Wednesday, July 21, 2010

Ceramah Dr Abdullah: dari kegelapan kekufuran kepada cahaya keimanan

Assalamualaikum buat semua pembaca usrah GBS,




Ceramah 26 Julai
insyaAllah pada minggu depan, akan ada satu ceramah yang menarik daripada seorang yang terkenal,
Dr Abdullah ( Periyar Dasan ) PHD di USM, Beliau yang merupakan seorang pakar bahasa akhirnya mendapat hidayah dan memeluk islam. Beliau meyakini bahawa Al Quran adalah kalam Allah, bukannya tulisan dan rekaaan manusia.

InsyaAllah jumpa disana beramai ramai



Kisah pembesar quraish
Didalam surah al mudathhir, ada kisah bagaimana seorang pembesar quraisy yang menolak kebenaran al quran. Dia akhirnya dicela dan dilaknat Allah. Dia lebih sayangkan harta harta, kesenangan dan anak pinak yang dikurniakan daripada membenarkan ayat ayat Al Quran.

[18]
Kerana sesungguhnya ia telah memikirkan dan mereka-reka berbagai tuduhan terhadap Al-Quran) 
[19]
Maka binasalah dia hendaknya! Bagaimanakah dia berani mereka-reka (yang demikian)?
[20]
Sekali lagi: binasalah dia hendaknya! Bagaimana ia berani mereka-reka (tuduhan-tuduhan itu)?
[21]
Kemudian ia merenung dan memikirkan (berkali-kali: jalan-jalan mencaci Al-Quran, tetapi ia gagal)
[22]
Setelah itu ia memasamkan mukanya serta ia bertambah masam berkerut;
[23]
Kemudian ia berpaling (dari kebenaran) dan berlaku sombong angkuh,
[24]
Serta ia berkata: ” (Al-Quran) ini tidak lain hanyalah sihir yang dituntut serta dipelajari (dari ahli-ahlinya);
[25]
“Ini tidak lain hanyalah kata-kata (rekaan) manusia!”
[26]
(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar.
[27]
Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu?
[28]
Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus)
[29]
Ia terus-menerus membakar kulit manusia!


pautan:
http://www.alquran-melayu.com/74-al-muddaththir/
http://azeez-luthfullah.blogspot.com/2010/03/periyar-dasan-has-embraced-islam.html


insyaAllah sama sama menyumbang artikel..

No comments: