Showing posts with label aktiviti. Show all posts
Showing posts with label aktiviti. Show all posts

Friday, October 28, 2011

aktiviti sebulan usrah October 2011

Alhamdulillah usrah GBS mengadakan banyak aktiviti pada bulan Oktober ini

Antara aktiviti yang dijalankan ialah

Usrah di Hidayah Center Pulau Pinang 12 October 2011

Usrah di Hidayah Center Pulau Pinang kali ini membincangkan tentang satu surah yang sangat mendalam maksudnya, iaitu surah Al Takasur.
Antara kandunga pengertian surah ini ialah celaan terhadap orang yang asyik dengan kehidupan dunia. Sehebat mana manusia, pasti akan mengunjungi kubur juga sama ada suka atau tidak.

kematian adalah satu peringatan kepada yang masih hidup,
bagi yang telah kembali,
terputus setiap amalan kecuali doa anak yang soleh,
kebajikan dan juga ilmu bermanafaat yang disampaikan


Apabila manusia kembali, maka segala nikmat yang diberi sebelum ini akan ditanya. Sesungguhnya pasti nanti azab neraka akan dilihat dengan mata kepala sendiri. Jadi, haruslah kita beringat dengan segala nikmat yang Allah telah kurniakan. Setiap nikmat itu akan ditanya kelak.

[1]
Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perbuatan berlumba-lumba untuk mendapat dengan sebanyak-banyaknya (harta benda, anak-pinak pangkat dan pengaruh), -
[2]
Sehingga kamu masuk kubur.
[3]
Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk semasa hendak mati)!
[4]
Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! Kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk pada hari kiamat)!
[5]
Demi sesungguhnya! Kalaulah kamu mengetahui – (apa yang kamu akan hadapi) – dengan pengetahuan yang yakin, (tentulah kamu akan mengerjakan perkara-perkara yang menjadi bekalan kamu untuk hari akhirat).
[6]
(Ingatlah) demi sesungguhnya! – Kamu akan melihat neraka yang marak menjulang.
[7]
Selepas itu – demi sesungguhnya! – kamu (wahai orang-orang yang derhaka) akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin (semasa kamu dilemparkan ke dalamnya)!
[8]
Selain dari itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari itu, tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)


Ayuh nilai amalan kita.
Antara perkara yang akan dinilai nanti ialah seperti berikut.
Umur. Apa yang sudah kita buat dengan umur yang diberi
Masa remaja. Bagaimana kita menghabiskan kehidupan remaja kita.
Harta. Bagaimana kita membelanjakan harta
Ilmu. Bagaimana kita menggunakan ilmu yang diberikan Allah

Penerangan tentang mukhayyam/ perkhemahan 19 October


Alhamdulillah usrah GBS akan mengikuti perkhemahan di sebuah pulau selepas raya aidil adha nanti. Mengikut penerangan yang diberikan, banyak program tarbiah akan dijalankan nanti. InsyaAllah program ini akan memberi dapat membentuk kefahaman dalam proses tarbiah.

Berbuka puasa bersama 27 October 2011

Pada 27 October 2011, GBS berbuka puasa bersama di Islah Educare. Alhamdulillah program ini dapat merapatkan ukhuwwah dan bertaaruf sesama yang hadir.

Ayuh mengerjakan ibadat korban dan amalan bulan zulhijjah


ayuh kita suburkan sifat membantu kita dengan korban


Didalam tazkirah selepas berbuka puasa, akhi Yusni ada menerangkan tentang memperbanyakkan amal kebajikan didalam bulan zulhijjah.

Jadi jangan kita lepaskan peluang untuk menunaikan ibadah korban jika berkemampuan.



http://www.alquran-melayu.com/102-at-takaathur/
http://qurban-aqiqah.jim.org.my/blog/

Monday, March 7, 2011

aktiviti seminggu usrah, 28-Feb ke 6 Mac 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

alhamdulillah minggu lepas merupakan antara minggu yang sibuk bagi GBSian,

antara program yang dihadiri GBSian,

perjumpaan mingguan di Hidayah Center Pulau Pinang
Perjumpaan mingguan berlangsung selepas isya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tilawah al quran. Pada kali ini, surah Al Waqiah menjadi pilihan. Surah tersebut merupakan surah Makkiyah. Didalam surah tersebut, banyak pengajaran tentang iman. Kita wajib beriman dan yakin dengan hari akhirat yang akan berlaku. Manusia pada masa tersebut akan dihitung amalannya dan diberi ganjaran mengikut kadar amalan masing masing.

Sedikit maksud ayat dari surah Al Waqiah.

[41]
Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]
Serta naungan dari asap hitam,
[44]
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46]
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]
Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?



Sambutan ulangtahun 10 tahun penubuhan sekolah STAIL/SMART
Sekolah rendah tahfiz al islah ( STAIL ) dan juga Sekolah Menengah Arab Tahfiz ( SMART ) merupakan sekolah yang berteraskan agama dan al quran. Penubuhan sekolah ini bermula dari sumbangan beberapa buah rumah dan premis sebagai tapak. Alhamdulillah kini, sekolah ini semakin berkembang dan mempunyai bangunan sekolah sendiri. Antara aktiviti semasa sambutan tersebut ialah pameran mengenai sekolah, jualan gerai, jamuan kenduri dan juga pameran Aqsa Syarif

gerai dan juga bangunan SMART
pameran aqsa syarif


Futsal di Batu Maung
Pada sembelah malam hari sabtu berlangsung aktiviti riadah Futsal di Batu Maung. Permainan berlangsung selama sejam melibatkan remaja lepasan SPM, warga kilang dan juga pelajar IPT. Permainan sedikit sebanyak menggalakkan aktiviti riadah dan mengeratkan silaturrahim.

futsal bagi riadah dan juga silaturrahim

pautan:
sekolah stail/smart
http://www.alquran-melayu.com/56-al-waqiah/
http://www.aqsasyarif.org.my/