Thursday, January 21, 2010
sehari seringgit setiap subuh
sehari seringgit setiap subuh
Amalan bersedekah adalah satu amalan yang terpuji,
seseorang umat islam yang beriman dengan ayat alquran dan ganjaran hebat yang Allah akan sediakan apabila bersedekah pasti tidak akan berlengah lengah dengan urusan sedekah,
semasa usrah baru baru ini, amil zakat sudah memberi satu tips untuk istiqamah sedekah dengan cara yang amat menarik,
setiap kali subuh ketika hendak solat di masjid atau surau,
kita bawa seringgit untuk disedekahkan dalam tabung masjid,
secara tidak langsung apabila kita tidur, kita sudah ada niat untuk bangun subuh berjemaah dan bersedekah dimasjid,
pastikan seringgit itu sudah tersemat didalam kocek baju melayu
Alangkah bagusnya hidup kita apabila kita mulai dengan solat subuh berjemaah dan bersedekah walaupun hanya sekadar satu ringgit...
( insyaAllah esok... ilmu iman... laporan dari Qiam Masjid Daerah Balik Pulau.. )
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment