Showing posts with label ceramah. Show all posts
Showing posts with label ceramah. Show all posts

Friday, December 9, 2011

Ceramah Brother Kamaruddin Abdullah: Maha Suci Allah yang menciptakan burung

Assalamualaikum semua GBS,

Alhamdulillah, pada hari selasa yang lepas, GBSian telah berkumpul di surau An Nur Lebuh Nipah, Bukit Jambul,
pada hari tersebut, 6 Disember adalah hari 10 Muharram, maka ramai yang berpuasa sunat. Pihak surau telah menyediakan juadah berbuka dan juga nasi.

Ceramah "Hijrah Kemanakah Kita?"


Pada malamnya selepas solat maghrib, berlangsung ceramah "Hijrah, kemanakah kita" oleh Brother Kamaruddin Abdullah. Belia menerangkan tentang penghijrahan sahabat sahabat nabi dalam mengikut seruan nabi berhijrah ke Madinah. Mereka meninggalkan harta/ perniagaan di Makkah untuk menyahut seruan Nabi. Sesungguhnya tindakan mereka itu sebenarnya adalah satu jual beli yang menguntungkan mereka disisi Allah.

Bukti penciptaan burung sebagai tanda kewujudan dan kekuasaan pencipta

Brother Kamaruddin menerangkan bagaimana orang orang yang melihat penciptaan ini akan membenarkan kewujudan pencipta. Didalam ayat Al Quran diterangkan bagaimana burung burung yang berterbangan itu tidak dapat terbang melainkan dengan kekuasaan Allah.

tidakkah kita melihat kehebatan Maha Pencipta
dalam burung yang berterbangan ?

Patutkah mereka menutup mata dan tidak memerhatikan (kekuasaan Allah pada) burung-burung yang terbang di atas mereka, (siapakah yang menjaganya ketika) burung-burung itu mengembang dan menutupkan sayapnya? Tidak ada yang menahannya (daripada jatuh) melainkan (kekuasaan) Allah Yang Maha Pemurah. Sesungguhnya Ia Maha Melihat serta mengetahui akan tiap-tiap sesuatu. (Al-Mulk 67:19


Kembara burung merentasi lautan

siapa yang mengajar burung?

Brother Kamaruddin juga menceritakan tentang sejenis burung Godwit yang berhijrah setiap tahun dari benua Alaska ke NewZealand. Burung tersebut merentasi lautan pasifik sejauh beribu ribu batu selama 8 hari 8 malam tanpa henti. Burung tersebut terbang pada aras 35,000 kaki untuk menggunakan satu aliran udara yang dipanggil jetstream. Bagaimana burung tersebut tahu bahawa ada aliran udara sebegini pada paras 35,000 kaki. Adalah sukar untuk memahami, sedangkan para juruterbang sendiri mengetahuinya melalui latihan di sekolah kapal terbang. Mahasuci Allah yang menciptakan burung tersebut sedemikian rupa.


Oleh itu, marilah beriman dan beramal dengan Al Quran
Jadi bukti bukti ini sesungguhnya menguatkan kita tentang keimanan. Marilah kita mendampingi Al Quran.

Thursday, September 22, 2011

ceramah mengenai bantuan buat umat islam di Selatan Filipina

Assalamualaikum semua,

Alhamdulillah pada hari rabu minggu lepas, 15 September 2011, satu ceramah mengenai program program bantuan kepada umat islam di Selatan Filipina telah diadakan di Surau Bukit Kecil, Sungai Nibong.


Surau  Bukit Kechil, ada muka buku lagi :)


Ceramah penerangan ini disampaikan oleh Pengerusi ACT Malaysia, ( Action Caring Team ), iaitu satu badan NGO. Ceramah bermula selepas solat maghrib.

Penjajahan lebih 500 tahun


suasana ceramah pada hari tersebut

Penduduk islam di selatan filipina sebenarnya sudah terjajah lebih 500 tahun, bermula dari sepanyol kemudian amerika dan seterusnya ditempatkan dalam negara filipina. Mereka menuntut keadilan untuk mempertahankan akhidah dan juga tempat tinggal mereka.

Sehingga kini kem kem pelarian masih wujud dan bantuan amat diperlukan untuk pembangunan ekonomi dan juga pendidikan.

Antara projek dijalankan ACT disana ialah membaiki kemudahan rumah anak yatim, mengadakan projek ekonomi seperti ternakan dan juga mengadakan telaga telaga wakaf.

Umat islam harus membantu

Sebagai seorang umat islam, kita patut mengambil peduli keadaan saudara saudara kita di sana. Bertepatan dengan ayat dalam surah al Hujurat

[10]
Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat ( Al Hujurat )


Menderma menyucikan jiwa muslim

Penceramah juga menerangkan bahawa derma derma yang kita lakukan adalah amalan yang dapat menyucikan jiwa kita dari sifat sifat bakhil. Didalam ayat surah Al Hasyr ada menerangkan perkara berikut.
InsyaAllah sama sama kita banyakkan bantu membantu.

[9]
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya ( Al Hasyr )


Jom wakaf telaga
Bagi penduduk dikawasan pedalaman, bekalan air bersih amat penting untuk kesihatan umum. Jadi telaga telaga tiub dibina untuk membekalkan air bersih. Kos telaga diantara RM 1000 ke RM 1500. Kepada yang berkemampuan, insyaAllah boleh menaja projek wakaf telaga.

Galakan melakukan kebajikan

[261]
Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi Meliputi ilmu pengetahuanNya.( Al Baqarah )



InsyaAllah, rezeki yang kita dermakan tidak akan sia sia. Allah akan melipat gandakan pahala.


GBSian menjamu selera di surau selepas ceramah :)

pautan:
http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/
http://actmalaysia.org.my/

Monday, December 20, 2010

aktiviti usrah seminggu

Assalamualaikum buat semua warga GBS,

Alhamdulillah sepanjang minggu lepas telah berlangsung beberapa program menarik,


Iftar( Berbuka puasa ) dan ceramah  Dr Muhammad Asri Zainul Abidin (MAZA) di Surau An Nur

akhi Asyraf Tan, Husni dan Kamaruddin Leong berbuka puasa

ceramah oleh Dr MAZA

orang ramai yang hadir untuk mendengar ceramah

Pada 16 Disember telah berlangsung majlis berbuka puasa dan juga ceramah oleh Dr MAZA di Surau An Nur.
Alhamdulillah ramai yang datang mendengar ceramah oleh Dr MAZA. Ceramah berkisar tentang peristiwa Hijrah Nabi dan juga sejarah yang berlaku selepas itu.

Antara fakta menarik ialah bulan berlaku hijrah Rasullullah dan juga tarikh permulaan kalendar Hijrah adalah dua bulan yang berbeza. Pemilihan Hijrah sebagai permulaan kalendar islam dibuat pada zaman pemerintahan Khalifah Umar Al Khattab.

Walimatul Urus akhi Iqbal

Pada 18 Disember yang lalu berlangsung majlis kenduri akhi Iqbal di Pantai Jerejak. Tahniah buat akhi Iqbal dan juga pasangan. Moga menjadi pasangan penda'wah yang mantap insyaAllah.


Kursus pengurusan Jenazah anjuran belia 4B

Pada 19 Disember pula, berlangsung kursus pengurusan jenazah anjuran Belia 4B dengan kerjasama e-Jenazah di Masjid Pantai Jerejak. Program disertai oleh lebih kurang 50 orang belia lelaki dan perempuan. Alhamdulillah banyak ilmu pengurusan jenazah yang diperolehi para peserta dari saat kematian jenazah, memandikan jenazah sehingga ke proses mengkafankan jenazah.

pendaftaran
ustaz Wahab memberi ucapan alu aluan

buku amali yang dibekalkan e-Jenazah

antara belia belia yang hadir

latihan amali turut diadakan

amali memandikan jenazah
barisan belia 4B pantai jerejak, syabas atas penganjuran

ustaz Arif menyampaikan tazkirah penutup


Kematian yang pasti untuk renungan bersama
إذا مات ابن آدم انقطع عمله إلا من ثلاث : صدقة جارية ، أو علم ينتفع به ، أو 
ولد صالح يدعو له

“Apabila mati anak Adam, maka telah terputuslah amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, atau Ilmu yang memunafaatkannya, atau Anak soleh yang mendo’akan keatasnya” [Hadith diriwayatkan oleh Muslim, Abu Daud, Tirmudzi, al-Nasaa'i, dan al-Bukhari].

Wednesday, July 21, 2010

Ceramah Dr Abdullah: dari kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan

Assalamualaikum buat semua pembaca usrah GBS,




Ceramah 26 Julai
insyaAllah pada minggu depan, akan ada satu ceramah yang menarik daripada seorang yang terkenal,
Dr Abdullah ( Periyar Dasan ) PHD di USM, Beliau yang merupakan seorang pakar bahasa akhirnya mendapat hidayah dan memeluk islam. Beliau meyakini bahawa Al Quran adalah kalam Allah, bukannya tulisan dan rekaaan manusia.

InsyaAllah jumpa disana beramai ramai