Thursday, May 14, 2009
Perang Hunain satu pengajaran
BILA :
Selepas pembukaan kota mekah, 11 syawal, tahun ke-8 hijrah.
Merupakan perang yang terakhir dengan kaum arab.
PUNCA :
Pihak musyrikin rasa tergugat (kaum hawazin & tsaqif bersatu untuk serang tentera muslim)
KEKUATAN :
12 ribu tentera muslim (10 ribu orang Madinah + 2 ribu mualaf dari suku Quraisy) Batalion pertama diketuai Khalid al Walid, Rosulullah berada di batalion belakang.
STRETEGI MUSUH :
- Diketuai orang muda berumur 30 tahun dari Hawazin, Malik bin Auf.
- Mereka membawa semua wanita, harta dan binatang ternak. Kononnya memberi motivasi kepada kaum lelaki agar melindungi keluarga dan harta mereka.
- Mereka menghantar 3 orang perisik
- Mereka juga menggunakan teknik serang hendap/ serangan mengejut dengan bersembunyi di balik batu dan atas bukit di Lembah Hunain.
STRATEGI TENTERA ISLAM :
- Meminjam baju perisai dan senjata dari kaum musyrikin. Mengatur ketua panji-panji.
SITUASI PEPERANGAN:
- Tentera islam terpinga2 bila diserang hendap dan hampir mengalah kerana ade yang berputus asa (dari kalangan mualaf), yang tetap berjuang hanya kelompok yang telah lama beriman.
- Nabi s.a.w. bangkit mara ke hadapan dan meminta Abbas, bapa saudara nabi menaikkan semula semangat tentera islam yang hampir kalah itu.
- Selepas itu, tentera islam kembali kuat dan memenangi peperangan Hunain.
- Harta ghonimah telah diberikan kepada kaum mualaf Quroisy tetapi tidak diberi kepada kaum Ansor.
PENGAJARAN :
a) Kuantiti Vs Kualiti : Kuantiti yang ramai tidak menjamin kemenangan.Kualiti iman yang mantap perlu ada dalam perjuangan.Kekuatan spiritual mengatasi kekuatan fizikal.
b) Jangan Takabur : Bila ramai, umat islam ketika itu sedikit berbangga dan selesa dengan mengatakan bahawa mereka akan menang dengan mudah. Lalu mereka kurang bersedia.
c) Jangan berdengki : Kaum Ansor tersinggung apabila tidak mendapat pembahagian ghonimah, hanya kaum yang baru memeluk islam yang dapat. Menguji ketaatan dan cinta mereka kepada Rasulullah.
d) Kepimpinan melalui pengaruh : Tentera islam pada awalnya hampir mengaku kalah dan berundur apabila mendengar khabar angin bahawa Rosulullah telah wafat. Namun berita itu dibetulkan kembali oleh Abbas.
DALIL PENGAJARAN :
” Dan ingatlah peperangan Hunain iaitu kamu menjadi bongkak kerana banyaknya jumlah kamu.maka jumlah yang banyak tidak memberi faedah kepada kamu sedikit pun dan bumi yangluas terasa sempit olehmu kemudian kamu lari ke belakang dengan bercerai-berai. Kemudian Allah menurunkan ketenangan kepada RasulNya dan orang-orang yang beriman dan Allah menurunkan bala tentera yang kamu tiada melihatnya dan Allah menimpakan bencana kepada orang-orang kafir dan demikian penbalasan kepada orang-orang kafir “. (al-Taubah: 25 - 26)
Wednesday, May 13, 2009
Ke Mana Kita Selepas Ini...?
Kubur adalah akhir perjalanan semua manusia di dunia
tempat menuai amal baik dan buruk
Semua manusia pasti singgah di ruang kubur...
Tiada lagi kata-kata indah
semua pintu tertutup sudah jika sudah memasukinya
harta, takhta dan keluarga
tiada yang mampu menemani
tiada lagi kata-kata kebaikan
kerana gerbang telah dikunci
manusia paling kuat sekalipun
akan mati dan menimba perbuatannya
hati paling keras sekalipun
akan kecut dan membisu hingga lunak bagai lumpur...
Apalagi yang dapat kita banggakan jika sudah memasukinya
apalagi yang mampu kita tertawakan
jika alam kesepian penuh cacing dan tanah basah
menjadi rumah kita
yang tinggal hanyalah
kesedihan dan penyesalan yang tiada tara...
Kita semua mesti berbuat kebaikan bersungguh-sungguh hanya untuk kubur
manusia mesti banyak memikirkan berapa luas ruang kita di kubur
bukan berapa banyak tanah dan rumah terbeli
dan bukan berapa banyak kenderaan mewah dan makanan tersedia
kubur adalah akhir perjalanan
semua harta dan kemewahan tak akan dibawa
hanya Iman dan Amal Soleh yang mampu menyelamatkan
dari Siksa Kubur yang pedih...
Tak ada tawar menawar untuk membeli syurga dan segala kenikmatan di sana
hanya Iman dan Amal Soleh yang mampu menaungi
dari panasnya api neraka yang menyala
kubur adalah persinggahan sementara dan penentu
berjaya atau tidaknya kita di alam akhirat
yang jelas dan pasti akan datang
banyak-banyak menangislah untuk kubur
banyaklah berkunjung ke kubur
agar hati selalu ingat mati...
Suatu saat
nama kita akan terpahat pada batu nisan yang bisu
tak ada lagi pangkat dan jawatan tertera di sana
hanya nama, tarikh lahir dan hari wafatnya kita
الفاتحة محمد ايزوان بن اسماعيل لاهير ٢٩ جون ١٩٧٩ وفاة ١٣ مي ٢٠٠٩ |
Inilah yang mesti kita cetak tebal dan persiapkan
dan masukkan dalam agenda kerja kita
di pejabat dan ruang kerja kita...
kerja untuk kubur
berbuat kebaikan untuk kubur
beramal untuk kubur
hari ini, esok dan lusa
mesti berbuat sesuatu untuk kubur
kerana kubur sudah menunggu
ruang telah dipersiapkan
bagai kamar pengantin
inilah saat untuk memperhiasinya
tak perlu lagi menunda-nunda
siapkan waktu dan tenaga
agar kamar kubur kita tampak indah
dengan banyak menangis dan ibadah sekuat tenaga
jangan hanya untuk dunia kita bekerja
tapi untuk kubur juga kita mesti bekerja
agar tak menyesal di dalam kubur dengan berkata...
"...Ya Tuhanku, kembalikanlah aku (ke dunia), agar aku berbuat amal soleh terhadap apa yang telah aku tinggalkan (dahulu)..." [Al-Mu'minun : 99-100]
pastinya kita dah tahu jawapan kepada permintaan kita ini...
Monday, May 4, 2009
Mata dan Mata Hati
Salam...
Entry kali ini adalah laporan sampingan kesan dari main bowling kt BJ Bowl 2 minggu lepas... Lensa kamera sempat merakamkan sesuatu yang boleh dijadikan tazkirah kepada kita...
Bila diamati potret mata para GBS, terasa ada pancaran nur yg amat bersinar yg bisa mencairkan hati... kagum kerana ini adalah karya Allah yang begitu sempurna... Allah Subhanallah... Cahaya imej memasuki mata dan difokuskan oleh kanta mata yg dikawal ketebalannya oleh otot yg kecil. Cahaya imej dikesan oleh jutaan sel pada retina dan seterusnya menghantar isyarat elektrik ke otak untuk mentafsirkan imej yg kita lihat...
Kepada pemilik anugerah mata yang dipinjamkan Allah ini, jagalah mata anda ya... Anugerah Allah ini tetap menjadi kewajipan kita utk menjaganya, bukan sekadar kecantikan fizikalnya malahan menjaga pandangan yang kita lihat dengan mata ini... sekali kita pandang tempat yg tak betul, maka akan ada satu titik hitam di hati kita... setiap hari entah berapa banyak kita melihat sesuatu yg haram dilihat dan entah sudah betapa besar tompok hitam yang telah menutupi mata hati kita... biarlah buta mata tapi jangan buta mata hati kerana Allah ada berfirman dalam surah Al-Hajj ayat 46:
"Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengan itu mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengan itu mereka dapat mendengar? Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang ada dalam dada..."
Hati yang buta tentu sekali tidak dapat melihat kebesaran Allah pada ciptaan alam... Berapa ramai antara kita apabila memandang ke arah laut disekeliling Penang atau ketika memandu di Penang Bridge, laut biru yang tenang mempesona bila disirami sang mentari pagi yang sudah meninggi, terus berzikir "Subhanallah Alhamdulillah Allahhuakhbar"... Kemudian terus mengingati kisah laut yang mempunyai banyak cerita yang 'tersurat' dan 'tersirat' di dalam al-Quran. Laut merakamkan sejarah pertemuan Nabi Khidir A.S. dengan Nabi Musa A.S. Di laut juga Firaun yang angkuh dan sombong dibinasakan bersama bala tenteranya. Nabi Yunus boleh hidup biarpun berada di dalam perut ikan di laut begitu lama. Laut Merah yang luas terbelah dua dan membolehkan Nabi Musa dan Bani Israil menyeberanginya... 7 air lautan kalau dijadikan dakwat untuk menulis ilmu dan kalimah Allah, pasti kering dan tak cukup... setitik dari air laut adalah kehidupan kita di dunia ini dan baki selautan itu adalah kehidupan di akhirat nanti... betapa banyak lagi ayat al-Quran dan hadis Rasullah yang menyuruh kita memperhatikan alam ini dengan mata supaya kita dapat melihat betapa hebatnya kekuasaan Allah Yang Maha Kuasa...
Tapi sayang, kita hanya melihat dan tak rasa apa-apa pun bila melihat laut, matahari, bulan, pokok-pokok dan apa sahaja yang boleh dilihat oleh mata. Amat tepat sekali kata-kata Allah
"...Kerana sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta, ialah hati yang ada dalam dada..."
Kita masih belum mampu melihat dengan mata hati kita lantaran hati kita yang mungkin sudah hitam keadaannya... Astaqfirullah...
Untuk semua GBS jom vote mata mana yg paling menawan dan bersih... Sudah tentu mata itu paling banyak mengalirkan air mata yg takut kepada Allah... Vote kat ruang sebelah kanan ye...
W'salam
Subscribe to:
Posts (Atom)