Showing posts with label usrah. Show all posts
Showing posts with label usrah. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Aktiviti aktiviti terbaru usrah GBS


Qiamullail
Qiamullail telah berlangsung baru baru ini di Pusat Aktiviti IKRAM Seberang Perai
Program bermula dengan solat isya' berjemaah, kemudian diteruskan dengan tazkirah mengenai virus virus ukhuwwah oleh akhi Muhammad Rahman.

akhi Muhammad mendengar ulasan ukhuwwah oleh Ustaz Shuib

ahli ahli Qiam yang hadir :)

Antara virus virus ukhuwwah ialah

1. tidak santun dalam berbicara ( kasar, menyakitkan hati dll )
2. keras kepala dan tidak mendengar nasihat
3. memberi teguran dihadapan orang lain
4. enggan memaafkan dan tiada toleransi
5. mengikut prasangka

Bersama samalah kita cermin diri kita dan memperbaiki peribadi dan akhlak kita

Memantapkan ukhuwwah di kalangan GBS

Alhamdulillah kali ini usrah usrah GBSian dalam tahun baru telah ditukar format dengan mengadakan aktiviti ziarah ke rumah rumah rakan GBSian. Aktiviti ziarah ini sememangnya memberi kesan yang baik kepada ukhuwwah antara GBSian. Para ahli usrah dapat mengenali dengan lebih baik kehidupan saudara saudaranya.

Ziarah ke rumah akhi Salmi, 4 Januari 2012
Dengan izin Allah, dapat GBSian mengunjungi rumah akhi Salmi di Sungai Nibong. Alhamdulillah GBSian dijamu dengan keropok lekor dan juga hidangan nasi. Terima kasih pada tuan rumah, moga Allah lebih memberkahi kehidupan akhi Salmi sekeluarga

akhi salmi menjamu GBSian




Ziarah ke rumah akhi Saaban, 11 Januari 2012
Pada minggu ini, akhi Saaban menawarkan rumah untuk aktiviti usrah kali ini. Ramai GBSian yang datang menziarahi rumah akhi Saaban. Terima kasih tidak terhingga kepada akhi Saaban.

usrah di rumah akhi Saaban :)
maaf kualiti gambar kurang memuaskan
Mencintai sahabat
Orang orang yang beriman akan mencintai sahabatnya kerana Allah. Mereka akan mengambil berat tentang kesusahan sahabat sahabat mereka disamping mendoakan kepada Allah agar dipermudahkan.


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Jangan bersahabat dan menurut kata syaitan

Janganlah kita mengikut kata dan bisikan syaitan. Ingatlah syaitan adalah  musuh kita yang nyata. Perbuatan mengikut hawa nafsu dan kemahuan yang tidak berlandaskan syariat hanyalah membawa kepada penyesalan. Sesunggunya syaitan akan melepaskan dirinya daripada apa yang dipengaruhinya sebelum ini. Diri akan semakin jauh dari jalan kebenaran dan dekat kepada kekufuran.


(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"
(Al-Hasy-r 59:16)

pautan:
http://www.surah.my/59
http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=6
http://alambuku.tripod.com/pdf/Hadis%2040.pdf

Thursday, December 29, 2011

usrah di sg dua, butterworth, 28 Disember 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah pada minggu ini berlangsung satu lagi usrah di sg dua, butterworth. Kali ini usrah membuat siri ziarah. Pada kebiasaannya usrah berlangsung di kawasan Pulau Pinang. Setelah GBSian sampai di rumah sg dua,  dan solat isya' berjemaah.

Tahun baru dan Tazkirah

Dalam menyusuri usrah ini, sedar tak sedar setahun sudah berlalu dan tahun baru akan datang lagi. Jadi menjadi kemestian untuk kita merancang dan melaksanakan perancangan kita. Bolehlah kita merancang perubahan perubahan yang hendak kita lakukan. Semoga Allah memudahkan kita mencapai perancangan kita.

Kisah pemuda yang mahu berubah 
Sebagaimana yang kita selalu dengar tentang kisah pemuda yang mahu berubah setelah banyak melakukan pembunuhan. Seorang alim menasihati pemuda tersebut supaya bertaubat dan berhijrah ke tempat yang baru. Namun dalam perjalanan, pemuda tersebut mati. Rahmat dan pengampunan Allah yang luas membolehkan pemuda tersebut dimasukkan kedalam syurga. Sama sama kita renungkan perlunya keinginan untuk berubah dan juga mencari suasanya yang kondusif menjadi elemen penting untuk mendapat redha Allah.

Rakan rakan dan suasana membentuk kita

Rakan rakan yang kita selalu bergaul memberi tanda aras akhlak dan kelakuan kita. Hendaklah kita sentiasa mencari rakan rakan yang boleh membimbing kita kearah yang lebih baik. Suasana yang baik juga akan membentuk kita menjadi lebih baik dan dalam keredhaan Allah.

Kita hendaklah berusaha untuk melaksanakan tugas kita kepada Allah dengan sebaiknya dan sentiasa berusaha memperbaiki diri. Hendaklah kita menjauhi maksiat dan jalan jalan syaitan. Semoga kita akan kembali kepada Allah dalam keredhaanNya.

Bismillah

A001
Demi Masa! 
(Al-'Asr 103:1) |  | English Translation 

A002
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian - 
(Al-'Asr 103:2) |  | English Translation 

A003
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar. 
(Al-'Asr 103:3) 

Sesungguhnya Allah menyukai mereka yang bertaubat dan taat kepadaNya.

Amalan ziarah menziarahi sesama muslim
Amalan ziarah menziarahi sesama muslim adalah satu amalan yang dapat mengukuhkan ukhuwwah. Disamping itu kita akan dapat saling kenal mengenal antara keluarga rakan rakan kita. InsyaAllah mereka yang memuliakan rakan rakan yang bertandang akan beroleh redha Allah dan nilai persahabatan dalam islam.

GBSian yang hadir kali ini :-)


pautan:
http://www.surah.my/103

Thursday, November 3, 2011

aktiviti usrah 2 November 2011

Assalamualaikum semua GBS,

Alhamdulillah pada hari rabu berlangsung usrah di rumah akhi Khairil.

GBSian kebanyakkan baru pulang dari kerja, namun tetap ceria untuk datang berusrah pada malam tersebut.

usrah santai di rumah kali ini


Antara perbincangan pada usrah kali ini ialah mengenai ibadat ibadat diawal bulan zulhijjah.

Usrah turut membincangkan tentang pengorbanan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail untuk mengikut perintah Allah. Ternyata Nabi Ibrahim sanggup mengorbankan perkara yang paling disayanginya untuk mengikut perintah Allah.

A037
Daging dan darah binatang korban atau hadiah itu tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas yang berdasarkan taqwa dari kamu. Demikianlah Ia memudahkan binatang-binatang itu bagi kamu supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat nikmat petunjukNya. Dan sampaikanlah berita gembira (dengan balasan yang sebaik-baiknya) kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalnya. (Al-Hajj 22:37) 


Persediaan ke Mukhayyam di Pulau Kelongsong


Disamping berbincang tentang ibadat di bulan zulhijjah, GBSian juga berbincang tentang persediaan untuk mengikuti program perkhemahan di Pulau Kelongsong. Alhamdulillah ramai yang akan turut hadir ke mukhayyam kali ini.
InsyaAllah program ini dapat memberi kesan kepada aktiviti tarbiah GBSian.


gbsian menjamu selera dan berbincang




Terimakasih kepada tuan rumah kerana menyediakan makanan yang sedap. Moga Allah merahmati  dan melimpahi rezeki keluarga Khairil.


pautan:
http://www.surah.my/22

Saturday, July 30, 2011

aktiviti sebulan usrah, Julai 2011

Assalamualaikum buat semua GBS,

Alhamdulillah sebulan sudah aktiviti usrah GBS berjalan,

Antara aktiviti yang berjalan ialah,

Usrah di Hidayah Center 6 Julai 2011

Usrah di Hidayah Center membincangkan tentang surah Al Qiyamah, didalam surah ini diberitahu tentang keadaan manusia apabila tibanya hari Qiamat. Gambaran dalam surah Qiamah ini sangat dasyat. Sekiranya kita yang meniliti Al Quran benar benar menghayati. InsyaAllah kita akan terkesan dengan bacaan surah ini.


[6]
Dia bertanya (secara mengejek): "Bilakah datangnya hari kiamat itu?"
[7]
Maka (jawabnya: hari kiamat akan datang) apabila pemandangan menjadi terpendar-pendar (kerana gerun takut),
[8]
Dan bulan hilang cahayanya,
[9]
Dan matahari serta bulan dihimpunkan bersama,
[10]
(Maka) pada hari itu, berkatalah manusia (yang ingkarkan hari kiamat): "Ke manakah hendak melarikan diri?" 
[11]
Tak usahlah bertanya demikian! Tidak ada lagi tempat perlindungan! 




Usrah di Masjid Sungai Ara, 13 Julai 2011

Usrah kali ini membawa geng GBS untuk aktiviti ziarah kubur. Alam kubur adalah satu alam yang pasti kita tempuhi. Namun, kerap kali kita lupa dan ianya akan menjadi realiti paling sukar yang akan kita hadapi jika kita tidak bersedia.

[26]Sedarlah (janganlah mengutamakan dunia dan melupakan akhirat. Ingatlah akan hal orang yang hendak mati) apabila rohnya sampai ke pangkal kerongkong, 
[27]
Dan (orang-orang yang hadir di sisinya heboh) berkata: "Siapakah yang dapat menawar jampi (dan mengubatnya)?"
[28]
Dan ia sendiri yakin, 



bahawa sesungguhnya saat itu saat perpisahan; 
[29]
Serta kedahsyatan bertindih-tindih; 
[30]
(Maka) kepada Tuhanmu lah - pada waktu itu - engkau dibawa (untuk menerima balasan).
 




Berbuka puasa bersama, 21 Julai 2011

Pada hari khamis tersebut, geng GBS berkumpul di Islah Educare untuk berbuka puasa bersama. Tazkirah kali ini disampaikan oleh Dr Aidi mengenai persediaan fizikal untuk menghadapi ramdhan.

Bersahur seperti yang disuruh oleh Rasulullah adalah untuk kebaikan orang yang berpuasa. Bersahur menjadikan badan lebih bersedia untuk menghadapi keadaan yang lama tidak minum dan makan.

Apabila berbuka puasa, makanlah dengan berpada pada supaya mutu ibadah tidak terjejas. Renungkanlah bagaimana Rasulullah hanya berbuka puasa dengan air dan kurma sahaja.




Kenduri durian di Balik Pulau, 24 Julai 2011

Kenduri durian dianjurkan oleh IKRAM Barat Daya sempena persediaan untuk konvoi kebajikan yang berlangsung pada 30 Julai 2011. Alhamdulillah GBSian dapat merasai nikmat buah buahan didalam kawasan dusun yang nyaman. InsyaAllah tahun depan boleh diaturkan lagi.

InsyaAllah laporan konvoi kebajikan akan keluar minggu hadapan :)



Sumbangan untuk ramadhan, 28 Julai 2011

Usrah GBS juga terlibat didalam memberi bantuan kepada golongan yang memerlukan bantuan. Sumbangan akan disampaikan ditempat tempat yang dirancang. Moga kita menjadi golongan yang tetap dalam solat dan juga kasih kepada golongan yang memerlukan bantuan, seperti didalam surah Al Maarij


GBSian di Hidayah Center untuk mengambil barang

Barang barang sumbangan sedia untuk dibawa ke masjid terpilih

apa yang penting? :)

barang barang dalam proses pemindahan, penat tetapi seronok dapat membantu :)


[19]
Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); -
[20]
Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah;
[21]
Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;
[22]
Kecuali orang-orang yang mengerjakan sembahyang -
[23]
Iaitu mereka yang tetap mengerjakan sembahyangnya;
[24]
Dan mereka (yang menentukan bahagian) pada harta-hartanya, menjadi hak yang termaklum -
[25]
Bagi orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta);

Pautan:

http://www.iium.edu.my/deed/quran/malay/ ( quran )




Tuesday, July 5, 2011

usrah di Islah Educare 30 Jun 2011

Assalamualaikum buat semua GBS,

Alhamdulillah usrah pada minggu lepas berlangsung di Islah Educare, no 50 Taman Pekaka. Usrah kali ini adalah bersempena dengan majlis jamuan durian anjuran IKRAM TL. Bagi yang berpuasa, peluang digunakan untuk berbuka puasa bersama sama dengan rakan rakan.

jamuan dan majlis berbuka puasa beramai ramai merapatkan ukhuwwah

durian bagi mereka yang betul betul menggemari

Ramai pelajar universiti yang menghadiri jamuan kali ini. Ada yang merupakan pelajar universiti luar negara yang pulang bercuti di tanah air bersempena cuti musim panas. Alhamdulillah perkembangan usrah dikalangan pelajar pelajar universiti semakin berkembang.



Tazkirah Isra' dan Mikraj oleh ustaz Syazalie

para hadirin yang sedang mendengar tazkirah Ust Syazalie

Tazkirah oleh ustaz Syazalie mengenai topik isra' dan mikraj. Isra' dan mikraj merupakan perkara ghaib yang wajib diyakini sepenuhnya. Kita boleh mengambil contoh sebagaimana saidina Abu Bakar yang semakin teguh imannya apabila mendapat berita tentang isra' dan mikraj.

Isra' dan mikraj merupakan satu perjalanan Rasulullah melihat kebesaran kerajaan pemerintahan Allah. Rasulullah diyakinkan bahawa Allah Maha berkuasa dan ancaman ancaman daripada pembesar Quraisy yang menentang dakwah tidak sedikitpun menggugat ketentuan Allah.

Didalam peristiwa Isra' dan Mikraj, keyakinan Rasulullah bertambah dan semakin kuat keazaman Rasulullah untuk menyebarkan risalah kebenaran.

Beriman dengan perkara ghaib
Beriman dengan perkara ghaib merupakan antara rukun iman yang perlu kita berpegang teguh. Tanpanya amalan kita akan goyah dan terumbang ambil sepertimana didalam ayat surah Al Baqaran

[2:1] Alif laam miin
[2:2] Kitab (Al Quraan) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa
[2:3] (yaitu) mereka yang beriman kepada yang ghaib,yang mendirikan shalat, dan menafkahkan sebahagian rezki yang Kami anugerahkan kepada mereka.

Masjid Al Aqsa yang memerlukan pembelaan, ayuh teruskan usaha

Pada masa kini, tempat berlakunya peristiwa isra' dan mikraj telah dijajah. Penjajahan ini menuntut kepada pembelaan dari kalangan umat islam yang prihatin. Masjid Al Aqsa seharusnya menjadi salah satu medan perjuangan umat islam dalam menegakkan syiar islam. InsyaAllah masjid Al Aqsa akan bebas kembali dan kita seharusnya memperkuatkan usaha usaha kita lagi.

Program program pra ramadhan, jom sertai

Program program pra ramadhan banyak diatur oleh IKRAM Pulau Pinang untuk menyemarakkan lagi persediaan menghadapi ramadhan. Antara program tersebut ialah:

1. 24 Julai - Program Sumbangan Kebajikan IKRAM Timur Laut di Surau An Nur
2. 30 Julai - Program Ekspedisi Kebajikan IKRAM Barat Daya bermula di Masjid Al Huda, Sungai

Pautan:
http://ruangmuslim.com/quran/1722-002-al-baqarah.html

Wednesday, May 18, 2011

aktiviti sebulan usrah, April dan Mei 2011

Assalamualaikum semua pembaca Usrah GBS,

alhamdulillah dengan kesempatan yang ada, blog ini akan dikemaskini lagi dengan aktiviti aktiviti yang dijalankan GBS,

antara aktiviti:

Ziarah rumah Hafiz 27 April 2011

GBSian mengadakan usrah di rumah pengantin baru kita, saudara Hafiz. Alhamdulillah aktiviti ziarah menziarahi rumah sahabat sahabat kita dapat menguatkan ukhuwwah sesama kita.

ziarah ke rumah saudara kita menjadikan sebahagian daripada aktiviti usrah



Futsal bulanan Belia IKRAM 13 Mei 2011

Futsal bulanan belia ikram yang berlangsung di Best Bola Bola Mak Mandin bertujuan untuk mengumpulkan GBSian dalam satu aktiviti riadah. Aktiviti riadah disertakan dengan solat isya' secara berjemaah dan tazkirah untuk sama sama kita renungi dan muhasabah diri.

Tazkirah mengenai peristiwa hitam bagi umat islam iaitu Nakba pada 15 Mei diperingatkan kepada para pemain yang hadir.

aktiviti riadah bersama menguatkan ukhuwwah dan menjadi menjadi antara medan medan da'wah


Qiyam bulanan pada 14 Mei 2011, Kisah Bani Israel

Antara aktiviti qiyam bulanan termasuk pengajaran
dari kisah kisah kehidupan para sahabat Nabi Muhammad  

Qiyam bulanan disertai oleh GBSian di Surau Lebuh Nipah. Majlis bermula dengan kuliah mengenai kisah kisah umat terdahulu oleh Ustaz Syazalie. Pada bulan ini, Ustaz Syazalie ada menyebut tentang kisah Bani Israel. Mereka satu ketika dahulu pernah menjadi umat yang mulia kerana mereka menurut perintah Allah. Bagaimanapun, dengan kemuliaan yang dikurniakan Allah, mereka menjadi sombong dan bongkak. Perintah perintah Allah mula ditinggalkan dan seruan seruan yang disampaikan oleh Nabi Musa mula dicabar.

Padahal, Allah memberi kemuliaan bukanlah berdasarkan sesuatu kaum sahaja. Tetapi Allah memberi kemuliaan kepada mana mana kaum yang patuh kepada perintah Allah.

Kisah bongkak Bani Israel diceritakan Allah didalam Al Quran. Kesombongan mereka menyebabkan Allah akhirnya melaknat mereka.

[24]
Mereka (menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu”.
[25]
Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu”.
[26]
Allah berfirman: “Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya – selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu”.


pautan:
http://www.alquran-melayu.com/5-al-maidah/

Thursday, December 9, 2010

bowling usrah gabungan di Ampang Bowl, Summit Bukit Mertajam, 7 Dec 10

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah semalam berlangsung perlawanan bowling di Ampang Bowl, Summit Bukit Mertajam. Tarikh yang dipilih adalah cuti awal muharram bagi kebanyakan pekerja. GBSian berkumpul dahulu di perkarang Masjid Bayan Lepas untuk bergerak sekali. Pagi pertandingan menyaksikan hujan renyai renyai di Pulau Pinang.

GBSian menanti giliran bermain

Perlawanan bermula dari jam 10.00 pagi sehingga jam 1.00 tengah hari. Perlawanan ini menyaksikan pasukan pasukan usrah gandingan semua peringkat umur. Perlawanan ini berjaya mencapai objektif untuk merapatkan lagi ukhuwwah dikalangan pelbagai lapisan kumpulan usrah.

Ampang Bowl Summit


Keputusan perlawanan

Pertandingan bowling kali ini ternyata sengit kerana semuanya mahir bermain bowling. Keadaan tempat bowling baik di Summit kerana tempatnya baik dan diselenggara dengan baik.


Kedudukan ketiga jatuh kepada kumpulan usrah yang berpengalaman
Tempat kedua jatuh kepada kumpulan GBS

Juara bagi kategori kumpulan
Akhi Zulfahmi muncul juara kategori individu , diikuti Yusmadi dan Zulkarnain

Alhamdulillah wakil wakil GBSian telah berjaya membawa pulang juara individu ( akhi Zulfahmi ) dan juga naib juara kategori berpasukan. Ini tidak mungkin dapat dicapai tanpa pertolongan Allah dan semangat kerjasama dalam permainan. Ucapan terima kasih juga kepada semua pemain pemain untuk GBSian seperti Ir Jamaludin, Bukhari dan lain lain.

tinggal satu lagi pusingan untuk tamat
Semoga semangat kerjasama dan ukhuwwah semakin mendalam dikalangan ahli usrah.

Pemain pemain bowling bergambar di akhir permainan

InsyaAllah jumpa lagi lain kali

GBSian merangkul dua hadiah kali ini
semua mendapat "hadiah" termasuk wakil kecil kita

Akhir kata, mohon maaf sebarang kekurangan buat semua GBSian. Tahniah kepada penganjur program ini kerana ianya begitu bermakna sekali.

Friday, July 9, 2010

usrah ukhuwwah 7 Julai 2010

















































salam semua pembaca setia usrah GBS,

usrah minggu ini berjalan di rumah akhuna izuan di Transkrian,
agenda usrah kali ini ialah jamuan makanan yang sedap disediakan
tuan rumah, bacaan ma'thurat, perbincangan surah at tariq

moga ukhuwwah terus bersemarak, usrah terus berkembang di Transkrian, dan saling berkunjung kunjungan lagi






Ukhuwwah, setiap muslim itu bersaudara
ukhuwwah merupakan
antara perkara penting yang hendak diterapkan melalui tarbiah usrah. Ukhuwwah berdasarkan niat kerana Allah dan Rasul untuk menegakkan syariat islam didalam diri dan masyarakat. Moga ukhuwwah sentiasa bersemarak dalam diri.

sama sama kita renung hadis ke 13 dalam karangan hadith 40 Imam An Nawawi.
Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Pautan