Sunday, October 24, 2010

lawatan hospital 24 Oktober 2010

Assalamualaikum buat semua pembaca GBSian,

Alhamdulillah dengan izin Allah dapat juga GBSian menyertai lawatan hospital,

antara yang hadir ialah Zambri, Sheikh Abdullah, Hafiz, Mahathir, Khor, Kak Nor dan Kak Miza serta seorang lagi akhawat. Hj Nasir menguruskan kebenaran melawat hospital dan kami berbincang tentang wad yang bakal dilawati.

semua petugas lawatan berkumpul dahulu di surau Hospital Besar Pulau Pinang
sebelum program lawatan diadakan.


Kali ini lawatan tertumpu kepada wad sakit mata dan juga kanser. Antara prosedur lawatan yang dibuat ialah bertanyakan keadaan pesakit. Kemudian diterangkan tentang cara beribadah semasa berada di hospital. Pesakit juga didoakan supaya cepat sembuh. Kata kata semangat bahawa Allah menyayangi dan akan sembuh sepenuhnya dengan izin Allah.

Mahathir, Zambri, Hafiz, Sheikh Abdullah dan Hj Nasir didepan surau Hospital Pulau Pinang

Jom sertai lawatan hospital yang seterusnya
Bagi yang ingin merasakan pengalaman menziarahi pesakit, insyaAllah GBSian mencadangkan pembaca menyertai aktiviti ini. Pengalaman bertemu dengan pesakit memberi kita keinsafan dan juga peluang untuk kita mempelajari aktiviti da'wah.

Dalam proses memasuki wad wad, jom sertai kami menjalankan lawatan hospital.
InsyaAllah kita dapat lebih mensyukuri nikmat kesihatan yang Allah berikan.

Jom ajak pesakit tunaikan solat

Didalam alquran, dalam surah Al Muzammil, Allah menerangkan bahawa Allah mengetahui ada dikalangan kita yang sakit, dan Allah memudahkan mereka dalam membaca Al Quran mengikut kemampuan. Dalam keadaan sakit kita dituntut menunaikan solat dan mengingati Allah.

[20]
Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu, lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan) kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran (dalam sembahyang). Ia juga mengetahui bahawa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya). Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Solat ketika sakit diberi kemudahan seperti boleh bertayammum dan menunaikan solat dari atas katil sahaja.

Lawatan ke Beach Street

Selepas sesi lawatan hospital selesai, Brother Khor mengajak kami melawat Pertubuhan agama Buddha. Kami dapat melihat bangunan pertubuhan yang terdiri daripada ruang membaca, ruang perpustakaan dan ruang jualan barangan.Disini kami dapat mengetahui tentang penerbitan dan aktiviti yang dijalankan oleh Pertubuhan agama Buddha ini.

Brother Khor dan Zambri di Beach Street, Pulau Pinang
Bantulah saudara saudara kita
InsyaAllah sama sama kita perbanyakkan amalan amalan kebajikan dan mengambil berat tentang rakan rakan kita yang memerlukan bantuan. InsyaAllah sama sama menyumbang laporan untuk menunjukkan contoh teladan yang baik buat panduan kita bersama.

Aktiviti lawatan hospital seterusnya akan diadakan pada 7 hb November 2010 insyaAllah. Jadi pada yang berkelapangan bolehlah meluangkan masa menyertai aktiviti ini.

pautan:
http://www.alquran-melayu.com/73-al-muzzammil/

Tuesday, October 19, 2010

Usrah di rumah akhi Salmi dan sambungan surah Al Qalam

Asssalamualaikum buat semua warga GBSian sekalian,

alhamdulillah usrah minggu lepas, 13 Oktober berlangsung di rumah akhi Salmi, di kampung Sungai Nibong Kecil. Terima kasih kepada akhi Salmi yang sudi menjadi "host" usrah minggu ini. Moga Allah melimpahi rezeki kepada akhi Salmi.

Zaki, Salmi dan Hadi

Kisah pembesar quraisy

Di dalam surah Al Qalam juga diterangkan tentang kisah pembesar Quraisy yang sombong. Allah telahpun mengurniakan dia dengan anak anak, harta serta perniagaan yang menguntungkan. Namun, pembesar tersebut terus sombong dan tidak mengakui apa yang dibawa oleh Rasulullah. Pembesar tersebut adalah pembesar yang sama dibincangkan sebelum ini.

[14] Al Qalam
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
[15]
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: ” (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.


Kisah Pemilik Pemilik Kebun

Didalam surah Al Qalam, diceritakan tentang kisah sekumpulan pemilik kebun yang tamak. Mereka tidak mahu orang orang miskin mendapatkan hasil dari kebun. Dan mereka merancang untuk mendapatkan semua hasil kebun mereka. Mereka begitu pasti dan yakin dengan perancangan mereka tanpa meletakkan pengecualian yang tidak ada apa yang dapat berlaku dengan izin Allah Subhanahuwataala.

Akhirnya mereka mengalami kerugian dan menyedari kesalahan mereka. Dan Allah mengingatkan bahawa azab siksaan di akhirat kelak jauh lebih dahsyat berbanding siksaan di dunia.

[33] Al Qalam
Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).


pautan:
http://www.alquran-melayu.com/68-al-qalam/

Thursday, October 14, 2010

aqsa syarif to gaza, viva palestin 5 ( A2GVP5 )

Assalamualaikum semua,



disini saya ingin memaklumkan tentang misi sukarelawan Aqsa Syarif ke Gaza bersama rombongan Viva Palestin 5.

Dalam siri ini, Aqsa Syarif akan berkonvoi melalui jalan darat dari UK, Perancis, Itali, Turki, Mesir dan banyak negara lagi untuk meyampaikan sumbangan kepada rakyat palestin, khususnya Gaza yang teruk tertindas oleh rejim israel.

GBSian semua boleh mengikuti perkembangan terkini melalui laman blog,

Antara maklumat terbaru, ialah rombongan konvoi sudahpun berada di persempadanan Mesir dan Palestin di El Arish,

Sama sama kita panjatkan doa dalam menyokong usaha membebaskan palestin dan masjid Al Aqsa tercinta,

pautan,
http://aqsa2gaza.blogspot.com/

Tuesday, October 12, 2010

anda boleh senyum? kami mahukan anda

salam,

antara aktiviti yang diikuti GBSian ialah lawatan hospital besar pulau pinang,





Jom Lawat Pesakit
bagi yang belum pernah, GBSian merasakan anda patut mencuba lawatan hospital,

kita akan merasakan betapa beruntungnya kita dengan nikmat kesihatan kita,
kita sering membazirkan nikmat kesihatan dengan pengabaian penjagaan kesihatan.

Contohnya, kita tidak istiqamah dengan aktiviti riadah, tidak menjaga pemakanan dan juga mengamalkan amalan yang tidak berfaedah seperti merokok. 

Ayuh golongan pemuda, kita ubah diri kita, untuk kebaikan diri kita dan juga untuk membantu rakan rakan kita,

senyum sokmo....

Friday, October 8, 2010

usrah rumah azam 6 October 2010 and surah Al Qalam

Assalamualaikum,

semalam berlangsung usrah di rumah azam, pantai jerejak

Alhamdulillah kali ini ahli usrah bertambah lagi dua orang iaitu akhi Salmi dan Hadi.

GBSian mengalu alukan kehadiran
akhi Salmi ( berkupiah putih) dan akhi Hadi, baju merah hitam


Malam usrah diadakan sedikit jamuan. Kemudian majlis diteruskan dengan bacaan Ma'thurat dan juga perbincangan awal surah Al Qalam.

bacaan Ma'thurat menjadi rutin harian ahli usrah
pagi dan petang dalam prosess kita mendekatkan diri kepada Allah
akhi amir, shahrul dan husni
akhi Hafiz, Imran dan Azam ( tuan rumah )

Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis
Pada permulaan surah Al Qalam, Allah menggunakan huruf hijaiah (Nun) yang antara tujuan ialah untuk menarik perhatian manusia tentang Al Quran yang merupakan kalam Allah S.W.T. Bagaimana mungkin, Rasulullah mampu menghasilkan dan memikirkan untuk menggunakan huruf huruf sedemikian kerana baginda sendiri adalah seorang yang tidak tahu menulis dan membaca.

[1]
Nuun. Demi Pena dan apa yang mereka tulis, -
[2]
Engkau (wahai Muhammad) – dengan sebab nikmat pemberian Tuhanmu – bukanlah seorang gila (sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik, bahkan engkau adalah seorang yang bijaksana).


Akhlak Rasul tercinta kita..
Kemudian dinyatakan bahawa Rasulullah mempunyai akhlak yang amat mulia. Jadi akhlak Rasulullah yang kita amat cintai menjadi contoh kepada umat islam untuk diamalkan dalam kehidupan.


[3]
Dan sesungguhnya engkau tetap beroleh pahala yang amat besar, yang tidak putus-putus, (sebagai balasan bagi menjalankan ajaran Islam);
[4]
Dan bahawa sesungguhnya engkau mempunyai akhlak yang amat mulia.




Sahabat usrah dari jauh


Selain itu, usrah malam tersebut diserikan lagi dengan kehadiran akhi Faizal yang sekarang ini bertugas di Kuala Lumpur. Alhamdulillah dapat juga bertemu dengan teman teman seperjuangan.


akhi Faizal (kiri ) dan akhi Omar


Pena dan peluang berda'wah
Akhi Yusni menerangkan bahawa mereka yang menggunakan pena atau penulisan dalam melakukan da'wah berupaya mendapat ganjaran pahala yang besar. Lihat sahajalah bagaimana kitab kitab himpunan yang dituliskan oleh imam Nawawi dan juga imam imam yang lain. Mereka berjuang menggunakan kekuatan pena. InsyaAllah pahala memberati berdakwah dengan mata pena membolehkan kita mendapat pahala setanding orang yang berjuang dan syahid dijalan Allah. Risalah da'wah oleh Fathi Yakan dan Buya Hamka juga sampai kepada kita melalui penulisan penulisan menggunakan pena...
Ayuh kita sambung usaha usaha da'wah ini menggunakan teknologi terkini seperti internet, FB dan lain lain lagi.

Sekian dulu, insyaAllah banyak lagi artikel menarik utk dikongsi oleh GBSian. InsyaAllah sama sama kita mengambil peluang untuk berkongsi


pautan:
http://www.alquran-melayu.com/68-al-qalam/

Wednesday, October 6, 2010

Prophet Muhammad: Mercy to the world, ceramah oleh Syeikh Tariq Applebyy



Syeikh Tariq Appleby

Tajuk ceramah : Prophet Muhammad saw - Mercy To The World
Tarikh : 28-Oct-2010
Masa : 8 pm
Tempat : Bilik Seminar 1 & 2, Kompleks Masyarakat Penyayang
IPSI akan mengadakan ceramah yang bertajuk " pada 28 Oktober 2010 ini bertempat di Kompleks Masyarakat Penyayang, Pulau Pinang. Jam 8 Malam.
Penceramah jemputan adalah Sheikh Tariq Appleby. Beliau dilahirkan di Cape Town, Africa. Mempunyai campuran bangsa Melayu, India dan Inggeris. Seorang graduan Universiti Madinah.

Maklumat lanjut tentang beliau

"Sesiapa yang pergi menuntut ilmu, Allah akan melorongkan untuknya laluan ke syurga. Dan sesungguhnya para malaikat meletakkan sayap-sayap? mereka kepada para penuntut ilmu kerana sayangnya para malaikat kepada para penuntut ilmu itu."

(Riwayat Ahmad no.18577, al-Tirmizi no.2898, Abu Daud no.3643, Ibn Majah no. 228)
jom kita sama sama meramaikan majlis ini, insyaAllah boleh kita tambah kefahaman kita tentang Nabi Muhammad S.A.W
pautan:

Monday, October 4, 2010

ziarah anak Shahrul di Ceruk Tok Kun, 29 September 2010

Assalamualaikum semua GBSian,

minggu lepas usrah GBS berkesempatan melawat dan meraikan kedatang seorang lagi bakal ahli GBS iaitu Hana Yusra.

Shahrul dan anak anak yang comel :)
 Hana Yusra lahir pada bulan ramadhan yang baru sahaja berlalu. Kini Shahrul sudah ada sepasang anak lelaki dan perempuan.GBS mendoakan keluarga akhi Shahrul dimurahkan rezeki dan diberkati Allah selalu.

bergambar dengan bapa mentua Shahrul

Terima Kasih atas jamuan nasi goreng dan cucur udang yang sedap. Alhamdulillah

GBSian menikmati nasi goreng dan cucur udang :D

Monday, September 20, 2010

Kisah pemuda dalam surah Yasin - Pengajaran da'wah bagi kita

Assalamualaikum semua,

semasa qiam perdana pada 27, 28, 29 Ogos di Masjid Daerah Balik Pulau, Ustaz Sazalie telah menghuraikan tentang kisah pemuda yang terdapat didalam surah Yasin.

Alhamdulillah susunan ayat ayat didalam surah Yasin dan cerita yang hendak disampaikan sebenarnya mempunyai banyak pengajaran dalam kita menyampaikan da'wah.

Antara pengajaran yang boleh didapati:

Penyampaian yang menyeluruh dan usaha da'wah yang giat
1. Usaha da'wah giat disampaikan bukan sahaja di bandar, malah da'wah sampai sehingga kawasan yang diluar bandar. Ini berdasarkan kedatangan pemuda yang diterangkan datang dari tempat yang jauh dari bandar.

[20]
Dan (semasa Rasul-rasul itu diancam), datanglah seorang lelaki dari hujung bandar itu dengan berlari, lalu memberi nasihat dengan katanya:” Wahai kaumku! Turutlah Rasul-rasul itu 


Keberanian pemuda dalam menyampaikan da'wah
2. Pemuda tersebut tidak gentar mempertahankan keimanan dan juga membenarkan risalah yang dibawa oleh rasul rasul.Pemuda tersebut datang dengan berani ditengah tengah penduduk yang mengancam untuk menyeksa para rasul dan menggesa kaumnya supaya beriman kepada rasul rasul tersebut.

[21]
“Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk”.

Cara pemuda menyampaikan da'wah untuk renungan bersama
3. Pemuda tersebut menyampaikan da'wah kepada dengan membawa persoalan persoalan terhadap dirinya sendiri supaya kaumnya sendiri dapat berfikir tentang diri mereka sendiri

[22]
Dan (apabila ditanya: Sudahkah engkau menerima ugama mereka? Maka jawabnya): “Mengapa aku tidak menyembah Tuhan yang menciptakan daku, dan yang kepadaNyalah (aku dan) kamu semua akan dikembalikan?
[23]
Patutkah aku menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah? (Sudah tentu tidak patut, kerana) jika Allah yang Maha Pemurah hendak menimpakan daku dengan sesuatu bahaya, mereka tidak dapat memberikan sebarang syafaat kepadaku, dan mereka juga tidak dapat menyelamatkan daku.
[24]
“Sesungguhnya aku (kalau melakukan syirik) tentulah aku pada ketika itu berada dalam kesesatan yang nyata.
[25]
“Sesungguhnya aku telah beriman kepada Tuhan kamu, maka dengarlah (nasihatku)”,.

Mudahnya Allah menghapuskan kaum yang ingkar
4. Mudah bagi Allah memusnah kaum yang ingkar, tidaklah perlu Allah menurunkan bala tentera, cukup dengan sekadar satu pekikan, maka musnahlah kaum tersebut.

[28]
Dan Kami tidak menurunkan kepada kaumnya sesudah ia (mati) sebarang pasukan tentera dari langit (untuk membinasakan mereka), dan tidak perlu Kami menurunkannya.
[29]
(Kebinasaan mereka) hanyalah dilakukan dengan satu pekikan (yang dahsyat), maka dengan serta merta mereka semua sunyi-sepi tidak hidup lagi.


Moga kita semua dapat pengajaran

Monday, August 16, 2010

Jom bantu saudara baru

Assalamualaikum semua,

alhamdulillah ramadhan sudahpun masuk hari ke 5, maka haruslah kita ambil penekanan tentang amalan yang dilakukan seharian, pastikan kita melakukan yang terbaik, kerana belum tentu kita akan bertemu ramadhan yang akan datang.

Iftar/ Berbuka puasa
Menyediakan makanan bagi orang yang berbuka puasa merupakan satu amalan yang banyak mendapat ganjaran. Bagi orang orang yang beriman, maka mereka akan bersegera untuk menyediakan makanan bagi orang orang yang berbuka puasa. Berusahalah untuk menyediakan makanan berbuka mengikut kemampuan masing masing.
Kelebihan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa:
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun” 
(Hadith Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Bantulah saudara baru
Bagi saudara baru, mereka memerlukan bantuan dan sokongan mereka dapat berdikari. InsyaAllah dengan usaha kita semua, mereka akan dapat berdikari dan seterusnya membantu saudara saudara lain yang memerlukan. Sebagai contoh, saudara Kamarudin Leong dan isteri yang sedang berusaha berdikari dan menceburi bidang perniagaan makanan di perkarangan Masjid Bayan Baru sepanjang ramadhan tahun ini.


saudara kamarudin dan isteri di gerai jualan
datanglah menunjukkan sokongan di Masjid Bayan Baru
bantulah saudara saudara kita,
moga kita menjadi orang orang bertaqwa selepas
tarbiah bulan ramadhan..


Iftar perdana 21 Ogos 2010 di Dewan Millenium Pulau Pinang
Sebagai saudara seagama, maka kita hendaklah sentiasa menunjukkan sokongan terhadap usaha usaha membantu. Jadi antara yang boleh dibuat ialah dengan menyokong usaha seperti majlis Iftar Perdana. InsyaAllah hasil yang diperolehi dari program ini akan digunakan untuk merancakkan lagi aktiviti aktiviti sokongan terhadap saudara baru kita. Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu selagi termampu.

Brosur iftar perdana anjuran hidayah center

Pautan:
Iftar perdana

Tuesday, August 10, 2010

Jawapan dari Al Quran: dari siapa sebenarnya Al Quran

Assalamualaikum buat semua,


baru baru ini semasa "surfing" internet dan melihat youtube, ada satu perbincangan menarik dalam deen show.. banyak persoalan persoalan yang dijawab terus Allah didalam al quran..
dalam siri ini, pengacara Eddy bertanyakan tentang persoalan persoalan dan imam faisal menjawab menggunakan ayat ayat al quran. Subhanallah




antaranya persoalannya..


1. dari siapa sebenarnya al quran?
2. adakah Nabi Muhammad mengarang sendiri Al Quran?
3. Sejauh mana sifat pemurah Allah S.W.T?
4. Siapakah sebenarnya nabi Isa/ Jesus?
5. Realiti / Nilai sebenar kehidupan di dunia ini.
6. Balasan bagi mereka yang berfikir untuk kufur kepada Allah


Mari kita lihat persoalan pertama yang dijawab terus didalam Al Quran


Daripada siapa sebenarnya Al Quran? 
( Ali Imran 1-7 )


[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
[3]
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
[4]
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
[5]
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
[6]
Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[7]
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.


sama sama kita menyumbang artikel dalam usrah GBS.. dan selamat menyambut ramadhan.. Moga kita terlepas dari seksaan api neraka


pautan:
You Tube: Dari siapa sebenarnya Al Quran?
You Tube: Realiti Kehidupan