Thursday, May 29, 2008

Libur...



Ulasan;


Cerita Narnia N Prince Caspian ini menceritakan kisah pengambilan semua kawasan penempatan Narnia yang telah dirampas oleh tentera manusia. Seolah2 sindiran bagi kaum manusia yang kini giat menebang pokok-pokok bagi membuka penempatan, kawasan perumahan, membangunkan bangunan tinggi. Tindakan ini telah memusnahkan habitat alam semulajadi makhluk-makhluk lain yang juga ada hak tinggal dimukabumi ini. Cuba kita lihat di negara kita sendiri, berapa banyak bukit digondolkan? Berapa banyak kawasan hutan hijau dimusnahkan? Berapa banyak haiwan yang pupus hilang habitatnya? Flora n fauna sudah makin terhakis kewujudannya.. Penipisan ozon, global warming, hujan asid dan lain2.. semuanya akibat tangan-tangan manusia..

Apabila kita melihat watak Aslan (The Lion King) dalam movie ini, seolah-olah dialah Tuhan, mempunyai kuasa yang amat hebat, tetapi tidak mahu menunjukkan kekuasaannya.. Jika kita fikir tentang kekuasaan Allah s.w.t, kuasa Allah amat -amat hebat dari kuasa-kuasa yang dimiliki oleh Aslan. Jika kita kagum dengan power@magic yang dimiliki oleh Aslan, dia berkuasa menaikkan air sungai, memanggil pokok-pokok menyerang musuh, ketahuilah bahawa kuasa Allah tiada tandingannya. Masih ingatkah lagi kita pada Tragedi Tsunami 2004? Mungkin itulah hanya sedikit gambaran kekuasaan yang dimiliki Allah.

Satu perkara yang menarik dalam movie ini ialah taktik peperangan yang digunakan oleh tentera Narnia. Kali pertama tentera Narnia menyerang kota musuh, ramai yang terkorban, mereka sanggup mati demi Narnia ("For Narnia!!!" jerit King Peter). Kalau dalam perang Islam, ramai yang sanggup Syahid demi Islam..

Dalam perang Narnia terakhir, mereka meruntuhkan terowong bawah tanah dan mengepung musuh dari belakang. Kalau dalam Perang Khandak, tentera Islam gali parit. Dalam peperangan akhir ini, dilihat jumlah tentera musuh cukup2 ramai berbanding dengan tentera Narnia, tetapi akhirnya Narnia menang dengan bantuan kuasa Aslan menerusi serangan makhluk-makhluk pokok . Begitulah dalam peperangan Badar, jumlah tentera Islam sedikit (diriwayatkan 313 orang) sahaja berbanding tentera Quraisy(diriwayatkan 900 - 1000 orang). Dalam perang Badar tentera Islam menang dengan bantuan Allah menerusi pertolongan malaikat Jibril a.s.


Dalam setiap perkara yang kita lakukan, jangan pernah sesaat kita lupakan kuasa Allah.. Sandarkan hati kita rapat dengan Allah.. Wallahu a'lam.


1 comment:

Anonymous said...

best ke citer ni? gi tengok tak ajak guwe...