Friday, June 10, 2016

ramadhan tiba lagi

Alhamdulillah ramadhan tiba lagi,

bulan yang menuntut umat Islam untuk memperbanyakkan ibadah dan pengharapan kepada Allah supaya diberikan pengampunan dan ditingkatkan keimanan supaya menjadi hambaNya yang lebih bertakwa.

Ketibaan bulan ramadhan haruslah disambut dengan penuh syukur. Ini kerana, ramai yang tidak berkesempatan menemui ramadhan pada tahun ini setelah dipanggil bertemu Allah SWT kembali. Kesempatan ini haruslah digunakan sebaik mungkin untuk meningkatkan amal ibadah. Bulan ini menuntut pengorbanan daripada hamba kepada pencipta dengan memperbanyakkan amal ibadah, qiyamullail, tilawah alquran dan sedekah.

Amalan amalan kebajikan dibulan ramadhan ditingkatkan gandaan pahala. Oleh itu, bulan ini haruslah menjadi bulan perlumbaan dalam amal ibadat.



Seharusnya, berpuasa dibulan ramadhan mendekatkan kita dengan orang orang yang memerlukan. Berpuasa seharusnya mendekatkan kita dengan perasaan bagaimana saudara saudara kita yang kekurangan makanan. Jadi, kita hendaklah mengelakkan pembaziran semasa berbuka puasa kerana apa yang kita bazirkan sangat bernilai kepada jutaan umat Islam yang berpuasa dan berbuka dengan serba kekurangan.

Oleh itu, anjuran anjuran penajaan berbuka puasa seperti yang dianjurkan badan kebajikan haruslah disahut. Semoga ibadah berpuasa kita mendatangkan keinsafan dan Allah menerima ibadat berpuasa kita.

No comments: