Thursday, May 29, 2008

Orang Besi

Akhir-akhir ni, banyak cerita Superheroes dari komik yang ditayangkan di panggung2. Salah satu yg terbaru ialah "Iron Man". Mengisahkan kisah seorang tycoon bernama Tony Stark, seorang yang genious dari kanak-kanak, saintis teknologi senjata tersohor di US. Stark mempunyai seorang rakan bisnes bernama Obaidillah. Empayar bisnes mereka cukup maju dan berjaya.

Secara keseluruhan jalan cerita okay, best, penuh aksi.. cuma yang saya kureng setuju sket apabila musuh ironman adalah tentera Islam di Afghanistan. Obaidillah secara senyap2 membekalkan senjata Stark kepada tentera islam Afghanistan.Tentera itu digambarkan mengganas dengan menghalau penduduk kampong di kawasan pergunungan. Manakala ironman dilabelkan sebagai penyelamat rakyat Afganistan. Tanpa kita sedari, producer film ini telah melabelkan tentera Islam sebagai pengganas dan Ironman dan US Army sebagai penyelamat.

Bagi orang dewasa yang melihat cerita ini, mungkin mereka boleh menilai dan berfikir. Tapi jika kanak-kanak yang otaknya masih segar dan muda, mereka secara tak langsung dididik melalui filem2 seperti ini bahawa: “Tentera Islam adalah PENGGANAS, ironman adalah hero, US Army adalah pembela”...

Inilah salah satu cara perang psikologi yang dilancarkan barat bagi memesongkan pemikiran masyarakat dunia, memesongkan hal sebenar. Mereka menutup kejahilan mereka tapi mendedahkan keburukan so-called yang dibuat oleh tentera Islam. Contohnya, macam dalam shortmovie 'Fitna', bagi orang yang tidak boleh berfikir dengan baik, sudah pasti mereka menganggap orang Islam adalah pengganas. Lihatlah, barat cuba mengeksplotasikan keadaan sebenar melalui medium film2 sebegini.. Menipu pandangan mata masyarakat dunia..

Libur...



Ulasan;


Cerita Narnia N Prince Caspian ini menceritakan kisah pengambilan semua kawasan penempatan Narnia yang telah dirampas oleh tentera manusia. Seolah2 sindiran bagi kaum manusia yang kini giat menebang pokok-pokok bagi membuka penempatan, kawasan perumahan, membangunkan bangunan tinggi. Tindakan ini telah memusnahkan habitat alam semulajadi makhluk-makhluk lain yang juga ada hak tinggal dimukabumi ini. Cuba kita lihat di negara kita sendiri, berapa banyak bukit digondolkan? Berapa banyak kawasan hutan hijau dimusnahkan? Berapa banyak haiwan yang pupus hilang habitatnya? Flora n fauna sudah makin terhakis kewujudannya.. Penipisan ozon, global warming, hujan asid dan lain2.. semuanya akibat tangan-tangan manusia..

Apabila kita melihat watak Aslan (The Lion King) dalam movie ini, seolah-olah dialah Tuhan, mempunyai kuasa yang amat hebat, tetapi tidak mahu menunjukkan kekuasaannya.. Jika kita fikir tentang kekuasaan Allah s.w.t, kuasa Allah amat -amat hebat dari kuasa-kuasa yang dimiliki oleh Aslan. Jika kita kagum dengan power@magic yang dimiliki oleh Aslan, dia berkuasa menaikkan air sungai, memanggil pokok-pokok menyerang musuh, ketahuilah bahawa kuasa Allah tiada tandingannya. Masih ingatkah lagi kita pada Tragedi Tsunami 2004? Mungkin itulah hanya sedikit gambaran kekuasaan yang dimiliki Allah.

Satu perkara yang menarik dalam movie ini ialah taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Narnia. Kali pertama tentera Narnia menyerang kota musuh, ramai yang terkorban, mereka sanggup mati demi Narnia ("For Narnia!!!" jerit King Peter). Kalau dalam perang Islam, ramai yang sanggup Syahid demi Islam..

Dalam perang Narnia terakhir, mereka meruntuhkan terowong bawah tanah dan mengepung musuh dari belakang. Kalau dalam Perang Khandak, tentera Islam gali parit. Dalam peperangan akhir ini, dilihat jumlah tentera musuh cukup2 ramai berbanding dengan tentera Narnia, tetapi akhirnya Narnia menang dengan bantuan kuasa Aslan menerusi serangan makhluk-makhluk pokok . Begitulah dalam peperangan Badar, jumlah tentera Islam sedikit (diriwayatkan 313 orang) sahaja berbanding tentera Quraisy(diriwayatkan 900 - 1000 orang). Dalam perang Badar tentera Islam menang dengan bantuan Allah menerusi pertolongan malaikat Jibril a.s.


Dalam setiap perkara yang kita lakukan, jangan pernah sesaat kita lupakan kuasa Allah.. Sandarkan hati kita rapat dengan Allah.. Wallahu a'lam.


Tuesday, May 27, 2008

GBS President & KBN President Receptions at Alor Star


Pulau Payar jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang lima,
Dua sahabat duduk serumah,
Akhirnya kawin di tarikh yang sama.


Tahniah di ucapankan kpd GBS President - Matzab dan zaujah beliau sempena akad nikah dan walimah yg berlangsung di Alor Star pada weekends lepas. gambar/video akan di attach di sini kelak..insyallah jika ada kelapangan.



Tahniah juga diucapkan kpd KBN President - E-one dan zaujah sempena walimah yg berlangsung di Pendang & Alor Star juga pada weekends lepas. gambar/video juga akan di attach :)

Terima kasih kepada kedua2 keluarga yg menjemput kami. dan tidak lupa kepada 4z4m & keluarga Kak Long yg menyediakan motel tanpa bayaran kpd kami. Jasamu di kenang, jumpa lagi di kenduri 4z4m :)

Jzk kpd 4M!r yg meminjamkan Kenchana Oren.

sekian laporan ringkas - Omar*

*nama sebenar

Jemputan kenduri Nasi Padang Minang Maimbau, malam jumaat 29 mei 08.


Salam,

Pada semua GBS, antum semua dijemput ke kenduri nasi padang di rumpun mesra pada 29 Mei 2008,Khamis jam 7.40 mlm (lepas maghrib) hingga 10.00 malam.

Kedai mula beroperasi pada 30 Mei 2008, 5.00 ptg hingga 11.00 malam. Nasi padang minang maimbau (minang memanggil) akan beroperasi setiap hari kecuali hari halaqah untuk tukang masak Zul (belum ditentukan lagi).

Selain dari nasi padang disediakan juga nasi goreng dan sup (ekor, tulang, ayam dll).

Kalau nak mai tolong pun ok jugak ...

Wassalam,

Yusni

Kronologi Pemilihan Nama GBS


Dicopy dari email pada 5 March 2008;

Kenapa pilih nama GENG BAS SEKOLAH???

Beginilah interpretasinya,

GENG = merujuk kepada kumpulan atau satu jamaah
BAS = sebuah pengangkutan merujuk bahawa kita sedang bergerak dalam jamaah dalam satu wadah @ saluran
SEKOLAH = pendidikan atau tarbiah yang kita sedang terima

dalam sebuah bas sekolah biasanya terdapat ramai penumpang (budak sekolah @ pelajar @ tullab), mereka sedang menuju ke sekolah untuk menimba ilmu... dalam bas sekolah juga wujud interaksi antara budak2 skolah yang saling kenal mengenali ibarat sebuah keluarga (usrah), sebenarnye telah diterapkan dengan 3 rukun usrah iaitu TA"ARUF (bekenalan) , TA"AWUN (persefahaman) & TAKAFUL (tolongmnolong)....

dalam sebuah bas juga hanya terdapat seorang Driver Bus @ NAQIB... nanti bila budak2 skolah ni dah besar panjang dah pandai, boleh la depa ni ganti driver bus jadi Naqib....

begitulah serba sedikit rasional kenapa dicadangkan Geng basstop...

sekian wallahu a'lam

Salam Perkenalan

Salam buat semua... hari ni gbs dah ada blog sendiri. hehehe... rajin-rajin lah lawat ke sini... macam-macam benda kami akan updatekan kat sini utk berkongsi dgn semua.