Showing posts with label hati. Show all posts
Showing posts with label hati. Show all posts

Friday, November 29, 2013

muhasabah hati manusia

Alhamdulillah usrah GBSian berlangsung seperti  biasa, didalamnya banyak muhasabah yang dapat di ingati. Apabila mendengar penerangan ayat ayat al quran daripada mereka yang memahami dan menghayatinya, maka kita akan berasa kagum dengan Al Quran. Bahkan kita akan merasa kebenaran ayat Al Quran tidak dapat disangkal lagi.

Hati manusia digambarkan didalam Al Quran boleh menjadi lebih keras daripada batu. Ini menggambarkan betapa degilnya manusia dalam menerima kebenaran walaupun sudah jelas. Bagaimana manusia menjadi begitu sombong dengan penciptanya.

Sekeras keras batu, masih terpancar dan meresap air sehingga menjadi mata air dan anak sungai. Semoga Allah memelihara hati hati kita.

Kemudian sesudah itu, hati kamu juga menjadi keras seperti batu, bahkan lebih keras lagi. Padahal di antara batu-batu itu ada yang terpancar dan mengalir air sungai daripadanya; dan ada pula di antaranya yang pecah-pecah terbelah lalu keluar mata air daripadanya; dan ada juga di antaranya yang jatuh ke bawah kerana takut kepada Allah; sedang Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu kerjakan.
(Al-Baqarah 2:74)

 Mengambil pelajaran mengenai Al Quran

Oleh itu, hendaklah kita membuka hati dan menerima kebenaran Al Quran. Hendaklah kita mendalami Al Quran dan cuba memahami Al Quran dengan sebaiknya. InsyaAllah Al Quran akan menjadi petunjuk dan penawar kepada permasalahan kita.

Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang yang beriman, untuk khusyuk hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran Allah serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan Kitab sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka menjadi keras, dan banyak di antaranya orang-orang yang fasik - derhaka.
(Al-Hadiid 57:16)

pautan:
http://www.surah.my/57

Wednesday, March 14, 2012

soal hati GBS

Assalamualaikum semua,

GBSian sempat mendengar beberapa ayat Al Quran,

al hasyr ayat 21 untuk renungan bersama


Sebagai seorang muslim, kita harus sentiasa muhasabah diri. Disamping itu, kita hendaklah memperbaiki diri kita. Kita hendaklah bertanya kepada diri sendiri samaada iman kita mengalami peningkatan atau berkurang. Jika berkurang hendaklah kita berasa risau dan berusaha memperbaiki diri. InsyaAllah apabila kita berada dalam kelompok usrah, usaha kita memperbaiki diri lebih mudah.

Hati kita jangan biarkan lebih keras dari batu

Hati seorang muslim sepatutnya tunduk dan patuh kepada Allah. Kita hendaklah merasa takut untuk melakukan dosa kerana kita tidak pasti bila kita akan kembali kepadaNya. Al Quran hendaklah kita jadikan sebagai petunjuk dan peringatan bagi orang orang yang berfikir.


Sekiranya Kami turunkan Al-Quran ini ke atas sebuah gunung, nescaya engkau melihat gunung itu khusyuk serta pecah belah kerana takut kepada Allah. Dan (ingatlah), misal-misal perbandingan ini Kami kemukakan kepada umat manusia, supaya mereka memikirkannya.
(Al-Hasy-r 59:21) 


Jangan biarkan hati hati kita lebih keras daripada batu yang membentuk sebuah gunung. Amat rugilah mereka yang ingkar dan tidak sempat bertaubat kepada Allah SWT.


Tidaklah sama ahli neraka dan ahli Syurga; ahli Syurgalah orang-orang yang beroleh kemenangan (mendapat segala yang diingini).
(Al-Hasy-r 59:20) 


pautan:
http://www.surah.my/59
you tube surah al hasyr