Thursday, September 18, 2008
IFTAR PERDANA GBS
KERTAS KERJA CADANGAN - IFTAR PERDANA GBS
" IHYA RAMADHON BERSAMA GBS"
1.0 TUJUAN
1.1) Merapatkah ukhuwah fillah di kalangan ahli usroh GBS
1.2) Memberkati makanan di bulan Ramadhon al-Mubarok
1.3) Selaras dengan matlamat penubuhan GBS, suka benar ade majlis makan2 camni (a.k.a.KBN)
2.0 AHLI JAWATAN KUASA
2.1 ) Semua orang, tiada terkecuali.
2.2) Pandai2 la bagi tugas sapa nak masak, sapa nak hidang, sapa nak makan...
2.3) Sila infaq sedikit RM + duit tabung usroh
3.0 TARIKH : 17 September 2007 (Rabu) - Hari Nuzul Quran -_ DITANGGUHKAN
4.0 TEMPAT : katanye kat Teratak Pak Syed
5.0 MASA & AKTIVITI :
4.30 pm - Koyak bawang, siang ayam, siang ikan, siang malam etc.
5.00 pm - Solat Asar berjemaah
5.15 pm - Masak (bagi menjimatkan masa memasak, caranya senang saja, pi beli lauk kat bazar ramadan)
6.30 pm - Sembang2 sambil tunggu orang yg masak
7.00 pm - Boleh hidang dah, buat air ke, boh2 nasik ke
7.20pm - BERBUKA PUASA skit dulu (makan light food je) ##
7.25pm - Solat Maghrib Berjemaah
7.45pm - Makan besar sampai kol 8.15 + + Usroh skali
8.15pm - Gerak ke masjid/ surau for tarawikh
9.45pm - Tadarrus
PETUNJUk BERKAITAN:
## Diriwayatakan dari Anas ra., ia berkata: Rasulullah saw berbuka dengan makan beberapa ruthaab ( kurma basah ) sebelum solat, kalau tidak ada maka dengan kurma kering, kalau tidak ada maka dengan meneguk air beberapa teguk. (H.R : Abu Daud dan Al-Hakim)
Rasulullah Shallallahu’alaihi wa Sallam bersabda:
“Barangsiapa yang memberi makan kepada orang yang puasa untuk berbuka, maka baginya pahala sebagaimana pahalanya orang yang berpuasa tanpa mengurangi pahalanya sedikitpun.”
(Hadis Riwayat Ahmad (4/144, 115, 116, 5/192), at-Tirmidzi (804), Ibnu Majah (1746), Ibnu Hibban (895). Dinilai sahih oleh at-Tirmidzi)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment