Friday, October 7, 2016

masa masa terbaik untuk membaca al quran

Al Quran merupakan kalam Allah yang suci. Namun, kita sering tidak memastikan hidup kita dekat dengan Al Quran. Kita jarang membaca dan menghayati kalam Allah.

Pada masa ini, kebanyakan masa kita dihabiskan dengan membaca perkara online seperti whatsapp, facebook dan youtobe serta bermacam lagi media sosial. Tanpa kita sedar, kita sudah menghabiskan masa berjam jam sehari melayari internet tanpa sebarang hala tuju yang jelas. Seharusnya kita meletakkan panduan waktu untuk melayari media sosial seperti hanya pada waktu rehat. Kebanyakan yang kita layari tidak memberi impak kepada diri kita. Sedangkan kita sebenarnya memerlukan panduan daripada Allah.

Cadangan masa terbaik untuk membaca Al Quran

1. Selepas selesai solat fardu
Luangkan masa dalam sepuluh minit untuk membaca Al Quran dan memperbaiki hafalan surah surah. Waktu selepas solat maghrib juga boleh diluangkan untuk membaca Al Quran bersama anak anak dan isteri. Kebiasaannya waktu maghrib dibiarkan kosong atau berlalu begitu sahaja dengan kita menonton berita di tv atau melayari internet.

Waktu selepas solah subuh juga boleh digunakan untuk tujuan hafalan ayat Al Quran. Ini kerana, waktu awal pagi tubuh dan minda masih segar.

2. Sebelum solat jumaat
Kebiasaannya terdapat masa rehat yang panjang untuk kaum lelaki pergi solat jumaat. Masa ini boleh digunakan untuk membaca Al Quran dengan lebih lama. Para hadirin solat jumaat boleh cuba memendekkan makan tengahhari dan memanjangkan masa membaca Al Quran dan beriktikaf di masjid.

3. Hujung minggu
Waktu hujung minggu boleh digunakan untuk menambahkan tempoh membaca Al Quran. Masa selepas solat subuh boleh diluangkan untuk membaca Al Quran dengan lebih panjang sebelum bersarapan dan melakukan aktiviti lain.

Dan demi sesungguhnya! Kami telah mudahkan Al-Quran untuk menjadi peringatan dan pengajaran, maka adakah sesiapa yang mahu mengambil peringatan dan pelajaran (daripadanya)?
(Al-Qamar 54:17)

pautan: http://www.surah.my/54