Assalamualaikum buat semua GBSian,
Alhamdulillah tahun baru 2013 sudah pun menemui kita. Dan banyak perancangan yang kita boleh laksanakan didalam tahun ini. Diantara perancangan yang patut kita sertakan ialah perancangan berkaitan ibadah dan iman kita.
Kita dituntut supaya menghayati dan mendalami ayat ayat Al Quran. Al Quran harus didampingi dan dihayati. Barulah Al Quran akan membawa kesan kepada kehidupan kita. Al Quran tidak seharusnya dijadikan bahan bacaan sahaja. Seharusnya kita lebih memahami maksud ayat ayat Al Quran.
Mempelajari bahasa Al Quran
Untuk lebih memahami ayat ayat Al Quran, seharusnya kita menanamkan iltizam untuk mempelajari bahasa Arab. Yakinlah bahawa kita akan lebih menghayati Al Quran jika kita dapat mengetahui maksud ayat ayat yang dibaca.
Selalu mendengar bacaan Al Quran
Bacaan Al Quran yang baik yang dibaca oleh qari qari dan para huffaz yang memahami maksud ayat Al Quran berlainan dengan bacaan Al Quran yang dibaca oleh mereka yang tidak memahami. Jadi kita boleh mencari banyak bacaan Al Quran oleh qari terkenal di carian seperti Youtube. InsyaAllah bacaan bacaan mereka akan menyentuh hati kita. Carilah video video yang disertakan dengan makna dan grafik yang menarik.
Menghafal Al Quran
Ayat ayat Al Quran merupakan sesuatu yang berharga dan patut dihafal. Jadikan sebagai pengisi waktu waktu lapang. Menggantikan banyak irama lagu yang selalu kita dengari. Disamping itu, luangkan masa untuk mengetahu rumusan ayat yang kita hafal. InsyaAllah dengan menghafal ayat Al Quran, solat dan tilawah kita menjadi lebih menarik kerana kita mengetahui apa yang diperdengarkan kepada kita.
pautan:
http://www.surah.my/39
http://sigir.uitm.edu.my/svsi/dapatQH3.php?akar=Q086011&mula=1&pmula=1

Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran
yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya),
yang berulang-ulang (keterangannya, dengan berbagai cara);
yang (oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram;
kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah.
Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya);
dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah),
maka tidak ada sesiapa pun yang dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.
(Az-Zumar 39:23)yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain (tentang benarnya dan indahnya),