Showing posts with label qiyam. Show all posts
Showing posts with label qiyam. Show all posts

Friday, January 13, 2012

Aktiviti aktiviti terbaru usrah GBS


Qiamullail
Qiamullail telah berlangsung baru baru ini di Pusat Aktiviti IKRAM Seberang Perai
Program bermula dengan solat isya' berjemaah, kemudian diteruskan dengan tazkirah mengenai virus virus ukhuwwah oleh akhi Muhammad Rahman.

akhi Muhammad mendengar ulasan ukhuwwah oleh Ustaz Shuib

ahli ahli Qiam yang hadir :)

Antara virus virus ukhuwwah ialah

1. tidak santun dalam berbicara ( kasar, menyakitkan hati dll )
2. keras kepala dan tidak mendengar nasihat
3. memberi teguran dihadapan orang lain
4. enggan memaafkan dan tiada toleransi
5. mengikut prasangka

Bersama samalah kita cermin diri kita dan memperbaiki peribadi dan akhlak kita

Memantapkan ukhuwwah di kalangan GBS

Alhamdulillah kali ini usrah usrah GBSian dalam tahun baru telah ditukar format dengan mengadakan aktiviti ziarah ke rumah rumah rakan GBSian. Aktiviti ziarah ini sememangnya memberi kesan yang baik kepada ukhuwwah antara GBSian. Para ahli usrah dapat mengenali dengan lebih baik kehidupan saudara saudaranya.

Ziarah ke rumah akhi Salmi, 4 Januari 2012
Dengan izin Allah, dapat GBSian mengunjungi rumah akhi Salmi di Sungai Nibong. Alhamdulillah GBSian dijamu dengan keropok lekor dan juga hidangan nasi. Terima kasih pada tuan rumah, moga Allah lebih memberkahi kehidupan akhi Salmi sekeluarga

akhi salmi menjamu GBSian




Ziarah ke rumah akhi Saaban, 11 Januari 2012
Pada minggu ini, akhi Saaban menawarkan rumah untuk aktiviti usrah kali ini. Ramai GBSian yang datang menziarahi rumah akhi Saaban. Terima kasih tidak terhingga kepada akhi Saaban.

usrah di rumah akhi Saaban :)
maaf kualiti gambar kurang memuaskan
Mencintai sahabat
Orang orang yang beriman akan mencintai sahabatnya kerana Allah. Mereka akan mengambil berat tentang kesusahan sahabat sahabat mereka disamping mendoakan kepada Allah agar dipermudahkan.


Daripada Abu Hamzah Anas ibn Malik r.a., khadam Rasulullah SAW, daripada Nabi SAW, Baginda
bersabda:
Seseorang kamu tidak benar-benar beriman sehingga dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia
mengasihi dirinya sendiri.
Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Jangan bersahabat dan menurut kata syaitan

Janganlah kita mengikut kata dan bisikan syaitan. Ingatlah syaitan adalah  musuh kita yang nyata. Perbuatan mengikut hawa nafsu dan kemahuan yang tidak berlandaskan syariat hanyalah membawa kepada penyesalan. Sesunggunya syaitan akan melepaskan dirinya daripada apa yang dipengaruhinya sebelum ini. Diri akan semakin jauh dari jalan kebenaran dan dekat kepada kekufuran.


(Sikap kaum munafik dengan kaum Yahudi) itu samalah seperti (sikap) Syaitan ketika ia berkata kepada manusia: "Berlaku kufurlah engkau!" Setelah orang itu berlaku kufur (dan tetap terkena azab), berkatalah Syaitan kepadanya: "Sesungguhnya aku adalah berlepas diri daripadamu, kerana sebenarnya aku takut kepada Allah, Tuhan yang menguasai seluruh alam!"
(Al-Hasy-r 59:16)

pautan:
http://www.surah.my/59
http://www.islamgrid.gov.my/hadith/detailed.php?id=6
http://alambuku.tripod.com/pdf/Hadis%2040.pdf

Wednesday, May 18, 2011

aktiviti sebulan usrah, April dan Mei 2011

Assalamualaikum semua pembaca Usrah GBS,

alhamdulillah dengan kesempatan yang ada, blog ini akan dikemaskini lagi dengan aktiviti aktiviti yang dijalankan GBS,

antara aktiviti:

Ziarah rumah Hafiz 27 April 2011

GBSian mengadakan usrah di rumah pengantin baru kita, saudara Hafiz. Alhamdulillah aktiviti ziarah menziarahi rumah sahabat sahabat kita dapat menguatkan ukhuwwah sesama kita.

ziarah ke rumah saudara kita menjadikan sebahagian daripada aktiviti usrah



Futsal bulanan Belia IKRAM 13 Mei 2011

Futsal bulanan belia ikram yang berlangsung di Best Bola Bola Mak Mandin bertujuan untuk mengumpulkan GBSian dalam satu aktiviti riadah. Aktiviti riadah disertakan dengan solat isya' secara berjemaah dan tazkirah untuk sama sama kita renungi dan muhasabah diri.

Tazkirah mengenai peristiwa hitam bagi umat islam iaitu Nakba pada 15 Mei diperingatkan kepada para pemain yang hadir.

aktiviti riadah bersama menguatkan ukhuwwah dan menjadi menjadi antara medan medan da'wah


Qiyam bulanan pada 14 Mei 2011, Kisah Bani Israel

Antara aktiviti qiyam bulanan termasuk pengajaran
dari kisah kisah kehidupan para sahabat Nabi Muhammad  

Qiyam bulanan disertai oleh GBSian di Surau Lebuh Nipah. Majlis bermula dengan kuliah mengenai kisah kisah umat terdahulu oleh Ustaz Syazalie. Pada bulan ini, Ustaz Syazalie ada menyebut tentang kisah Bani Israel. Mereka satu ketika dahulu pernah menjadi umat yang mulia kerana mereka menurut perintah Allah. Bagaimanapun, dengan kemuliaan yang dikurniakan Allah, mereka menjadi sombong dan bongkak. Perintah perintah Allah mula ditinggalkan dan seruan seruan yang disampaikan oleh Nabi Musa mula dicabar.

Padahal, Allah memberi kemuliaan bukanlah berdasarkan sesuatu kaum sahaja. Tetapi Allah memberi kemuliaan kepada mana mana kaum yang patuh kepada perintah Allah.

Kisah bongkak Bani Israel diceritakan Allah didalam Al Quran. Kesombongan mereka menyebabkan Allah akhirnya melaknat mereka.

[24]
Mereka (menolak dengan) berkata: “Wahai Musa, sesungguhnya kami tidak akan memasuki negeri itu selama-lamanya selagi kaum itu masih berada di dalamnya; oleh itu pergilah engkau bersama Tuhanmu dan perangilah mereka. Sebenarnya kami di sinilah duduk menunggu”.
[25]
Nabi Musa (merayu kepada Allah), katanya: “Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku tidak dapat menguasai selain daripada diriku sendiri dan saudaraku (Harun); oleh itu pisahkanlah antara kami dengan kaum yang fasik itu”.
[26]
Allah berfirman: “Sesungguhnya negeri itu diharamkan kepada mereka memasukinya – selama empat puluh tahun, mereka akan merayau-rayau dengan bingungnya (di sepanjang masa yang tersebut) di padang pasir (Sinai); maka janganlah engkau berdukacita terhadap kaum yang fasik itu”.


pautan:
http://www.alquran-melayu.com/5-al-maidah/