Showing posts with label riadah. Show all posts
Showing posts with label riadah. Show all posts

Friday, June 8, 2012

riadah GBS

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah bulan ini adalah bulan yang sibuk bagi GBS, banyak aktiviti yang berjalan. Antaranya ialah menjalankan usaha usaha dakwah kepada rakan rakan GBS.

Riadah: Panjat Bukit Jambul

Alhamdulillah, akhirnya sampai juga kami ke puncak selepas berjalan selama 45 minit




Antara aktiviti riadah yang boleh dilakukan bersama ialah aktiviti panjat bukit. Riadah sesuai dilakukan diwaktu pagi atau petang. Selepas riadah ini, bolehlah bersarapan bersama sama. Contoh tempat sarapan yang menarik di Pulau Pinang ialah Pasar Taman Tun Sardon, Gelugor. Pelbagai jenis makanan terdapat disana dari kuih, bihun sup dan nasi.

InsyaAllah aktiviti bersama ini akan merapatkan ukhuwwah dan memberi masa untuk berbincang mengenai isu semasa dan perkara perkara berkaitan tarbiah atau pembanngunan diri.

Berusaha untuk memperbaiki tahap kesihatan

Kesihatan adalah satu nikmat anugerah daripada Allah. Sistem badan kita dapat mempunyai kerintangan terhadap penyakit jika dijaga dengan baik. Jadi hendaklah kita menjaga supaya kita dapat menggunakannya untuk kepentingan agama. Manalah tahu, kita dipanggil untuk menggunakan tenaga fizikal kita untuk berada di saf saf pertama sesuatu perjuangan.

“Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap sedia (di perbatasan negerimu) dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beruntung”. (Ali Imraan : 200)“


pautan:
http://www.lamankongsi.com/2011/12/al-quran-menjawab-keluhan-manusia.html

Friday, December 30, 2011

futsal khamis 29 Disember 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Semalam berlangsung aktiviti riadah futsal dikalangan pelajar USM Pulau, remaja dan belia perumahan kastam gelugor serta rakan rakan kerja kilang.

Alhamdulillah dalam aktiviti riadah ini kita dapat mengenali rakan rakan baru dan juga mendekati remaja remaja kearah aktiviti yang sihat.

permainanan futsal di USM dengan remaja, pelajar IPT dan pekerja kilang



Kearah gaya hidup sihat untuk Islam


InsyaAllah aktiviti seperti futsal dan riadah riadah lain dapat membentuk individu yang sihat dan cergas. Semoga kita dapat mencontohi Rasulullah yang kekal sihat dan tangkas. Baginda melalui beberapa siri peperangan walaupun pada ketika usia beliau mencecah 60 tahun. Semoga kita dapat muhasabah dan melaksanakan peningkatan tahap kesihatan dan kecergasan kita.

jom riadah  bersama :)

Friday, April 15, 2011

riadah usrah di mak mandin 8 April 2011

Assalamualaikum,

Alhamdulillah, riadah dikalangan ahli usrah dan juga rakan rakan kerja berjaya di jalankan di Bola Bola Mak Mandin. Ramai yang hadir dan ini menjadi medan pertemuan dan perkenalan dengan sahabat sahabat yang baru. Dengan semangat kerjasama dan tolong menolong, Alhamdulillah program berjalan dengan lancar.

tazkirah diberikan menjadikan aktiviti riadah lebih menarik
antara tujuan riadah ini ialah untuk merapatkan ukhuwwah dan juga menggalakkan aktiviti riadah dikalangan pekerja pekerja.

Pekerja yang sihat insyaAllah akan dapat menyumbang lebih banyak dalam aktiviti kemasyarakatan. InsyaAllah aktiviti aktiviti seperti ini akan menjadi antara medan dalam usaha usaha tarbiah.

Persaudaraan dan ukhuwwah untuk renungan bersama

Islam mengajar tentang semangat persaudaraan yang kita patut amalkan dalam mengejar keredhaan Allah. Kisah hijrah Rasulullah dan sahabat muhajirin ke Madinah patut menjadi teladan kita bersama. Sahabat sahabat ansar berusaha dengan sedaya upaya untuk membantu sahabat muhajirin yang datang ke Madinah.

[9] Al - Hasyr
Dan orang-orang (Ansar) yang mendiami negeri (Madinah) serta beriman sebelum mereka, mengasihi orang-orang yang berhijrah ke negeri mereka, dan tidak ada pula dalam hati mereka perasaan berhajatkan apa yang telah diberi kepada orang-orang yang berhijrah itu; dan mereka juga mengutamakan orang-orang yang berhijrah itu lebih daripada diri mereka sendiri, sekalipun mereka dalam keadaan kekurangan dan amat berhajat. Dan (ingatlah), sesiapa yang menjaga serta memelihara dirinya daripada dipengaruhi oleh tabiat bakhilnya, maka merekalah orang-orang yang berjaya.



InsyaAllah kita sama sama menyemarakkan persaudaraan dan mengejar janji janji Allah kepada mereka yang beramal soleh
pautan:
http://www.alquran-melayu.com/59-al-hasyr/