Tuesday, June 29, 2010

keunggulan sahabat sahabat nabi: kesan tarbiah Rasulullah


sahabat sahabat nabi yang dijanjikan syurga merupakan contoh keperibadian yang patut kita contohi sebagai umat islam

keperibadian ini merangkumi kepercayaan tauhid terhadap Allah dan Rasulullah yang tidak berbelah bahagi dan juga kesungguhan mengikut suruhan Allah dan Rasulullah.



Saidina Abu Bakar As Siddiq

Saidina Abu Bakar As Siddiq adalah pemuda terawal yang memeluk Islam.

Gelaran As Siddiq, pembenar mesej yang dibawa Rasulullah

Semasa Rasulullah memberitahu tentang perjalanan baginda dari Makkah ke Madinah dan seterusnya menaiki buraq ke Arasy Allah. Ramai yang lemah iman mereka menjadi ragu ragu apabila mendengar penerangan dari Rasulullah. Namun, Saidina Abu Bakar tidak tergugat sedikitpun keimanan malah membenarkan penerangan Rasulullah.

" Benar! Aku menyaksikan bahawa engkau merupakan Rasulullah. Jika baginda s.a.w mengatakan bahawa baginda telah diperjalankan lebih jauh daripada itu maka aku tetap beriman kepadanya ".

Peneman setia perjalanan hijrah Rasulullah, perjalanan yang menguji keimanan

Semasa persembunyian Rasulullah dan Saidina Abu Bakar didalam gua Thur, kaum Musyrikin Makkah sudahpun dapat menjejak mereka sehingga ke pintu gua tersebut.

Jikalau Musyrikin Makkah tersebut tunduk sedikit kebawah, maka akan nampaklah mereka Rasulullah dan Saidina Abu Bakar. Pada masa tersebut, kaum musyrikin Makkah sudahpun bersepakat untuk membunuh Rasulullah.

Pada masa tersebut, ternyatalah bahawa perancangan Allah mengatasi segala perancangan manusia. Sinar Islam akan terus berkembang dan hijrah Rasulullah akan berjaya. Pada masa tersebut segala pergantungan dan harapan, hanyalah pada Allah. Seperti didalam ayat..

“Janganlah kamu berduka cita, sesungguhnya Allah berserta kita.”

(Surah at-Taubah, ayat 40)

Mengamal dan menyampai da'wah islam.
Selain itu, saidina Abu Bakar juga merupakan sahabat nabi yang berdakwah kepada 5 orang lagi sahabat yang dijanjikan syurga oleh Rasulullah. Saidina Abu Bakar bersungguh sungguh berpegang kepada Islam dan menyampaikan mesej Islam kepada orang lain.

Maka kita hendaklah terus mengkaji ciri ciri sahabat sahabat nabil dari segi iman dan da'wah hasil dari keunggulan tarbiah Rasulullah.

Sama sama mengkaji dan berkongsi:

Pautan:

Friday, June 11, 2010

pengajaran dari surah Ali Imran: Ciri2 insan taqwa


salam..

usrah kali ini mengajak kita kepada perubahan.. akhi yusni menyampai ayat surah ali imran 133 -136

Perubahan kepada sebenar benar takwa untuk benar benar mendapat ganjaran yang dijanjikan Allah S.W.T bagi hambaNya yang bertakwa.





1.bersegera mencari keampunan
Bagi orang yang bertakwa, yang takut dengan pembalasan Allah terhadap dosa dosanya. Orang yang bertakwa akan bersegara memohon keampunan dengan memperbanyakkan amalan amalan soleh.
Ayuh perbanyakkan amal amal soleh dan pohon keampunan

2.berbuat baik dalam keadaan luar kebiasaan
Kebiasaan nya kita hanya menderma apabila kita berada dalam keadaan senang. Namun, Allah telah mengajak kita kepada paradigma yang baru... menderma walaupun kita sendiri kekurangan.. mudah mudahan kita mendapat kasih sayang Allah

3.Menahan kemarahan dan memaafkan orang lain

4.menyesali kesalahan, memohon keampunan pada Allah dan tidak mengulangi kembali

Kesimpulan
Ganjaran hebat Allah sediakan buat orang orang yang bertakwa. Syurga seluas langit dan bumi, syurga syurga yang mengalir dibawahnya sungai sungai. Allah juga berjanji bahawa orang yang bertakwa mendapat sebaik baik ganjaran di sana nanti... Marilah banyak banyakkan amal kebaikan sementara masih ada keupayaan, masa dan harta

pautan:


Friday, June 4, 2010

usrah umrah 2 Jun 2010







salam,

hari rabu yang lepas telah berlangsung usrah, antara perkongsian ialah tentang perjalanan umrah.

antara kisah teladan yang menarik sepanjang umrah kali ini ialah pohon kurma yang menangis,
pengalaman menunaikan ibadah tawaf dan saie semasa umrah.

Kita perlu lebih bersungguh sungguh untuk mengejar syurga yang dijanjikan Allah bagi orang yang taat. Mudah mudahan kita ditempatkan didalam syurga dan tergolong dalam golongan yang "Abrar".

Dalam kehidupan seharian kita, hendaklah kita sentiasa berpegang teguh pada Al Quran dan sunnah Rasullullah . Melaksanakan suruhan Allah dan meninggalkan maksiat dan larangan Allah.


pautan kisah pohon kurma.



Friday, May 14, 2010

Life line 4 gaza






Salam,



sabtu, 8 Mei yang lepas ahli usrah berkesempatan ke life line 4 gaza di stadium Malawati, shah alam,

konvoi berlepas dari Penang ke Shah Alam jam 8.00 pagi,
konvoi berhenti di Slim River dulu untuk bergabung dengan konvoi dari Perak.

Alhamdulillah kami dapat menyertai perhimpunan ini sehingga jam 11.00 malam,
antara acara yang dijalankan ialah nasyid nasyid membakar semangat oleh Muadz 4 peace, Raihan dan Shoutul Harokah.
Berlangsung juga kutipan derma dan juga ucapan dari penggerak penggerak kempen life line 4 gaza. Wakil dari NGO Turki (IHH) menyatakan bahawa 9 buah bot sudah bersedia berlepas ke gaza.



Perjuangan ini memerlukan insan insan yang betul betul ikhlas dan beriman kepada Allah S.W.T

Che amran, salah seorang penyanyi nasyid dalam kumpulan raihan memberi penerangan bahawa dengan semangat sahaja tidak cukup untuk umat islam mengalahkan musuh.
Umat islam hendaklah berusaha membersihkan diri daripada maksiat dan cintakan dunia.
Saidina Umar dalam satu masa pernah berpesan, beliau tidak takutkan kekuatan musuh, tapi takut tentera tentera umat islam berbuat maksiat sehingga perjuangan dan doa mereka tidak mendapat redha Allah.

Yakin dengan ayat ayat Al Quran, masa kehancuran kezaliman akan sampai di bumi Al Quds!

NGO JIM, antara salah satu gabungan NGO yang menjayakan perhimpunan ini telah menyatakan dari surah Al isra' ayat 7. Ayat ini menerangkan bahawa Allah telah menjanjikan kehancuran bagi musuh Allah yang angkuh ini.

[7]
Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga.
Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.


Ketidakadilan yang perlukan pembelaan

Wakil dari Muslim Care telah menerangkan bagaimana tentera tentera yahudi yang zalim banyak melakukan penganiayaan kepada umat islam. Antaranya ialah tindakan sengaja menembak ke tulang belakang supaya mangsa terus hidup tapi dalam derita. Berita berita seperti ini amatlah memeranjatkan. Terbaru terdapat juga kes, tentera yahudi menembak dengan peluru kebahagian arteri kaki supaya mangsa mati kerana kehilangan darah yang banyak sebelum boleh mendapatkan rawatan.

jzkk

Disertakan satu lirik dari kumpulan shoutul harokah, semoga kitasemua dapat muhasabah diri, tinggalkan maksiat dan banyakkan amalan.

Ya Allah masukanlah kami Tercatat sebagai syuhada-Mu....





Kala fajar, hendak berpendar
Mentari pun belum bersinar
Sebongkah dendam membara
Memburu sang hamba nan bersahaja

Raganya tak seperti kita
Namun smangatnya menembus semesta
Dari kursi roda, mengguncang dunia
Untuk kemerdekaan Palestina

Darah membuncah, menyirami bumi
Tubuhnya terhempas tercabik
Namun dia hidup di sisi Ilahi
Dalam ni'mat abadi

Selamat jalan hai mujahid
Do'a kami mengiringi
Dengan jiwa nan tentram suci
Kepada Allah kembali

Kala fajar, hendak berpendar
Mentari pun belum bersinar
Sebongkah dendam membara
Memburu sang hamba nan bersahaja

Raganya tak seperti kita
Namun smangatnya menembus semesta
Dari kursi roda, mengguncang dunia
Untuk kemerdekaan Palestina

Darah membuncah, menyirami bumi
Tubuhnya terhempas tercabik
Namun dia hidup di sisi Ilahi
Dalam ni'mat abadi

Selamat jalan hai mujahid
Do'a kami mengiringi
Dengan jiwa nan tentram suci
Kepada ﷲﺍ kembali

Selamat jalan hai mujahid
Do'a kami mengiringi
Dengan jiwa nan tentram suci
Kepada Allah kembali
Kepada Allah kembali

pautan:

Friday, May 7, 2010

selamat hari ibu



salam semua warga usrah,




hari ibu di malaysia disambut pada 9 mei,
perbuatan kita kepada kedua ibu bapa akan dinilai dihadapan Allah S.W.T di akhirat nanti







Berbuat baik kepada kedua ibu bapa hingga ke akhir hayat
dalam Islam, ibu diletakkan dalam tempat yang tinggi,

seperti yang diterangkan dalam ayat ke 23 al isra

[23]
Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).


Kisah ketaatan Uwais al Qarni yang menjadi sebutan di syurga

disini saya lampirkan cerita seorang pemuda yang terkenal di langit kerana keimanannya dan ketaatan dia terhadap ibunya,

...............
Sepulangnya dari perang, Nabi SAW langsung menanyakan tentang
kedatangan orang yang mencarinya. Nabi Muhammad SAW menjelaskan bahwa
Uwais al-Qarni adalah anak yang taat kepada ibunya. Ia adalah penghuni
langit (sangat terkenal di langit). Mendengar perkataan baginda
Rosulullah SAW, sayyidatina ‘Aisyah r.a. dan para sahabatnya tertegun.........


Berdoalah kita kepada kedua ibu bapa kita
semoga kita sama sama memperbanyakkan bakti dan doa kepada kedua ibu bapa kita, sepertimana didalam ayat ke 24 surah al isra

[24]
Dan hendaklah engkau merendah diri kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah (untuk mereka, dengan berkata): “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil.


Hati hati hadis dhaif
namun, harus juga sedar ada juga cerita peringatan yang dhaif seperti cerita alqomah moga kita mendapat pengajaran,

sumber:

Lain lain:

lagu untuk ibu




Lagu ke makam bonda


Friday, April 30, 2010

Hari hari akhir kehidupan Rasulullah S.A.W


Assalamualaikum semua ahli usrah,

Hari hari akhir kehidupan Rasulullah




ahad yang lepas, Dr Basit ada menyampaikan ceramah mengenai hari hari akhir kehidupan Rasullullah,

bermula dengan kupasan khutbah akhir Rasulullah, yang antaranya mengupas tentang tanggungjawab manusia sebagai khalifah,

janganlah sesekali kita lalai dalam melaksanakan tanggungjawab, kerana kita semua akan dihakimi nanti di neraca Allah S.W.T

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

Turunnya ayat Al Quran, Al Maidah ayat 3

"... Pada hari ini telah Aku (Allah) sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku (Allah) cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu......""

bagi sahabat sahabat Rasullullah yang faham, mereka tahu tugasan Rasulullah telah pun lengkap, maka sudah tentu Rasulullah akan pergi meninggalkan mereka,

Perbaikilah amalan solat kita!

Dr Basit juga menerangkan disaat akhir hayat Rasulullah, baginda masih mengingatkan kita supaya menjaga solat.
Hendaklah kita solat dengan sebaik mungkin, beristigfar dan mohonlah doa kepada Allah supaya solat kita diterima. Selain itu, hendaklah kita membanyakkan juga solat solat sunat supaya dapat menampung kelompongan solat solat fardu kita.

Jagalah orang lemah diantara kita!

Dalam pesanan akhir Rasulullah juga, Rasulullah juga berpesan supaya kita menjaga orang orang yang lemah. Jangan dilupakan rakan rakan usrah, rapatkan lagi ukhuwah. Sama samalah kita memperingati untuk menjaga kebajikan sahabat sahabat kerana itulah antara tanda aras keimanan.

Dan Demi masa..
oleh itu sentiasalah kita beringat dan mempertimbangkan amalan amalan kita dalam sisa umur kita

Al - Asr
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar



pautan:





Tuesday, April 20, 2010

Al Ma'thurat - dari hanya dibuku biar lekat di hati


salam,



al mathurat merupakan antara "check list" perkara perkara yang perlu sebagai amalan harian,

kerap kali kita naik turun prestasi dalam membaca al ma'thurat,

kadang kadang kita terlupa nak bawa buku kecil ma'thurat bersama, dan tertangguh zikir kita itu,

kadang kadang bacaan kita terlalu laju sehingga kita tidak fahami erti yang dibaca,
kurangnya penghayatan menyebabkan bacaan sekadar mencukupkan syarat sahaja,

semasa musafir ke konvensyen aqsa syarif, antara pengalaman yang didapati ialah ikhwah yang bukan sahaja menjaga ma'thurat, tetapi zikir harian ini sudah tersemat dalam hati,

tak perlu lagi diberi alasan tidak mengamalkan zikir kerana terlupa membawa ma'thurat,

oleh itu ayuh kita semua "download" ma'thurat dari hanya dilembaran kertas, masuk ke dalam hati hati sambil mengambil berat tentang penghayatan,
biar lekat terus dalam ingatan, dimana sahaja kita berada, sama ada dalam kenderaan, ataupun terlantar di katil kerana sakit,

semoga zikir zikir ini melembutkan hati hati kita.

link


Thursday, April 15, 2010

tafsir al muddatthir




salam

surah al mudatthir menjadi perbincangan usrah,

banyak pengajaran da'wah yang kita dapat daripada surah ini,

Bangun dan beri peringatan!

Rasulullah diseru supaya bangun dan melaksanakan urusan dakwah. Menyampaikan peringatan tentang ancaman bagi orang yang tidak mahu beriman. Disamping ganjaran kepada yang tunduk dan patuh serta mengakui keEsaan Allah. Ganjaran juga kepada yang mengakui kebenaran Rasullullah serta ayat ayat Al quran yang disampaikan.

antara pesanan Allah lagi dalam menjalankan da'wah
1. janganlah memberi untuk mengharap balasan
2. bersabar dalam mencapai matlamat da'wah

Walid bin al Mughirah Pembesar quraish yang di ancam Allah

kita juga dapat melihat bagaimana sikap Walid bin al Mughirah. Walid yang Allah kurniakan dengan kekayaan dan anak anak yang banyak bertindak menidakkan kebenaran ayat ayat al quran yang disampaikan Rasullullah.

Walid mengetahui nabi bukanlah seorang yang penipu, dan ayat ayat al quran bukanlah kata kata syair ataupun sihir. Namun, disebabkan Walid lebih pentingkan kekayaan dan pangkat, dia sanggup membuat kesimpulan bahawa ayat ayat alquran tidak lain daripada sihir orang orang terdahulu.

Ancaman neraka Saqar

Sesungguhnya perkara ini menjadi satu cabaran da'wah yang besar kepada Rasulullah. Allah telahpun mengancam Walid dengan ancaman neraka Saqar. Neraka yang dijaga oleh malaikat malaikat.


Pautan

tafsir surah al muddatthir oleh


bersambung....


Tuesday, April 13, 2010

konvensyen Aqsa Syarif


salam,

pada hari sabtu lepas, telah berlangsung konvensyen aqsa syarif,

kita bertanggungjawab untuk menolong saudara kita di BaitulMuqaddis,

beberapa ahli usrah telah hadir,



cuba cari ahli usrah mana yang hadir,

insyaAllah ada sedikit ole ole dari konvensyen tersebut,

Friday, April 9, 2010

Membina ukhuwah dengan membanyakkan kebajikan

sepanjang seminggu berusrah hari ini banyak memberi pengajaran tentang menjaga ukhuwah dan membuat kebajikan,

usrah minggu ini menemukan kita dengan semangat "setiap muslim itu bersaudara"

dalam membina ukhuwah, amalan kebajikan seperti membantu saudara muslim yang berhadapan dengan masalah haruslah dibanyakkan.

antara ayat ayat al quran yang kita boleh ambil pengajaran

amalan amalan kebajikan yang boleh dilakukan

[177] Al Baqarah
Bukanlah perkara kebajikan itu hanya kamu menghadapkan muka ke pihak timur dan barat, tetapi kebajikan itu ialah berimannya seseorang kepada Allah, dan hari akhirat, dan segala malaikat, dan segala Kitab, dan sekalian Nabi; dan mendermanya seseorang akan hartanya sedang ia menyayanginya, - kepada kaum kerabat, dan anak-anak yatim dan orang-orang miskin dan orang yang terlantar dalam perjalanan, dan kepada orang-orang yang meminta, dan untuk memerdekakan hamba-hamba abdi; dan mengerjanya seseorang akan sembahyang serta mengeluarkan zakat; dan perbuatan orang-orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka membuat perjanjian; dan ketabahan orang-orang yang sabar dalam masa kesempitan, dan dalam masa kesakitan, dan juga dalam masa bertempur dalam perjuangan perang Sabil. orang-orang yang demikian sifatnya), mereka itulah orang-orang yang benar (beriman dan mengerjakan kebajikan); dan mereka itulah juga orang-orang yang bertaqwa.


Erti sebenar membanyakkan kebajikan
[34] Fussilat
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.

dan juga hadis ke 36 dalam hadis 40

Hadis diriwayatkan oleh al-lmam Muslim dengan lafaz ini.
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Nabi SAW, Baginda telah bersabda:
Barangsiapa yang melepaskan seorang mukmin daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
dunia, nescaya Allah akan melepaskannya daripada satu kesusahan daripada kesusahan-kesusahan
Qiamat.

Barangsiapa yang mempermudahkan bagi orang susah, nescaya Allah akan mempermudahkan
baginya di dunia dan di akhirat. Barangsiapa yang menutup ke'aiban seorang muslim, nescaya Allah
akan menutup ke'aibannya di dunia dan akhirat. Allah sentiasa bersedia menolong hambaNya selagi
mana dia suka menolong saudaranya. Barangsiapa yang melalui suatu jalan untuk menuntut ilmu,
nescaya Allah akan mempermudahkan baginya suatu jalan menuju ke syurga. Sesuatu kaum tidak
berkumpul di salah sebuah rumah-rumah Allah (iaitu masjid) sambil mereka membaca Kitab Allah dan
mengkajinya sesama mereka melainkan suasana ketenangan akan turun ke atas mereka, rahmat akan
melitupi mereka dan mereka akan di kelilingi oleh para malaikat dan Allah akan menyebut (perihal)
mereka kepada orang-orang yang berada di sisiNya. Barangsiapa yang terlambat amalannya, nescaya
nasab keturunannya tidak mampu mempercepatkannya.


sumber: