Friday, April 30, 2010

Hari hari akhir kehidupan Rasulullah S.A.W


Assalamualaikum semua ahli usrah,

Hari hari akhir kehidupan Rasulullah




ahad yang lepas, Dr Basit ada menyampaikan ceramah mengenai hari hari akhir kehidupan Rasullullah,

bermula dengan kupasan khutbah akhir Rasulullah, yang antaranya mengupas tentang tanggungjawab manusia sebagai khalifah,

janganlah sesekali kita lalai dalam melaksanakan tanggungjawab, kerana kita semua akan dihakimi nanti di neraca Allah S.W.T

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku."

Turunnya ayat Al Quran, Al Maidah ayat 3

"... Pada hari ini telah Aku (Allah) sempurnakan agamamu untukmu, dan telah Aku (Allah) cukupkan nikmat-Ku bagimu, dan telah Aku redhai Islam sebagai agamamu......""

bagi sahabat sahabat Rasullullah yang faham, mereka tahu tugasan Rasulullah telah pun lengkap, maka sudah tentu Rasulullah akan pergi meninggalkan mereka,

Perbaikilah amalan solat kita!

Dr Basit juga menerangkan disaat akhir hayat Rasulullah, baginda masih mengingatkan kita supaya menjaga solat.
Hendaklah kita solat dengan sebaik mungkin, beristigfar dan mohonlah doa kepada Allah supaya solat kita diterima. Selain itu, hendaklah kita membanyakkan juga solat solat sunat supaya dapat menampung kelompongan solat solat fardu kita.

Jagalah orang lemah diantara kita!

Dalam pesanan akhir Rasulullah juga, Rasulullah juga berpesan supaya kita menjaga orang orang yang lemah. Jangan dilupakan rakan rakan usrah, rapatkan lagi ukhuwah. Sama samalah kita memperingati untuk menjaga kebajikan sahabat sahabat kerana itulah antara tanda aras keimanan.

Dan Demi masa..
oleh itu sentiasalah kita beringat dan mempertimbangkan amalan amalan kita dalam sisa umur kita

Al - Asr
[1]
Demi Masa!
[2]
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian -
[3]
Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar



pautan:





No comments: