Wednesday, October 29, 2008

Isu Semasa- Isu Masjid



Pada hari Ahad yang lepas 26/10/08 dalam warta jam 12 tv1, saya tertarik dengan 2 isu masjid yang diutarakan dalam warta Berita tersebut.


1) Cadangan menubuhkan isu masjid cina. - cadangan YB Kulim agar kerajaan membina sebuah Masjid Cina, yang mana senibinanya berasaskan senibina bangunan Cina, malah dicadang agar khutbah juga dalam bahasa mandarin. Jika sebelum ini, kita dah ada masjid pakistan, masjid india dll., so now its the time to build masjid cina pulak. Cadangan ini juga disokong oleh Saudara Ang Wan Seng, AJK persatuan Cina Muslim M'sia (Penulis buku Islam di China). Kepelbagaian jenis masjid ini sedikit sebanyak akan mengurangkan persepsi bahawa Islam di Malaysia ini hanya identiti orang Melayu. Islam bukan agama orang Melayu. Terapi Islam adalah untuk semua bangsa. >> "Wa ma arsalnaka illa rohmatan lil a'lamin"...


Sebagai contoh di Hong Kong, ada komuniti cina moslem di sana, darisegi fizikal, mereka sama dengan orang lain. Cuma dari segi pemakanan dan cara hidup berbeza sedikit. Di Hong Kong Islamic Centre, ramai bangsa menghidupkan masjid terutamanya bangsa Pakistan yang dtg bekerja di situ serta orang Indonesia yang turut mengadakan kelas2 agama di situ. Malah di HK, kedai makan cina moslem di Kowloon City, sentiasa penuh & menjadi rebutan masyarakat cina (bukan muslim).

Di China, tedapat sebuah masjid tertua di area Xian Yang yang populasi cina moslem antara teramai di negara itu. Islam telah wujud di China itu sejak Dinasti Tang apabila seorang sahabat Nabi Muhammad, Sa`ad ibn Abi Waqqas, telah diutuskan sebagai seorang perwakilan rasmi kepada Maharaja Gaozong pada 650 M. Maharaja itu menyamakan antara antara agama Islam dengan ajaran Confucius dan memerintah pembinaan masjid pertama di China.


2) Ruang masjid Sg. Nibong - Selalu dok pi solat kat masjid ni, tapi jarang pi solat jumaat, tapi bila saya tengok dalam berita haritu baru tersedar masa solat Jumaat, jemaah melimpah sampai ke kaki lima dah ke seberang jalan bawah jejambat. Maknanya jemaah yang bawah jejambat tu terpisah ngan jemaah masjid by jalan raya yang sibuk. Mengikut kata Pak Imam, setakat ni, dah 5 orang maut (harap2 mati syahid) sebab terpaksa bersolat di seberang jalan raya tu. Dalam berita, AJK masjid memohon bantuan kerajaan negeri n pusat untuk memperbesarkan masjid. Tapi bila tgk ruang macam dah penuh, sebelah kanan ada kubur belah depan jalan raya, belakang maybe boleh, tapi kena makan ruang parking la.. Mudah2an, kes masjid sg. nibong ini mendapat tempat di mata pihak berwajib.

Friday, October 24, 2008

Khutbah Jumaat Masjid Glugor 24 Oct


Salam GBS, sekadar perkongsian ilmu (wazakkir fainnazzikro tanfaul mu'minin)

Point dari Khutbah di Masjid Glugor hari ini (tak tau la plak sapa khatib) ;

1. Hukuman pada pencuri, penzina jika mereka terlepas dari hukum hudud di dunia. Di akhirat kelak mereka akan menerima azab di neraka. Cth : Penzina - ada ular yang besar akan mematuk kemaluan penzina selama 70 tahun. Hukum hudud di dunia adalah kafarah dari Allah jika selepas hudud mereka bertaubat.

2. "Takkan Melayu Hilang Di Dunia" - Melayu memang akan hilang didunia, tetapi Islam kekal hingga ke akhirat. Tidak salah kita memperjuangkan bangsa kita, tetapi mestilah berasaskan Islam. Ketuanan Melayu yang TIDAK bersandarkan ISLAM memang akan hilang dan pudar. Tidak kira apa bangsa sekalipun, jika diperjuangkan tanpa berasaskan agama Islam, tidak akan berjaya. Akibatnya.. Menang sorak kampung tergadai. Contoh : Orang Arab yang berjuang atas bangsa Arab, bukan sebab Islam. Akhirnya mereka terpaksa bergantung harap dengan penjajah dari segi pembangunan, ekonomi dan seluruh sistem pembangunan negara Arab.

3. Ibubapa yang MANDUL, bukanlah mereka yang tidak mempunyai anak. Tetapi mereka ialah ibubapa yang mempunyai anak, tetapi tiada seorang pun antara anak mereka yang menyampaikan doa/pahala kepada mereka setelah mereka meninggal dunia. Oleh itu, didiklah anak2 dengan ilmu agama sejak kecil. Ajar mereka solat, baca quran dan asas2 islam..