Showing posts with label al qalam. Show all posts
Showing posts with label al qalam. Show all posts

Tuesday, October 19, 2010

Usrah di rumah akhi Salmi dan sambungan surah Al Qalam

Asssalamualaikum buat semua warga GBSian sekalian,

alhamdulillah usrah minggu lepas, 13 Oktober berlangsung di rumah akhi Salmi, di kampung Sungai Nibong Kecil. Terima kasih kepada akhi Salmi yang sudi menjadi "host" usrah minggu ini. Moga Allah melimpahi rezeki kepada akhi Salmi.

Zaki, Salmi dan Hadi

Kisah pembesar quraisy

Di dalam surah Al Qalam juga diterangkan tentang kisah pembesar Quraisy yang sombong. Allah telahpun mengurniakan dia dengan anak anak, harta serta perniagaan yang menguntungkan. Namun, pembesar tersebut terus sombong dan tidak mengakui apa yang dibawa oleh Rasulullah. Pembesar tersebut adalah pembesar yang sama dibincangkan sebelum ini.

[14] Al Qalam
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
[15]
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: ” (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.


Kisah Pemilik Pemilik Kebun

Didalam surah Al Qalam, diceritakan tentang kisah sekumpulan pemilik kebun yang tamak. Mereka tidak mahu orang orang miskin mendapatkan hasil dari kebun. Dan mereka merancang untuk mendapatkan semua hasil kebun mereka. Mereka begitu pasti dan yakin dengan perancangan mereka tanpa meletakkan pengecualian yang tidak ada apa yang dapat berlaku dengan izin Allah Subhanahuwataala.

Akhirnya mereka mengalami kerugian dan menyedari kesalahan mereka. Dan Allah mengingatkan bahawa azab siksaan di akhirat kelak jauh lebih dahsyat berbanding siksaan di dunia.

[33] Al Qalam
Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).


pautan:
http://www.alquran-melayu.com/68-al-qalam/

Friday, October 8, 2010

usrah rumah azam 6 October 2010 and surah Al Qalam

Assalamualaikum,

semalam berlangsung usrah di rumah azam, pantai jerejak

Alhamdulillah kali ini ahli usrah bertambah lagi dua orang iaitu akhi Salmi dan Hadi.

GBSian mengalu alukan kehadiran
akhi Salmi ( berkupiah putih) dan akhi Hadi, baju merah hitam


Malam usrah diadakan sedikit jamuan. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan juga perbincangan awal surah Al Qalam.

bacaan Ma'thurat menjadi rutin harian ahli usrah
pagi dan petang dalam prosess kita mendekatkan diri kepada Allah
akhi amir, shahrul dan husni
akhi Hafiz, Imran dan Azam ( tuan rumah )

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis
Pada permulaan surah Al Qalam, Allah menggunakan huruf hijaiah (Nun) yang antara tujuan ialah untuk menarik perhatian manusia tentang Al Quran yang merupakan kalam Allah S.W.T. Bagaimana mungkin, Rasulullah mampu menghasilkan dan memikirkan untuk menggunakan huruf huruf sedemikian kerana baginda sendiri adalah seorang yang tidak tahu menulis dan membaca.

[1]
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
[2]
Engkau (wahai Muhammad) – dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).


Akhlak Rasul tercinta kita..
Kemudian dinyatakan bahawa Rasulullah mempunyai akhlak yang amat mulia. Jadi akhlak Rasulullah yang kita amat cintai menjadi contoh kepada umat islam untuk diamalkan dalam kehidupan.


[3]
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
[4]
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.




Sahabat usrah dari jauh


Selain itu, usrah malam tersebut diserikan lagi dengan kehadiran akhi Faizal yang sekarang ini bertugas di Kuala Lumpur. Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan teman teman seperjuangan.


akhi Faizal (kiri ) dan akhi Omar


Pena dan peluang berda'wah
Akhi Yusni menerangkan bahawa mereka yang menggunakan pena atau penulisan dalam melakukan da'wah berupaya mendapat ganjaran pahala yang besar. Lihat sahajalah bagaimana kitab kitab himpunan yang dituliskan oleh imam Nawawi dan juga imam imam yang lain. Mereka berjuang menggunakan kekuatan pena. InsyaAllah pahala memberati berdakwah dengan mata pena membolehkan kita mendapat pahala setanding orang yang berjuang dan syahid dijalan Allah. Risalah da'wah oleh Fathi Yakan dan Buya Hamka juga sampai kepada kita melalui penulisan penulisan menggunakan pena...
Ayuh kita sambung usaha usaha da'wah ini menggunakan teknologi terkini seperti internet, FB dan lain lain lagi.

Sekian dulu, insyaAllah banyak lagi artikel menarik utk dikongsi oleh GBSian. InsyaAllah sama sama kita mengambil peluang untuk berkongsi


pautan:
http://www.alquran-melayu.com/68-al-qalam/