Formula One (F1) dan KLIA + LCCT. Jemaah dari seluruh pelusuk dunia hadir, Thailand, Filipina, Myanmar, Pakistan hingga ke USA, UK hatta hingga Argentina. Khemah utk jemaah anatarabangsa yg muat dlm 3000 terlebih buat kpd 6000 orang lebih. Sayu lihat jemaah dari China tekun dengar terjemahan baian dalam bahasa Mandarin. Ada juga ana nampak jemaah Jepun...

Berikut adalah laporan bergambar dari tapak Ijtima' (maaf kerana kualiti gambar agak kurang kerana munggunakan kamera hanpon 2 Mega pixel je)...

  1. Ini khemah pertama di mana mimbar utama didirikan. Semua bai'an dari Maulana dan Ulama akan diadakan di sini. Bai'an adalah dalam bahasa Urdu dan Pakistan. Kemudian akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh translator yg luar biasa kelebihan yg Allah berikan kepada mereka. Bayangkan ucapan dalam bahasa Urdu/Pakistan dalam 15 minit dapat diterjemahkan dan diulaskan oleh penterjemah kita dalam 20 minit pula, tanpa tertinggal poin-point penting hatta sebarang ayat al-Quran yg dibacakan oleh Maulana. Begitu kuat ingatan para penterjemah ini... Subhanallah.. Bai'an subuh dari lepas jemaah subuh hingga ke 11.30 pagi, dalam 4 jam lebih. Masyaallah, kuat sungguh Maulana dan penterjemahnya. Ana sempat tidur sekejap dgn nyenyak dalam bai'an itu. Sempat juga ana melihat dgn dekat wajah nur bercahaya Maulana.
  2. Gambar-gambar di bawah adalah khemah 1,2 dan 3 di mana jemaah dari KL dan sekitarnya. KHITTA digunakan di sini utk ganti maksud khemah... Saiz khemah ni, Masyaalah, 2 biji Boeing 747 muat ni. Maybe lebih 10,000 orang menginap di khemah ni. Terlalu sejuk bila berada kt khemah ni... Ana sempat tidur nyeyak sekejap di khemah ni... :)


3. Tak terlepas golongan OKU dan BISU. Kalau dilihat betul2, bro yang duduk atas pangkin kayu tu tengah berbahasa isyarat kepada jemaah BISU. Dia jadi penterjemah dari bahasa Pakistan/urdu kepada bahasa Isyarat.
Papan tanda kawasan jemaah BISU dan OKU...

Sekitar di khemah 1,2 dan 3...

4. Ini sekitar khemah 10 yang menempatkan jemaah dari Penang dan Perlis. Ana dan jemaah Penanti di tempatkan di sini.
Pakcik tengah tidur disebelah ana...
Di sekitar tempat ana... ambil gambar masa tengah tunggu nasi sampai... :)
Baju dan beg ana... tempat ana tidur dengan nyenyak... deep sleep...

Kelihatan Adnan yg tengah berdiri tu, student USM yang bersama ana kt sini...



5. Sekitar kawasan wuduk dan tandas. Yang berbumbung biru tu adalah tandas... yang mampu menampung 250 ribu orang jemaah... Subhanallah... takde masalah langsung...

lorong tengah yang memisahkan khemah-khemah.
Sebenarnya, terlalu banyak yang ana nak ceritakan pasal Ijtima ni, dari segi makanan, minuman bahkan kepada keperluan utk qhada hajat sekalipun. Tak pernah ana rasa setenang ini walaupun dalam lautan ratusan ribuan manusia. Tentu sekali SAKINAH di sini... kesan dari zikir dan doa dari hati-hati yang diikat Allah ke Ijtima ini.

Insyallah, kita bercerita lagi secara lisan nanti.

Sekian, laporan ringkas wakil GBS ke Ijtima' Malaysia 2009.

Taubat Malik Bin Dinar





Diriwayatkan dari Malik bin Dinar, dia pernah ditanya tentang sebab-sebab dia bertaubat, maka dia berkata : "Aku adalah seorang polis dan aku sedang asyik menikmati khamar, kemudian aku beli seorang budak perempuan dengan harga mahal, maka dia melahirkan seorang anak perempuan, aku pun menyayanginya. Ketika dia mulai belajar berjalan, maka cintaku bertambah padanya. Setiap kali aku meletakkan minuman keras dihadapanku anak itu datang padaku dan mengambilnya dan menuangkannya di bajuku, ketika umurnya menginjak dua tahun dia meninggal dunia, maka aku pun sangat sedih atas musibah ini.

Ketika malam di pertengahan bulan Syaban dan itu di malam Jumaat, aku meneguk khamr lalu tidur belum sholat isya'. Maka aku bermimpi seakan-akan qiyamat itu terjadi, dan terompet sangkakala ditiup, orang mati dibangkitkan, seluruh makhluk dikumpulkan dan aku berada bersama mereka,

kemudian aku mendengar sesuatu yang bergerak di belakangku, ketika aku menoleh ke arahnya kulihat ular yang sangat besar berwarna hitam kebiru-biruan membuka mulutnya menuju kearahku, maka aku lari tunggang langgang karena ketakutan, di tengah jalan kutemui seorang syaikh yang berpakaian putih dengan wangi yang semerbak, maka aku ucapkan salam atasnya dia pun menjawabnya, maka aku berkata :



"Wahai syaikh ! Tolong lindungilah aku dari ular ini semoga Allah melindungimu". Maka syaikh itu menangis dan berkata padaku : "Aku orang yang lemah dan ular itu lebih kuat dariku dan aku tak mampu mengatasinya, akan tetapi bergegaslah engkau mudah-mudahan Allah menyelamatkanmu", maka aku bergegas lari dan memanjat sebuah tebing Neraka hingga sampai pada ujung tebing itu, aku lihat kobaran api Neraka yang sangat dahsyat, hampir saja aku terjatuh kedalamnya karena rasa takutku pada ular itu. Namun pada waktu itu seorang menjerit memanggilku,

"Kembalilah engkau karena engkau bukan penghuni Neraka itu!", aku pun tenang mendengarnya, maka turunlah aku dari tebing itu dan pulang. Sedang ular yang mengejarku itu juga kembali. Aku datangi syaikh dan aku katakan, "Wahai syaikh, aku mohon kepadamu agar melindungiku dari ular itu namun engkau tak mampu berbuat apa-apa". Menangislah syaikh itu seraya berkata, "Aku seorang yang lemah tetapi pergilah ke gunung itu karena di sana terdapat banyak simpanan kaum muslimin, kalau engkau punya barang simpanan di sana maka barang itu akan menolongmu."

Aku melihat ke gunung yang bulat itu yang terbuat dari perak. Di sana ada setrika yang telah retak dan tirai-tirai yang tergantung yang setiap lubang cahaya mempunyai daun-daun pintu dari emas dan di setiap daun pintu itu mempunyai tirai sutera. Ketika aku lihat gunung itu, aku langsung lari karena kutemui ular besar lagi. Maka tatkala ular itu mendekatiku, para malaikat berteriak : "Angkatlah tirai-tirai itu dan bukalah pintu-pintunya dan mendakilah ke sana!" Mudah-mudahan dia punya barang titipan di sana yang dapat melindunginya dari musuhnya (ular). Ketika tirai-tirai itu diangkat dan pintu-pintu telah dibuka, ada beberapa anak dengan wajah berseri mengawasiku dari atas. Ular itu semakin mendekat padaku maka aku kebingungan, berteriaklah anak-anak itu : "Celakalah kamu sekalian! Cepatlah naik semuanya karena ular besar itu telah mendekatinya". Maka naiklah mereka dengan serentak, aku lihat anak perempuanku yang telah meninggal ikut mengawasiku bersama mereka. Ketika dia melihatku, dia menangis dan berkata : "Ayahku, demi Allah!" Kemudian dia melompat bak anak panah menuju padaku, kemudian dia ulurkan tangan kirinya pada tangan kananku dan menariknya, kemudian dia ulurkan tangan kanannya ke ular itu, namun binatang tersebut lari.

Kemudian dia mendudukkanku dan dia duduk di pangkuanku, maka aku pegang tangan kanannya untuk menghelai jenggotku dan berkata :

"Wahai ayahku! Belumkah datang waktunya bagi orang-orang yang beriman untuk tunduk hati mereka mengingat Allah". (QS. Al-Hadid : 16).

Maka aku menangis dan berkata : "Wahai anakku! Kalian semua faham tentang Al-Quran", maka dia berkata : "Wahai ayahku, kami lebih tahu tentang Al-Quran darimu", aku berkata : "Ceritakanlah padaku tentang ular yang ingin membunuhku", dia menjawab : "Itulah pekerjaanmu yang buruk yang selama ini engkau kerjakan, maka itu akan memasukkanmu ke dalam api Neraka", akau berkata : "Ceritakanlah tentang Syaikh yang berjalan di jalanku itu", dia menjawab : "Wahai ayahku, itulah amal soleh yang sedikit hingga tak mampu menolongmu", aku berkata : "Wahai anakku, apa yang kalian perbuat di gunung itu?", dia menjawab : "Kami adalah anak-anak orang muslimin yang di sini hingga terjadinya kiamat, kami menunggu kalian hingga datang pada kami kemudian kami memberi syafa'at pada kalian". (HR. Muslim dalam shahihnya No. 2635).

Berkata Malik : "Maka akupun takut dan aku tuangkan seluruh minuman keras itu dan kupecahkan seluruh botol-botol minuman kemudian aku bertaubat pada Allah, dan inilah cerita tentang taubatku pada Allah".

[sujud.cjb.net]

Tuesday, June 23, 2009

Menanti Di Barzakh

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

perjalanan roh ku melengkapi sebuah kembara
singgah di rahim bonda sebelum menjejak ke dunia
menanti di barzakh sebelum berangkat ke masyar
diperhitung amalan penentu syurga atau sebaliknya

tanah yang basah berwarna merah
semerah mawar dan juga rindu
7langkah pun baru berlalu
seusai talkin bernama syahdu
tenang dan damai di pusaraku
nisan batu menjadi tugu
namun tak siapa pun tahu resah penantianku

terbangkitnya aku dari sebuah kematian
seakan ku dengari tangis mereka yangku tinggalkan
kehidupan di sini bukan satu khayalan(2x)
tetapi ia sebenar kejadian(2x)

kembali oh kembali kembalilah ke dalam diri
sendirian sendiri sendiri bertemankan sepi
hanya kain putih yang membaluti tubuhku
terbujur dan kaku jasad di dalam keranda kayu

ajal yang datang dimuka pintu
tiada siapa yang memberitahu
tiada siapa pun dapat hindari
tiada siapa yang terkecuali
lemah jemari nafas terhenti
tidak tergambar sakitnya mati
cukup sekali tak sanggup untukku mengulangi

jantung berdegup kencang menantikan malaikat datang
menggigil ketakutan gelap pekat di pangangan
selama ini diceritakan kini aku merasakan(2x)
dialam barzakh jasad dikebumikan(2x)

ku merintih aku menangis
ku meratap aku mengharap
ku meminta dihidupkan semula
agar dapat kembali ke dunia nyata

Tuesday, June 16, 2009

Antara Dua Darjat


Semasa sedang duduk mendengar khutbah jumaat di sebuah masjid minggu lepas. Seperti biasa, setiap jumaat tupperware tabung derma masjid diedarkan dari saf ke saf, kelihatan tidak ramai yang meringankan tangan memasukkan RM ke tabung berkenaan. Hati ini tersentak apabila melihat seorang hamba Allah "mat Bangla" mengeluarkan dompetnya dan memasukkan sejumlah wang ke tabung derma.

Subhanallah! Orang warga asing yang bekerja dibawah panas terik mampu berderma, kenapa orang tempatan yang bekerja di dalam bilik aircond bergaji ribuan ringgit tidak mampu menghulurkan derma.



Tidakkah mereka tahu bahawa bersedekah itu pendinding api neraka. Dalam sebuah hadis daripada Anas, Baginda bersabda bermaksud: Bersedekahlah kamu, sesungguhnya bersedekah itu melepaskan kamu daripada Jahanam.

Maka, tidak mustahil di akhirat kelak, mungkin golongan yang kita nampak rendah taraf sosialnya di dunia ini diletakkan Allah di martabat tertinggi di Akhirat.

Thursday, June 11, 2009

Jaulah di Ipoh - 10 Jun

Laporan Ringkas

Semalam (10 Jun 09) seramai 10 orang GBS telah bergerak dari Penang (after office hour) ke Ipoh untuk melawat rakan GBS yang dilanggar lari oleh BMW.

Kronologi Perjalanan:

6.00 pm - Kumpul di masjid BB
6.30 pm - Parking kenderaan di tempat strategik, 2 kereta bergerak sekali.
6.45 pm - Ambil en Om turun bas. Bottleneck kejap di kepala Penang Bridge
7.40 pm - Ambil En. Iz di toll Jawi, tukar kereta
8.30 pm - Rehat & Rawat di Semanggol
9.30 pm - Tiba di ipoh. Sesi ramah mesra. Sesi Penyerahan Derma.Jamuan lemang & bihun. Diskusi bab ikan, bab Sirname keturunan Syed/Syarifah/wan/ nik/ ku, bahasa hokkien dan kelas bahasa siam oleh GBSian.

11.00 pm - Solat jamak berjemaah
11.30 pm - Bergerak pulang ke Penang. Singgah beli buah di RnR Bkt Gantang. Perbincangan persiapan Kemudi 09. Diskusi elak mengantuk teman driver.
2.00 am - Tiba di Penang. Huaarrppp!

Tuesday, June 9, 2009

I am doing community service


The Barber in New York

There was once a very good barber in NEW YORK, he gives Free Haircut to everybody who comes into his shop to have their haircuts.

One day a florist goes to him for a haircut. After the cut, he goes to pay the barber and the barber replies:

'I am sorry. I cannot accept money from you. I am doing community service.'

The Florist is happy and leaves the shop. The next morning when the barber goes to open his shop, there is a thank you card and a dozen roses waiting at his door.

A policeman goes for a haircut and he also goes to pay the barber after the cut. But the barber replies:

'I am sorry. I cannot accept money from you. I am doing community service.'

The cop is happy and leaves the shop. The next morning the barber goes to open his shop, there is a thank you card and a dozen donuts waiting at his door.



A Malaysian software engineer goes for a haircut and he also goes to pay the barber after the cut. But the barber replies:

'I am sorry. I cannot accept money from you. I am doing community service.'

The Malaysian software engineer is very happy and leaves. The next morning when the barber goes to open his shop, guess what he finds there....... .....

Can you guess? Come on, think like a Malaysian... .

have you got the answer ........... ?????

come on ............ .

guess

guess

guess....... ......... ......... ......... ......... .......

a dozen Malaysians waiting for a free haircut!!!!! !!

Tuesday, June 2, 2009

Beban




Jika seseorang yang nak pindah rumah, sudah pasti banyak barang yang perlu dibawa bersama. Cuba ingat kembali masa mula-mula dapat kerja pertama. Datang sehelai sepinggang, hanya pakaian dan keperluan asas. Hari berganti hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Beli perabot, beli pekakas dapor, beli itu, beli ini. Cukup 5 tahun, bila nak pindah rumah, baru disedari terasa banyak pula barangan nak dibawa bersama. Hidup seorang, tapi tak terdaya nak angkat semuanya. Kena booking lori dan minta tolong rakan-rakan mengangkatya.



TETAPI cuba kita fikirkan, dari kita mula-mula aqil balgih sampai sekarang, setiap amalan kita menghasilkan dosa dan pahala. Hari berganti hari, bulan ke bulan, tahun ke tahun. Cukup 5 tahun, ditakdirkan kena 'pindah rumah' dari rumah banglo besar ke rumah keranda 7 kaki dibawah tanah. Tanpa kita sedari, betapa beratnya amalan dosa yang kita lakukan............ Kali ini, tiada rakan-rakan yang boleh datang membantu, hanya dipikul sendiri... Ya Allah!!..


Marilah kita sama-sama mengamalkan istigfar, mudah-mudahkan diringankan beban dosa