Tuesday, January 31, 2012

lawatan hospital 29 Januari 2012

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah pada hari ahad lepas, GBSian sempat mengikuti lawatan hospital anjuran Hidayah Center dan juga persatuan kebajikan surau Hospital Besar Pulau Pinang.

Didalam lawatan tersebut, kami melawat wad pesakit yang akan dan telah menjalani pembedahan. Antara pesakit yang kami lawati ialah mereka yang baru menjalani pembedahan akibat kencing manis.


Zaki bersama barang barang dan hadiah untuk diberi kepada pesakit pesakit :)



Derma darah bersama Pertubuhan Dakwah Islamiah 

Pada masa yang sama, pertubuhan dakwah islamiah malaysia menganjurkan satu kempen derma darah. Jadi GBSian tidak melepaskan peluang untuk menderma darah. Sebelum menderma darah, penderma akan diperiksa dahulu dari segi saringan HIV, tekanan darah. Jadi mereka yang sihat tubuh badan sangat berpeluang untuk menderma darah.


brother mahathir, khaw dan asyraf selepas sesi menderma darah

zaki berehat dahulu selepas menderma darah

brother khaw dan anak di bilik menderma darah


Ayuh derma darah
Menderma darah adalah satu amalan yang baik. Kita boleh membantu mereka yang memerlukan darah seperti ketika kes kecemasan dan kemalangan. InsyaAllah Allah akan mengambil kira pengorbanan kita sebagai satu usaha kebajikan.

Kebesaran Allah dalam penciptaan darah


misteri sel platlet: terhasil di tulang sum sum dan dimusnahkan selepas 10 hari,
tetapi tidak banyak yang diketahui apa yang berlaku diantara masa tersebut,
jadi saintis membuat kajian untuk mengetahui lebih lanjut, SubhanaAllah


Didalam darah sebenarnya terdapat banyak tanda kebesaran Allah. Kita patut bersyukur kerana Allah menjadikan badan kita sensitif kepada kekurangan darah. Badan kita akan secara automatik menjana darah baru. Didalam satu kajian, saintis masih mengkaji tentang jangka hayat darah. Masih banyak misteri yang manusia belum tahu tentang kejadian darah. Maha suci Allah yang mencipta semua ini.

Friday, January 27, 2012

aktiviti dua minggu usrah GBS, ziarah ziarah sahabat

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah buat dua minggu berturut turut GBSian sibuk dengan aktiviti ziarah menziarahi. Antara tujuan ziarah ini ialah untuk membincangkan aktiviti aktiviti tarbiah. Disamping itu, kita dapat mengenal sahabat kita dengan lebih dekat. Moga jalinan persahabatan berlandaskan Islam yang mulia semakin tersemai.


Ziarah ke rumah Ikhwan, 15 Januari 2012


Terimakasih pada Ikhwan yang berkongsi hasil buah roselle dengan GBSian.

Ziarah rumah Azlan, 18 Januari 2012

Pada hari rabu, berkesempatan GBSian menziarahi rumah sahabat iaitu Azlan. Moga Allah memberkati keluarga Azlan atas layanan yang diberi. Alhamdulillah GBSian dijamu dengan koay teow dan durian yang sedap.

Ziarah ke rumah Izuan, 21 Januari 2012

Pada hari sabtu, GBSian berkesempatan melawat GBS Izuan yang berada di Transkrian. Moga Allah mudahkan usaha Izuan untuk berjihad mencari ilmu di sana :)

Sabar  dalam kehidupan.

Kehidupan kita memerlukan banyak pengorbanan. Namun, kita jangan bersedih kerana kesabaran kita sebenarnya bersama Allah. InsyaAllah Allah akan menganjari kita dengan ganjaran sebaik baiknya. Ganjaran yang kita akan dapati nanti sememangnya amat setimpal dengan apa yang kita usahakan.


Friday, January 13, 2012

Aktiviti aktiviti terbaru usrah GBS


Qiamullail
Qiamullail telah berlangsung baru baru ini di Pusat Aktiviti IKRAM Seberang Perai
Program bermula dengan solat isya' berjemaah, kemudian diteruskan dengan tazkirah mengenai virus virus ukhuwwah oleh akhi Muhammad Rahman.

akhi Muhammad mendengar ulasan ukhuwwah oleh Ustaz Shuib

ahli ahli Qiam yang hadir :)

Antara virus virus ukhuwwah ialah

1. tidak santun dalam berbicara ( kasar, menyakitkan hati dll )
2. keras kepala dan tidak mendengar nasihat
3. memberi teguran dihadapan orang lain
4. enggan memaafkan dan tiada toleransi
5. mengikut prasangka

Bersama samalah kita cermin diri kita dan memperbaiki peribadi dan akhlak kita

Memantapkan ukhuwwah di kalangan GBS

Alhamdulillah kali ini usrah usrah GBSian dalam tahun baru telah ditukar format dengan mengadakan aktiviti ziarah ke rumah rumah rakan GBSian. Aktiviti ziarah ini sememangnya memberi kesan yang baik kepada ukhuwwah antara GBSian. Para ahli usrah dapat mengenali dengan lebih baik kehidupan saudara saudaranya.

Ziarah ke rumah akhi Salmi, 4 Januari 2012
Dengan izin Allah, dapat GBSian mengunjungi rumah akhi Salmi di Sungai Nibong. Alhamdulillah GBSian dijamu dengan keropok lekor dan juga hidangan nasi. Terima kasih pada tuan rumah, moga Allah lebih memberkahi kehidupan akhi Salmi sekeluarga

akhi salmi menjamu GBSian




Ziarah ke rumah akhi Saaban, 11 Januari 2012
Pada minggu ini, akhi Saaban menawarkan rumah untuk aktiviti usrah kali ini. Ramai GBSian yang datang menziarahi rumah akhi Saaban. Terima kasih tidak terhingga kepada akhi Saaban.

usrah di rumah akhi Saaban :)
maaf kualiti gambar kurang memuaskan
Mencintai sahabat
Orang orang yang beriman akan mencintai sahabatnya kerana Allah. Mereka akan mengambil berat tentang kesusahan sahabat sahabat mereka disamping mendoakan kepada Allah agar dipermudahkan.


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Jangan bersahabat dan menurut kata syaitan

Janganlah kita mengikut kata dan bisikan syaitan. Ingatlah syaitan adalah  musuh kita yang nyata. Perbuatan mengikut hawa nafsu dan kemahuan yang tidak berlandaskan syariat hanyalah membawa kepada penyesalan. Sesunggunya syaitan akan melepaskan dirinya daripada apa yang dipengaruhinya sebelum ini. Diri akan semakin jauh dari jalan kebenaran dan dekat kepada kekufuran.


(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"
(Al-Hasy-r 59:16)

pautan:
http://www.surah.my/59
http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=6
http://alambuku.tripod.com/pdf/Hadis%2040.pdf