Friday, February 19, 2016

mengubati hati dengan amal ibadah

Alhamdulillah Usrah GBS dapat bersiaran lagi pada pagi jumaat ini setelah lama tidak bersiaran di laman maya. InsyaAllah akan cuba lebih konsisten dalam bidang penulisan blog pada tahun ini.

Ubat hati
Hati manusia jika tidak dijaga akan mudah untuk mendapat penyakit penyakit rohani. Hubungan dengan Allah akan terabai. Seterusnya hubungan dengan manusia menjadi tidak harmoni. Hati tidak lagi sensitif kepada masalah masalah umat. Kehidupan lebih tertumpu kepada matlamat dunia dan semakin jauh dari melihat perjalanan ke akhirat.

Diantar ubat hati ialah dengan

Memperbanyakkan bacaan Al Quran

Sesungguhnya didalam Al Quran terdapat banyak nasihat dan panduan daripada Allah SWT kepada manusia yang mahu berfikir. Ayat ayat Al Quran akan mengingatkan kita bahawa Allah SWT sentiasa memerhati dan mengingatkan kita bahawa suatu hari kelak kita pasti akan bertemu dengan Allah SWT.

Memperbanyakkan solat malam
Solat malam adalah satu anugerah daripada Allah SWT. Kita hendaklah cuba untuk mendidik hati kita supaya dapat mengerjakan solat malam. Sebagai permulaan bolehlah dilakukan secara berkumpulan untuk mendapat momentum melakukan solat malam secara bersendirian.

Berpuasa sunat

Puasa sunat adalah satu ibadah yang dilakukan atas kerelaan diri untuk mendapatkan redha Allah SWT. Didalam mengerjakan puasa sunat, kita mengharapkan janji Allah untuk bertemu dengan Allah dalam keredhaanNya

Bersedekah

Bersedekah mendidik hati supaya tidak kedekut dan kikir. Hati menjadi sensitif dan prihatin dengan mereka yang ditimpa kesusahan. Malah, kita dianjurkan untuk menginfakkan harta samaada diwaktu senang atau kesempitan. Semoga Allah menganjari pengorbanan hambanya.