Tuesday, July 21, 2009

Erti Hidup Pada Memberi




Sebenarnye kita ni patut rasa bersyukur dan bertuah kerana diberi limpah dan rezki mencurah dari Ilahi sebagai rakyat Malaysia yg kaya dan permai ni. Pernah terbaca sutau masa dahulu bahawa rupa2nya dari keseluruhan penduduk dunia, peratus penduduk dibawah garis kemiskinan jauh LEBIH LEBIH besar dari yg berada diatas paras kemiskinan. Itu belum lagi memikirkan nasib mereka yg bukan saja miskin, tapi dibebankan lagi dengan keadaan negara yg huru hara dan peprangan. Tak perlu kita melihat jauh ke afrika, malah saudara seIslam kita dipalestin, afghanistan dan seumpamanya juga terlalu sukar bagi mereka menempuh hidup2 seharian malah utk mencari sesuap nasi pun susah!.



Tapi itulah dugaan Allah buat hamba2nya utk menguji siapa diantara hambanya yg paling bertakwa (paling bersabar mungkin). Dan itu juga mungkin selari dengan janji Allah bahawa kehidupan dunia ini bukanlah kehidupan sebenarnya TETAPI kehidupan akhiratlah kehidupan hakiki yg KEKAL abadi!!! Sudahka berediakah kita utk menghadapi kehidupan yg KEKAL itu yg tiada penghujung.. .

Maka pesan nabi mafhumnya manusia itu bila mati tidak membawa apa2 bekalan kecuali 3 perkara (mohon diperbetul jika silap):
1. Amal solehnya
2. Sedekah jariahnya
3. Doa anak yg soleh

Dan apa yg paling utama ialah perlulah kita sedar bhw hidup dunia ini hanyalah TERLALU sementara ibarat bayi yg berada didlm rahim ibunya selama 9 bulan. Jika kita mensia- siakan dunia yg fana ini dgn melupakan janji2 Allah dan tidak mempersiapkan diri dgn bekalan maka rugilah kita Na'uuzubillah.


Maka marila kita menggunakan kesempatan yg sementara ini utk berbuat soleh dan baik setiap masa, taat dan besunnguh melawan ajakan syaitan yg menyesatkan dan saling memperbaiki hubungan sesama makhluk dengan saling hormat menghormati dan saling memaafkan jika ketelanjuran. .
Semoga kita GBS dan semuanya dipayungi rahmat Allah dan diganjari syurga insyaAllah.. Ameen!


wassalam,
pitman

No comments: