Thursday, October 15, 2009

KATIBAH 10-11 oktober 2009

1. Alhamdulillah, marilah kita panjatkan kesyukuran pada Allah di atas nikmat tarbiyah dan nikmat ber"JAMAAH" yang dianugerahkan pada kita semua. Program kali ini sebenarnya adalah kerja pertama ana setelah memegang T-PSM JIM TL selaku TYDP JIM-TL. Tahniah dan terimakasih pada semua yang menjayakan program, pihak surau An-Nur akhie Isahak dan AJK surau, Ustaz Sazali Al-Yamani dan pak supir Khairul Anuar untuk kuliah maghrib ilmu iman, Tuan Bakhtiar dan Dr Roslan program road show gempa PADANG.

2. Program katibah kali ini adalah kesinambungan program katibah bulanan yang dijalankan sebelum ini merangkumi Kuliah ilmu dan iman, road show gempa PADANG, qiamullail, bacaan ma'thurat dan tazkeerah subuh oleh Ustaz Sazali AlYamani.

3. Penyertaan adalah sekira 40 orang temasuk qaryah dan akhawat dan program teramai ketika road show gempa PADANG. Penyertaan adalah daripada ikhwah dan akhawat JIM TL, ikhwah JIM BD, ahli Karisma dan ahli qaryah Lebuh Nipah.

4. Program kali ini telah ditukar format kepada hari Sabtu (dulu Jumaat) dan dimulakan selepas kuliah maghrib. Program kuliah dibuka kepada umum termasuk akhawat JIM TL dan JIM BD. Ini untuk memberikan peluang masyarakat dapat mencedok manafaat daripada program-program tarbiyah JIM bersama ahli JIM.

5. Selain dari itu, pembaharuan lain adalah bacaan ma'thurat selepas solat subuh dan tazkeerah.

6. Penyampaian Ustaz Sazali berkisar pembuktian Al-Quran terhadap perkara-perkara ghaib. Ini adalah kerana didalam rukun iman, hanya kepercayaan kepada kitab iaitu Al-Quran sahaja yang masih ada di tangan umat Islam, justeru itu, kitab al-Quran perlu membuktikan kebenaran terhadap kepercayaan perkara-perkara ghaib itu.

7. Ustaz Sazali membawa 2 fakta saintifik dalam perbincangan kali ini iaitu dari segi ilmu 'ocenology' atau lautan dan ilmu embriologi.

8. Pengetahuan manusia tentang lautan secara terperinci adalah dalam dekad yang terakhir setelah manusia mempunyai alat untuk menyelam. Bahkan fenomena ombak di dalam laut dalam hanya boleh dilihat melalui gambar satelit. Setelah menerangkan lautan dari sudut saintifik, ustaz menceritakan kata-kata Al-Quran dalam surah An-Nur ayat 40 berbunyi "Atau (orang-orang kafir itu keadaannya) adalah umpama keadaan (orang yang di dalam) gelap gelita yang diliputi oleh ombak bertindih ombak, di sebelahnya atasnya pula awan tebal, (demikian keadaannya) gelap gelita berlapis-lapis, apabila orang itu mengeluarkan tangannya, ia tidak dapat melihatnya sama sekali. Dan (ingatlah) sesiapa yang tidak dijadikan Allah menurut peraturannya mendapat cahaya petunjuk maka ia tidak beroleh sebarang cahaya (yang akan memandunya ke jalan yang benar).

9. Disiplin lain yang disentuh ialah embriologi. Pada zaman dahulu manusia telah disesatkan oleh tokoh agung dari Greek iaitu Aristotale dengan teorinya bahawa bayi berasal daripada darah haid. Manusia telah sesat selama 1,000 tahun dengan kepercayaan karut ini. Bagaimanapun Allah berfirman dalam Al-Quran dalam surah Al-mukminun ayat 14 bermaksud "Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku, lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, Kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik pencipta."

10. Ustaz yang merujuk kepada profesor Keith L. Moore telah menjelaskan erti perkataan sebenar NUTFAH, 'ALAQAH dan MUDGHAH. Nutfah yang diterjemahkan sebagai air mani adalah kurang tepat kerana maksudnya merujuk kepada sperma.

11. Setakat ini sahaja laporan ana, kalau ingin mengetahui lebih terperinci, jangan lupa hadir katibah akan datang November, minggu ke-2insyaallah. Mudah-mudahan Allah memanjangkan umur kita dalam amal.

12. Program katibah ini adalah merupakan usrah umum kepada semua usrah di Pulau serta menjadi wadah untuk orang ramai mengenali JIM lebih dekat. Silibus yang akan digunakan adalah modul usrah juga. Olehitu, ana berharap nakieb di Pulau memastikan anak buah masing-masing hadir ke majlis bulanan ini. Para nakibah juga menghantar anak buah masing-masing untuk program kuliah Maghrib dan Isya'.

13. Cadangan ana pada bulan depan, pihak JIM BD atau JIM TL menyediakan minuman selepasa Solat subuh. Setiap ahli JIM pula berusaha membawa rakan-rakan ke majlis tersebut supaya dapat bermuayasyah dan bertakruf dengan ahli-ahli JIM. Kita nak ahli JIM berkembang.

13. Sekian. Segala yang baik daripada Allah dan segala yang buruk dari ana jua... Gambar akan dimajukan selepas ini...

Wassalam,

Yusni

No comments: