Thursday, February 17, 2011

Laporan Ops Sayangi Remaja, 14 Februari 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah ops sayangi remaja berjalan seperti yang dirancangkan. Seramai 80 orang aktivis hadir di Surau Taman Tun Dr Awang. Ada peserta yang sanggup datang dari jauh untuk menyertai program ini.  Hujan yang agak lebat sebelum maghrib dan selepas isya' menyebabkan kurang pengunjung yang hadir di Pantai Bersih.

Mengenali erti cinta
Operasi bermula selepas solat isya' secara berjemaah. Slot penerangan oleh IKRAM Teens, iaitu oleh Shahidan mengenai tips tips yang boleh digunakan semasa menjalankan da'wah lapangan nanti. Antara isi yang boleh digunakan ialah mengajak remaja mengenali cinta yang sebenar, mengenali bahawa cinta tidak bermakna perlu mengorbankan maruah diri. Selain itu diingatkan peranan lelaki dan wanita yang sebenarnya menurut kehendak Islam.

para aktivis mendengar penerangan yang disampaikan IKRAM Teens


Pendekatan mesra
Kemudian sesi penerangan kedua dikendali oleh Amir. Sesi penerangan kedua menjelaskan tentang reaksi reaksi yang mungkin dihadapi semasa mendekati remaja remaja nanti. Pendekatan mesra digunakan sepanjang proses mendekati remaja.Akvitis akan mengajak mereka yang disasarkan supaya dapat berbincang tentang perkahwinan, perhubungan yang dibenarkan islam dan mengapa orang islam tidak boleh menyambut Valentine Day.

penerangan mengendali golongan sasaran lelaki oleh Amir, Shahidan dan cikgu

sesi penerangan bagaimana mengendali sasaran perempuan
Pak cik Shah yang berkerusi roda turut berkongsi pengalaman dan meniup semangat para aktivis

Sesi Kaunseling
Sesi kaunseling oleh pakar pakar kaunseling turut disediakan oleh pihak penganjur operasi. Jadi para aktivis program boleh berusaha untuk memujuk sasaran yang bermasalah supaya mendapatkan kaunseling yang seterusnya. Alhamdulillah ada aktivis yang berjaya membawa golongan sasaran mendapatkan kaunseling.

Satu pengalaman
Alhamdulillah selepas sesi penerangan, para aktivis bergerak ke lapangan iaitu pantai bersih. Terdapat pelbagai ragam manusia disana. Ada yang dapat menerima kehadiran aktivis, ada juga yang tidak dapat menerima. Pengalaman di lapangan dikongsi diantara para aktivis. Moga para aktivis tidak patah semangat dan bertambah pengalaman berda'wah didalam masyarakat.

mustaqim berkongsi pengalaman da'wah lapangan

Ayat renungan kita bersama
[164] Al A'raf
Dan (ingatlah) ketika segolongan di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazabkan mereka dengan azab yang amat berat?” Orang-orang (yang memberi nasihat) itu menjawab: “(Nasihat itu ialah) untuk melepaskan diri dari bersalah kepada Tuhan kamu, dan supaya mereka bertaqwa”.


Pautan:
http://www.alquran-melayu.com/7-al-araf/
http://sinarloronggelap.blogspot.com/
http://ikramteenspp.blogspot.com/

No comments: