Friday, January 21, 2011

farewell Omar 19 Januari 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah majlis farewell akhi Omar telah berlangsung di Restoren Cina Muslim/Chinese Muslim Restaurant ( CMR), Bayan Baru.

Majlis bermula jam 8.00 mlm sehingga jam 10.30 malam. Majlis dihadiri lebih kurang 15 orang ahli GBSian. Akhi Isahak memberi tazkirah berkenaan dengan ikhlas.

Omar memilih menu makan malam


Antara menu yang dipesan ialah tofu telur masak sos, sayur, kambing goreng, itik goreng dan ikan masak sos. Menu menu ini memang menyelerakan. Teh Cina juga disediakan sebagai kombinasi yang tepat.

GBSian di restoren CMR


Majlis diakhiri dengan solat isya' berjemaah di masjid bayan baru.

Azam dan Omar bersalaman


Semoga akhi Omar dan keluarga dipermudahkan Allah berpindah ke tempat baru. GBSian mendoakan supaya ukhuwwah semakin kuat insyaAllah.

Jzkk juga kepada akhi Zaki kerana tolong tangkap gambar gambar yang menarik :D

pautan:
Hakikat Ukhuwwah yang sebenar

Wednesday, January 19, 2011

Hidayah Center makeover oleh GBSian 12 Januari 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah pada 12 Januari yang lepas, GBSian telah diberi tugasan oleh naqieb akhi Yusni untuk menolong menyediakan hidayah center pulau pinang.

Hidayah Center insyaAllah akan menjadi tempat tumpuan bagi mereka yang berminat tentang islam. Hidayah center juga bertujuan membantu memberi khidmat nasihat dan bantuan kepada mereka yang baru memeluk Islam.

Proses renovasi yang ditugaskan bagi GBSian ialah melakukan proses melekatkan karpet di lantai. Prosess bermula menyusun dan memotong karpet mengikut saiz yang dikehendaki. Kemudian, gam dituang keatas lantai konkrit dan diratakan samaada menggunakan kepingan besi atau papan.

GBSian sebelum process pengubahan Hidayah Center


gam dituang keatas lantai sebelum karpet dihampar
untuk mempercepatkan prosess, nasihat nasihat pakar digunakan :D

Renungan ayat al quran, surah As Saff


As Saff 1-4
[1]
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi, tetap mengucap tasbih kepada Allah; dan Dia lah Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[2]
Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak melakukannya!
[3]
Amat besar kebenciannya di sisi Allah – kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.
[4]
Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela ugamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh.


pautan:
http://www.alquran-melayu.com/61-as-saff/
http://www.facebook.com/hidayahcentrepenang

Thursday, January 6, 2011

ziarah Saaban 5 Januari 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

pada hari rabu yang lepas, GBSian telah melawat akhi Saaban, salah seorang GBSian yang baru baru ini jatuh sakit. Alhamdulillah akhi Saaban telah kembali sembuh dan berehat dirumah.

Jadi GBSian mengambil peluang untuk melawat Saaban dirumah. Kami berkumpul dahulu di masjid Al Huda.
Akhi Hadi menyampaikan tazkirah mengenai nikmat nikmat yang manusia selalu sia siakan iaitu kesihatan dan masa lapang.

Di rumah Saaban, dapat kami bertanya khabar dengan akhi Saaban tentang tahap kesihatan beliau. Jadi penting untuk semua GBSian mengambil berat tentang kesihatan dan menjaga kesihatan dari awal. Moga dengan lawatan ini ukhuwwah akan lebih mantap dikalangan GBSian.



Jom bersenam

InsyaAllah GBSian akan lebih aktif dan lebih menjaga kesihatan demi menjayakan lagi usaha usaha dakwah dan tarbiah.