Wednesday, June 22, 2011

aktiviti seminggu usrah GBS

Assalamualaikum semua pembaca GBSian,

Alhamdulillah usrah GBSian sudah berlangsung lagi. Semoga semua semakin istiqomah dalam mencapai pembentukan peribadi muslim secara berterusan. Tugasan tazkirah yang perlu disampaikan telah dirangka. Antara rangka isi tazkirah yang hendak disampaikan ialah mengenai masa.

Kebesaran Allah dalam penciptaan malam dan siang.

Antara tanda kebesaran Allah ialah penciptaan malam dan siang. Siang diciptakan Allah untuk manusia bekerja dan malam pula sebaiknya digunakan untuk berehat. Kebesaran Allah dalam penciptaan siang dan malam juga dapat dilihat pada diri kita sendiri. Diri kita mempunyai daya mengesan keadaan siang dan malam.

Circadian rhythm




Saintis telah membuat kajian dan mendapati bahawa manusia dipengaruhi oleh circadian rhythm. Mata manusia mengesan sinaran matahari pada waktu petang dan otak mula merembeskan melatonin. Melatonin menyebabkan badan manusia bersedia untuk berehat. Degupan jantung manusia mula menjadi perlahan.

Pada waktu pagi, otak berhenti merembeskan melatonin. Degupan jantung kembali seperti normal. Begitulah kebesaran Allah bagi mereka yang berfikir.

[9] An Naba
Dan Kami telah menjadikan tidur kamu untuk berehat?


Ayuh gunakan malam sebaiknya

InsyaAllah waktu malam kita harus digunakan sebaiknya untuk berehat dan tarbiah diri. Qiam diwaktu malam harus dijadikan amalan dalam mendekatkan diri kita kepada Allah.

Antara aktiviti yang berjalan minggu lepas ialah:

Futsal bersama belia IKRAM Penang

Perlawanan futsal berlangsung di Batu Maung. Antara yang hadir ialah Firdaus dan Zaki. Masing masing menunjukkan skil permainan yang menarik. Alhamdulillah perlawanan yang menarik dan merapatkan ukhuwwah yang sedang dibina.

pemain pemain futsal kali ini

Akad nikah Mazlan

Akad nikah saudara kita, Mazlan berlangsung di Kulim. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Dinar emas digunakan sebagai mas kahwin untuk mendapatkan lebih keberkatan. Tahniah kepada saudara Mazlan yang melangsungkan akad nikah baru baru ini. Moga Allah melimpahakan lagi rahmat kepada pasangan Mazlan dan isteri.


pautan:

http://www.alquran-melayu.com/78-an-naba/
http://en.wikipedia.org/wiki/Circadian_rhythm

Thursday, June 9, 2011

aktiviti sebulan usrah, Mei dan awal Jun 2011

Assalamualaikum buat semua pembaca usrah GBS,

Alhamdulillah aktiviti aktiviti usrah dijalankan untuk memantapkan tarbiah dan merapatkan ukhuwwah,

antara aktiviti yang berjalan,

BBQ Usrah 25 Mei 2011

BBQ usrah diadakan di pesisiran pantai Jerejak Pulau Pinang. Alhamdulillah cuaca pada malam tersebut baik dan aktiviti BBQ dijalankan dengan baik. Imran menyediakan tempat BBQ. Ayam perap menjadi menu malam ini disamping bihun goreng oleh Azam, buah buahan oleh Azlan dan Faizal.

GBsian berkumpul di Pantai Jerejak yang mendamaikan

terimakasih buat GBSian yang ditugaskan memasak BBQ 

Alhamdulillah GBSian menjamu selera disamping merapatkan ukhuwwah

Ma'thurat dan tazkirah juga dijalankan sebelum semua yang hadir menjamu selera. Moga ukhuwwah semakin mantap disamping penekanan terhadap tarbiah.

Syahadatul Haq, melaksanakan hak hak syahadah



Didalam tazkirah yang disampaikan akhi Yusni, kupasan mengenai makna syahadah yang kita sebagai islam menyebutnya untuk menyaksikan diri kita beriman kepada Allah dan Rasul.

Untuk itu, keperluan untuk kita melaksanakan tuntutan syahadah iaitu melaksanakan perkara yang disuruh Allah dan meninggalkan apa yang dilarang. Disamping itu, kita juga perlu melaksanakan da'wah untuk menyampaikan risalah risalah yang disampaikan kepada kita melalui utusan Allah yang terakhir iaitu Nabi Muhammad, Selawat dan Salam ke atas Baginda. Perlakuan dan amalan seharian kita sepatutnya membenarkan apa yang diucapkan dalam syahadah kita.


Bowling usrah 1 Jun 2011

Bowling usrah juga berjaya dijalan di Bukit Jambul BJ. Tempahan diuruskan oleh saudara Hafiz. Alhamdulillah ramai GBS yang turun untuk mengasah kembali bakat bermain bowling dikalangan GBSian :)

Pautan:
http://www.pelima.com.my/media/poster_ikrar_diriku_dua_kalimah_syahadah