Sunday, February 20, 2011

Promosi Nasi Ayam Hainan, jom bantu saudara kita

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Saudara baru kita iaitu saudara Kamaruddin pada masa ini sedang menjalankan perniagaan nasi ayam hainan. Alhamdulillah sambutan nasi ayam hainan semakin meningkat dari masa ke semasa dan perniagaan juga semakin maju.

Keistimewaan nasi ayam hainan brother kamaruddin
Nasi ayam hainan brother kamaruddin mempunya rasa yang berbeza berbanding nasi ayam biasa. Nasi ayam hainan ini juga tidak menggunakan MSG sebagai perisa.

hidangan set nasi ayam hainan tanpa perasa MSG

Nasi bakar satu lagi keistimewaan
saudara Kamaruddin juga menawarkan hidangan Nasi Bakar. Nasi Bakar merupakan resepi dari Indonesia yang dipelajari dari isteri beliau.

satu set lengkap nasi bakar

Lokasi gerai
Gerai jualan pada masa ini terletak berhampiran dengan Masjid Bayan Baru. Pada waktu malam, gerai dibuka di dalam premis Rumpun Mesra. Jom sama sama kita bantu saudara kita.

Saudara Kamarudin dan isteri di hadapan gerai mereka dalam premis rumpun mesra

Thursday, February 17, 2011

Laporan Ops Sayangi Remaja, 14 Februari 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah ops sayangi remaja berjalan seperti yang dirancangkan. Seramai 80 orang aktivis hadir di Surau Taman Tun Dr Awang. Ada peserta yang sanggup datang dari jauh untuk menyertai program ini.  Hujan yang agak lebat sebelum maghrib dan selepas isya' menyebabkan kurang pengunjung yang hadir di Pantai Bersih.

Mengenali erti cinta
Operasi bermula selepas solat isya' secara berjemaah. Slot penerangan oleh IKRAM Teens, iaitu oleh Shahidan mengenai tips tips yang boleh digunakan semasa menjalankan da'wah lapangan nanti. Antara isi yang boleh digunakan ialah mengajak remaja mengenali cinta yang sebenar, mengenali bahawa cinta tidak bermakna perlu mengorbankan maruah diri. Selain itu diingatkan peranan lelaki dan wanita yang sebenarnya menurut kehendak Islam.

para aktivis mendengar penerangan yang disampaikan IKRAM Teens


Pendekatan mesra
Kemudian sesi penerangan kedua dikendali oleh Amir. Sesi penerangan kedua menjelaskan tentang reaksi reaksi yang mungkin dihadapi semasa mendekati remaja remaja nanti. Pendekatan mesra digunakan sepanjang proses mendekati remaja.Akvitis akan mengajak mereka yang disasarkan supaya dapat berbincang tentang perkahwinan, perhubungan yang dibenarkan islam dan mengapa orang islam tidak boleh menyambut Valentine Day.

penerangan mengendali golongan sasaran lelaki oleh Amir, Shahidan dan cikgu

sesi penerangan bagaimana mengendali sasaran perempuan
Pak cik Shah yang berkerusi roda turut berkongsi pengalaman dan meniup semangat para aktivis

Sesi Kaunseling
Sesi kaunseling oleh pakar pakar kaunseling turut disediakan oleh pihak penganjur operasi. Jadi para aktivis program boleh berusaha untuk memujuk sasaran yang bermasalah supaya mendapatkan kaunseling yang seterusnya. Alhamdulillah ada aktivis yang berjaya membawa golongan sasaran mendapatkan kaunseling.

Satu pengalaman
Alhamdulillah selepas sesi penerangan, para aktivis bergerak ke lapangan iaitu pantai bersih. Terdapat pelbagai ragam manusia disana. Ada yang dapat menerima kehadiran aktivis, ada juga yang tidak dapat menerima. Pengalaman di lapangan dikongsi diantara para aktivis. Moga para aktivis tidak patah semangat dan bertambah pengalaman berda'wah didalam masyarakat.

mustaqim berkongsi pengalaman da'wah lapangan

Ayat renungan kita bersama
[164] Al A'raf
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?” Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: “(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”.


Pautan:
http://www.alquran-melayu.com/7-al-araf/
http://sinarloronggelap.blogspot.com/
http://ikramteenspp.blogspot.com/

Monday, February 14, 2011

Ops Sayangi Remaja Count Down, 14 Februari 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

bersempena dengan hari sambutan Valentine Day dan juga cuti menyambut Maulidur Rasul. Satu operasi sayangi remaja akan diadakan di Pantai Bersih. Operasi bertujuan untuk mendekati remaja remaja yang berada ditempat tempat tidak sepatunya sepanjang Pantai Bersih pada waktu tengah malam.

poster operasi


Aktiviti ini akan disertai oleh belia belia yang prihatin tentang masalah remaja masa kini seperti zina, buang anak dan terlibat dengan perkara yang bertentang dengan akidah. Mari kita tunjukkan sokongan dan memberi bimbingan kepada golongan remaja kita yang suatu hari nanti akan mewarisi tempat kita.

jalan pantai bersih yang akan menjadi lokasi operasi

Mesej kepada remaja:
Kenalilah cinta yang sebenar iaitu Allah dan Rasulullah,
jangan terjebak dengan perkara yang kelak hari akan kita kesali


وَلَا تَقْرَبُوا الزِّنَا إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَسَاءَ سَبِيلًا
“Dan janganlah kalian mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. dan suatu jalan yang buruk.” (Al-Israa’: 32)