Monday, September 14, 2009

Iktikof Perdana 2009


Sept. 11 (11.30pm)

Team GBS tiba di BPDM dengan satu kereta. Mendaftar dan mendapat tugasan (hafaz 4 ayat terakhir Suroh Yusof).

Sept. 12 (4.00am)

Solat tahajud berjemaah n witir >> Bersahor >> Solat Subuh berjemaah >> Kuliah Suboh >> Bacaan Maksurot

Sept.12 (9.00am)

Kuliah Tafsir Suroh Yusuf - Ayat 1 -10 (Mimpi Nabi Yusuf)

- Kisah bagaimana semasa kecil, Nabi Yusof bermimpi melihat 11 bintang, bulan dan matahari bersujud kepadanya. 11 bintang = adik beradiknya, bulan = bapanya dan bintang = ibunya.
10 beradik pertama adalah dari ibu pertama, manakala Yusuf dan Bunyamin dalah 2 beradik dari ibu kedua.

Yusuf dinasihatkan ayahnya, Nabi Yaakob agar tidak menceritakan kepada abangnya (Yahuza), tetapi Yusof telah bercerita mimpinya itu kepada Adik seibunya (Bunyamin).
Akhirnya diketahui oleh Yahuza. Dan Yahuza merancang untuk menyingkirkan Yusof dari pandangan bapa mereka kerana hasad dengki.


Sept. 12 (12.15pm)

Kuliah Tahwid

- Mengenali makhroj huruf. Perbezaan huruf al quran dengan huruf roman.



Sept. 12 (3.30pm)


Kuliah Tafsir Suroh Yusuf - Ayat 11 - 20 (Agenda Jahat Abang Nabi Yusuf)


Yahuza memujuk kepada ayahnya untuk menjaga Yusuf. Nabi Yaakub keberatan membenarkan kerana risau Yusuf dimakan oleh serigala. Akhirnya Yahuza dan adik beradik berjaya memujuk ayahanda mereka untuk membawa Yusuf keluar bermain. Mereka membawa Yusuf dan mencampak Yusuf ke dalam perigi buta. Mereka bawa pulang baju Yusuf dan katakan pada ayahnya bahawa Yusuf dimakan serigala. Ayah mereka cukup sedih dan minta mereka cari balik mayat Yusuf jika benar dimakan serigala.

Yahuza dan adik2nya berpatah balik dan dapati Yusuf sudah tiada dalam perigi, didapati ada kesan tapak kaki. Lalu dijejaki kesan tapak kaki tersebut dan terjumpalah qabilah yang membawa Yusuf. Lalu Yahuza menggertak qobilah itu dan menjual Yusuf kepada mereka. Yusuf di bawa ke bandar untuk dijual sebagai hamba.


Sept. 12 (6.00pm)

Majlis penyampaian sumbangan kepada faqir miskin oleh YB.


Sept. 12 (8.45pm)

Solat isyak >> Tarawikh >> Tadarus


Sept. 13 ( 4.00am)

Solat tahajud 6 rekaat + 3 witir >> Sahor >> Suboh >> 2x kuliah suboh + maksurot

Sept. 13 (9.30am)

Kuliah Tafsir Suroh Yusuf - Ayat 21 - 30 (Godaan Zulaikha)

Yusuf telah dibeli oleh seorang Menteri Mesir bernama Aziz. Aziz mempunyai isteri bernama Zulaikha dan tidak punyai anak. Aziz meminta Zulaikha membersihkan Yusuf sejurus selepas dibeli. Setelah dibersihkan, mereka tertarik dengan keelokkan fizikal Yusuf lantas mengambil Yusuf sebagai anak mereka sendiri, bukan sebagai hamba.

Apabila meningkat dewasa, Zulaikha terpikat dengan kekacakan Yusuf lantas merancang menggoda Yusuf semasa ketiadaan suaminya dirumah. Mengunci semua pintu2 dirumahnya dan menggoda Yusuf, Yusuf berlari ke pintu, Zulaikha mengejar dan menarik baju Yusuf dari belakang sehingga terkoyak. Tiba2 suaminya pulang, dengan serta merta Zulaikha menuduh Yusuf pula yang cuba menggodanya. Yusuf menafikannya.

Diriwayatkan terdapat seorang saksi iaitu budak kecil dalam buaian di bilik kejadian (anak kepada makcik Zulaikha yang ditinggalkan semasa ibunya keluar rumah). Budak kecil berkenaan bercakap mengatakan jika baju koyak di belakang, maka Yusuf adalah benar. Akhirnya budak berkenaan menasihati Yusuf agar tidak menghebahkan kejadian tersebut dan menasihati Zulaikha agar meminta ampun dari suaminya.


Sept. 13 ( 11.30am)

- Perkongsian pengalaman dan komentar peserta dan ucapan penangguhan JK.
- Bersurai.


Sekian hallurim melapurkan bagi Berita Ramadhan GBS!!

No comments: