Monday, September 29, 2008

Alhamdulillah... Usrah-GBS OST :)


(bukan original video clip - mulut tak sama suara)


Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkati Allah

Bersabar taat pada Allah
Menjaga keikhlasannya
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkati Allah

Alhamdulillah, Wasyukurillah
Bersyukur padamu Ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Bersujud kepada allah
Bersyukur sepanjang waktu
Setiap nafasmu, seluruh hidupmu
Semoga diberkati Allah
Semoga dirimu, semoga langkahmu
Diiringi oleh rahmatNya

Alhamdulillah, Wasyukurillah
Bersyukur padamu Ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Indah dalam kebersamaan

Alhamdulillah, Wasyukurillah
Bersyukur padamu Ya Allah
Kau jadikan kami saudara
Hilanglah sebuah perbezaan

Alhamdulillah, Wasyukurillah
Bersyukur padamu Ya Allah

Bersujud kepada Allah
Bersyukur sepanjang waktu....

Thursday, September 18, 2008

IFTAR PERDANA GBS


KERTAS KERJA CADANGAN - IFTAR PERDANA GBS
" IHYA RAMADHON BERSAMA GBS"


1.0 TUJUAN
1.1) Merapatkah ukhuwah fillah di kalangan ahli usroh GBS
1.2) Memberkati makanan di bulan Ramadhon al-Mubarok
1.3) Selaras dengan matlamat penubuhan GBS, suka benar ade majlis makan2 camni (a.k.a.KBN)

2.0 AHLI JAWATAN KUASA
2.1 ) Semua orang, tiada terkecuali.
2.2) Pandai2 la bagi tugas sapa nak masak, sapa nak hidang, sapa nak makan...
2.3) Sila infaq sedikit RM + duit tabung usroh

3.0 TARIKH : 17 September 2007 (Rabu) - Hari Nuzul Quran -_ DITANGGUHKAN

4.0 TEMPAT : katanye kat Teratak Pak Syed

5.0 MASA & AKTIVITI :

4.30 pm - Koyak bawang, siang ayam, siang ikan, siang malam etc.
5.00 pm - Solat Asar berjemaah
5.15 pm - Masak (bagi menjimatkan masa memasak, caranya senang saja, pi beli lauk kat bazar ramadan)
6.30 pm - Sembang2 sambil tunggu orang yg masak
7.00 pm - Boleh hidang dah, buat air ke, boh2 nasik ke
7.20pm - BERBUKA PUASA skit dulu (makan light food je) ##
7.25pm - Solat Maghrib Berjemaah
7.45pm - Makan besar sampai kol 8.15 + + Usroh skali
8.15pm - Gerak ke masjid/ surau for tarawikh
9.45pm - Tadarrus



PETUNJUk BERKAITAN:

## Diriwayatakan dari Anas ra., ia berkata: Rasulullah saw berbuka dengan makan beberapa ruthaab ( kurma basah ) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R : Abu Daud dan Al-Hakim)

Rasulullah Shallallahu’alaihi wa Sallam bersabda:

“Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang puasa untuk berbuka, maka baginya pahala sebagaimana pahalanya orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun.”

(Hadis Riwayat Ahmad (4/144, 115, 116, 5/192), at-Tirmidzi (804), Ibnu Majah (1746), Ibnu Hibban (895). Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)

Monday, September 8, 2008

Perancangan Aktiviti GBS

Salam...

Disenaraikan agenda yg ada di dalam perancangan aktiviti GBS.

Lawatan ke Singapura + ke rumah Omar
Lawatan ke Terengganu + ke rumah Tok Naqib
Lawatan ke Sarawak bersama Hj Ayub Abdul Rahman berdakwah di pendalaman Sarawak
Lawatan ke Kelantan + walimah Amirullah (ayohngoh)... :)
Libur di The Lost World of Tambun
Snorkeling di Pulau Payar
White water rafting di Sg Sedim
Camping at Bukit Hijau
Memancing + mencandat sotong di open sea bersama Mat Zab
Lawatan ke Medan + ke rumah Zul (chef nasi padang)
Le Tour de Grik + Tasik Banding bersama Hafiz
Trip to Kemboja via ground
The Mystical of Felda Lasah... heheh
Umrah di 10 malam terakhir Ramadhan dan sambut aidilfitri di Mekah 2009

Memang banyak aktiviti, harap kita dapat laksanakan semuanya... nnt kita akan pelankan takwimnya... 

Salam...

Sunday, September 7, 2008

Jejak Faqir

alhamdulillah.....hari ini kami ke Flat 100 utk menjejaki faqir miskin. melihat kehidupan mereka (di samping ke-gayatan sebenarnya) mmg terasa sebak. Syukur pd Allah yg memberi kita nikmat kehidupan & kemewahan. Walaupon minyak naik, masih mampu punya rumah, makanan, kereta, lektrik, dan air. Di Flat 100, ada satu rumah anak nya 8 (bayangkan), ada satu rumah 3 org tua yg sakit, ada satu rumah yg tidak punya perabot....kanak2 bermain di luar dgn gembira....ibu bapa memikirkan mahu buka apa malam ini....
Semoga Allah memudahkan hidup mereka....Ayuh Jejak...Faqir

Kuliah Subuh Dr Danial Sept 08

Alhamdulillah.....sedikit sharing dari Kuliah Subuh tadi....

  • Pengertian Taqwa oleh Ibn Mas'ud
    • Taat, tidak melakukan maksiat
    • Ingat Allah dan tidak lupa Nya
    • Syukur dan tidak kufur

Thursday, September 4, 2008

F-A-Q Puasa..




• Apakah definisi puasa?
Puasa ialah menahan diri dari makan, minum dan bersenggama mulai dari terbit fajar yang kedua sampai terbenamnya matahari.
Firman Allah Ta 'ala: " …….dan makan minumlah hingga terang bagimu benang putih dari benang hitam, yaitu fajar.Kemudian sempurnakanlah puasa itu sampai (datang) malam ... "(Al-Baqarah: 187),

• Bilakah dan bagaimana puasa Ramadhan diwajibkan ?
Puasa Ramadhan wajib dikerjakan setelah terlihatnya hilal, atau setelah bulan Sya'ban genap 30 hari. Puasa Ramadhan wajib dilakukan apabila hilal awal bulan Ramadhan disaksikan seorang yang dipercaya, sedangkan awal bulan-bulan lainnya ditentukan dengan kesaksian dua orang yang dipercaya.

• Siapa yang wajib berpuasa Ramadhan ?
Puasa Ramadhan diwajibkan atas setiap muslim yang baligh (dewasa), aqil (berakal), dan mampu untuk berpuasa.


• Syarat wajibnya puasa Ramadhan ?

Adapun syarat-syarat wajibnya puasa Ramadhan ada empat, yaitu Islam,
berakal, dewasa dan mampu
.

• Bilakah anak-anak kecil diperintahkan berpuasa ?
Para ulama mengatakan Anak kecil disuruh berpuasa jika kuat, hal ini untuk melatihnya, sebagaimana disuruh shalat pada umur 7 tahun dan dipukul pada umur 10 tahun agar terlatih dan membiasakan diri.




• Apakah Syarat sahnya puasa?
Syarat-syarat sahnya puasa ada enam :
1) Islam : tidak sah puasa orang kafir sebelum masuk Islam.
2) Akal : tidak sah puasa orang gila sampai kembali berakal.
3) Tamyiz : tidak sah puasa anak kecil sebelum dapat membedakan (yang balk
dengan yang buruk).
4) Tidak haid : tidak sah puasa wanita haid, sebelum berhenti haidnya.
5) Tidak nifas : tidak sah puasa wanita nifas, sebelum suci dari nifas.
6) Niat : dari malam hari untuk setiap hari dalam puasa wajib. Hal ini didasarkan pada sabda Nabi : "Barangsiapa yang tidak berniat puasa pada malam hari sebelum fajar, maka tidak sah puasanya." (HR.Ahmad, Abu Dawud, Ibnu Majah, An-Nasa'i dan At-Tirmidzi). Ia adalah hadits mauquf menurut At-Tirmidzi.