Monday, March 7, 2011

aktiviti seminggu usrah, 28-Feb ke 6 Mac 2011

Assalamualaikum buat semua GBSian,

alhamdulillah minggu lepas merupakan antara minggu yang sibuk bagi GBSian,

antara program yang dihadiri GBSian,

perjumpaan mingguan di Hidayah Center Pulau Pinang
Perjumpaan mingguan berlangsung selepas isya. Antara aktiviti yang dijalankan ialah tilawah al quran. Pada kali ini, surah Al Waqiah menjadi pilihan. Surah tersebut merupakan surah Makkiyah. Didalam surah tersebut, banyak pengajaran tentang iman. Kita wajib beriman dan yakin dengan hari akhirat yang akan berlaku. Manusia pada masa tersebut akan dihitung amalannya dan diberi ganjaran mengikut kadar amalan masing masing.

Sedikit maksud ayat dari surah Al Waqiah.

[41]
Dan puak kiri, – alangkah seksanya keadaan puak kiri itu?
[42]
Mereka diseksa dalam angin yang membakar dan air yang menggelegak
[43]
Serta naungan dari asap hitam,
[44]
Yang tidak sejuk, dan tidak pula memberi kesenangan.
[45]
Sesungguhnya mereka sebelum itu dilalaikan oleh kemewahan (dunia, dari mengingati hukum Tuhan).
[46]
Dan mereka pula sentiasa melakukan dosa yang besar,
[47]
Dan juga mereka selalu berkata: “Adakah sesudah kita mati serta menjadi tanah dan tulang, betulkah kita akan dibangkitkan hidup semula?



Sambutan ulangtahun 10 tahun penubuhan sekolah STAIL/SMART
Sekolah rendah tahfiz al islah ( STAIL ) dan juga Sekolah Menengah Arab Tahfiz ( SMART ) merupakan sekolah yang berteraskan agama dan al quran. Penubuhan sekolah ini bermula dari sumbangan beberapa buah rumah dan premis sebagai tapak. Alhamdulillah kini, sekolah ini semakin berkembang dan mempunyai bangunan sekolah sendiri. Antara aktiviti semasa sambutan tersebut ialah pameran mengenai sekolah, jualan gerai, jamuan kenduri dan juga pameran Aqsa Syarif

gerai dan juga bangunan SMART
pameran aqsa syarif


Futsal di Batu Maung
Pada sembelah malam hari sabtu berlangsung aktiviti riadah Futsal di Batu Maung. Permainan berlangsung selama sejam melibatkan remaja lepasan SPM, warga kilang dan juga pelajar IPT. Permainan sedikit sebanyak menggalakkan aktiviti riadah dan mengeratkan silaturrahim.

futsal bagi riadah dan juga silaturrahim

pautan:
sekolah stail/smart
http://www.alquran-melayu.com/56-al-waqiah/
http://www.aqsasyarif.org.my/

No comments: