Saturday, January 17, 2009

Bukit Bendera!

Penat tapi best!

Itu la perasaan yang dapat digambarkan oleh ahli-ahli usrah yang 'memanjat', atau lebih tepat lagi, berjalan naik Bukit Bendera pada hari Sabtu 17 Januari 2009 yang lalu.

Semua yang mengambil bahagian dikehendaki berkumpul di checkpoint Taman Botani. Sebelum perjalanan dimulakan, mereka telah mengedarkan risalah kepada orang ramai mengenai isu Palestin. Alhamdulillah proses pengedaran risalah berjalan dengan lancar.

Mereka memulakan perjalanan ke puncak lebih kurang jam 9.15 pagi waktu tempatan (waktu tempat lain tak hafal la pulak). Sebenarnya laluan yang digunakan tu merupakan jalan berturap tar, yang digunakan oleh kenderaan untuk berulang alik di antara puncak ke kaki Bukit Bendera. Jadi tak hairan la kalau sepanjang perjalanan tu, mereka sering di 'ganggu' oleh banyak kenderaan.

Ya Rabbi... Jalannya macam ular kena palu, curam pulak tu. Jenuh jugak la para 'pendaki' kita yang berpengalaman ni sedut oksigen. Di kiri dan kanan jalan pulak terdapat pokok-pokok hutan yang bermacam jenis. Jelas kelihatan beberapa akar pokok yang mencengkam jauh ke dalam tanah. Ada antara pokok-pokok tu nampak macam dah teruk sangat (dahan patah, berlubang teruk, dll) tapi masih tetap teguh berdiri, dan masih penuh dengan daun-daun yang hijau segar. Kan baik kalau kita macam tu, seberat mana pun ujian ALLAH yang datang, kita tetap tegar bertahan. Iman kita bak akar tunjang pokok tu, menjunam dan mencengkam jauh ke dalam tanah.

Alhamdulillah mereka selamat tiba ke puncak lebih kurang jam 11.00 pagi (itu pun setelah mendera kaki masing-masing selama lebih kurang 1 jam dan 45 minit) Terasa macam 2 marhalah, walaupun jarak sebenar hanya 5 kilometer. Subhanallah pemandangan dari atas memang indah, macam boleh nampak sampai hujung dunia rasanya. Ini baru tengok dari atas bukit. Betapa luasnya alam ALLAH ni, menggambarkan kepada mereka betapa maha berkuasanya ALLAH. Tentatif pertama mereka setelah tiba di puncak adalah untuk mengisi perut masing-masing (huhu... lapar..) Memang telah tersedia sebuah medan selera untuk para pengunjung Bukit Bendera. Pengunjung pun ramai, hujung minggu katakan. Nasib baik ada baki lagi risalah isu Palestin, dapat jugak edarkan kepada orang ramai. Para 'pendaki' kita jugak sempat melawat masjid di puncak Bukit Bendera (tak ingat nama masjid), teropong pemandangan Pulau Pinang :-)

Semoga dengan usaha kecil dan pengalaman bersama ini, jalinan ukhuwah di antara kita akan lebih erat lagi insyaALLAH.


Bergambar di perhentian kedua



Penat tapi bersemangat!



Tak sampai lagi...



"Perjalanan"



Old version of Penang Hill train



Drebar lori : Opp.. Opp.. Tumpang lalu...






"Carilah hikmah dalam setiap ketentuan Tuhan, supaya timbul rasa kesabaran dan kesyukuran. Setiap yang payah itu pasti ada kesenangan, setiap kesabaran itu pasti ada ganjaran. Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada sesiapa yang boleh beri halangan... Namun jika sesuatu itu bukan ditakdirkan untuk kita, pasti takkan kita dapat walaupun sudah dalam genggaman..."

6 comments:

hafiz said...

nanti kita kena buat trip hiking yg lebih meriah lagi...ajak lagi ramai org dan mungkin hike kat tpt lain plak spt gunung jerai...
Hidup GBS!!

myadlan said...

macam best! hidup GBS gak walaupun takde kaitan

pitman said...

Thank you Adlan for dropping by... You're always welcome wherever you are. Boleh jadi wakil GBS wilayah tengah..hahaha...:)

ruchan said...

WOW ..SYABAS ZAKI..semua gambar itu menarik......hehe....

Adlan - ya u are part of GBS...dtg sini nanti bole laa kita wat program jalan2...xkisah la jln2 cari makan or jln2 hiking..hur2

hallurim said...

subhanallah.. gagah perkasa semua mujahid2 GBS.. Bukit Bendera sudah berjaya ditawan. Mount Kinabalu bila lagi..

Kembara Hati Sang Jejaka said...

pergh...banner tu mengancam seh!!!


GBS
go go go
fight fight fight
win win win