Alhamdulillah, Allah telah memilih dan mengizinkan ana (Izuan), Azam dan Hafiz sebagai wakil GBS ke Ijtima' Malaysia 2009 yang diadakan pada 10, 11 dan 12 Julai 2009 yang lepas di Kuarters KLIA, Nilai. Berhampiran dengan Sepang Formula One (F1) dan KLIA + LCCT. Jemaah dari seluruh pelusuk dunia hadir, Thailand, Filipina, Myanmar, Pakistan hingga ke USA, UK hatta hingga Argentina. Khemah utk jemaah anatarabangsa yg muat dlm 3000 terlebih buat kpd 6000 orang lebih. Sayu lihat jemaah dari China tekun dengar terjemahan baian dalam bahasa Mandarin. Ada juga ana nampak jemaah Jepun...
Berikut adalah laporan bergambar dari tapak Ijtima' (maaf kerana kualiti gambar agak kurang kerana munggunakan kamera hanpon 2 Mega pixel je)...
- Ini khemah pertama di mana mimbar utama didirikan. Semua bai'an dari Maulana dan Ulama akan diadakan di sini. Bai'an adalah dalam bahasa Urdu dan Pakistan. Kemudian akan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia oleh translator yg luar biasa kelebihan yg Allah berikan kepada mereka. Bayangkan ucapan dalam bahasa Urdu/Pakistan dalam 15 minit dapat diterjemahkan dan diulaskan oleh penterjemah kita dalam 20 minit pula, tanpa tertinggal poin-point penting hatta sebarang ayat al-Quran yg dibacakan oleh Maulana. Begitu kuat ingatan para penterjemah ini... Subhanallah.. Bai'an subuh dari lepas jemaah subuh hingga ke 11.30 pagi, dalam 4 jam lebih. Masyaallah, kuat sungguh Maulana dan penterjemahnya. Ana sempat tidur sekejap dgn nyenyak dalam bai'an itu. Sempat juga ana melihat dgn dekat wajah nur bercahaya Maulana.
- Gambar-gambar di bawah adalah khemah 1,2 dan 3 di mana jemaah dari KL dan sekitarnya. KHITTA digunakan di sini utk ganti maksud khemah... Saiz khemah ni, Masyaalah, 2 biji Boeing 747 muat ni. Maybe lebih 10,000 orang menginap di khemah ni. Terlalu sejuk bila berada kt khemah ni... Ana sempat tidur nyeyak sekejap di khemah ni... :)
3. Tak terlepas golongan OKU dan BISU. Kalau dilihat betul2, bro yang duduk atas pangkin kayu tu tengah berbahasa isyarat kepada jemaah BISU. Dia jadi penterjemah dari bahasa Pakistan/urdu kepada bahasa Isyarat.
Papan tanda kawasan jemaah BISU dan OKU...
Sekitar di khemah 1,2 dan 3...
4. Ini sekitar khemah 10 yang menempatkan jemaah dari Penang dan Perlis. Ana dan jemaah Penanti di tempatkan di sini.
Pakcik tengah tidur disebelah ana...
Di sekitar tempat ana... ambil gambar masa tengah tunggu nasi sampai... :)
Baju dan beg ana... tempat ana tidur dengan nyenyak... deep sleep...
Kelihatan Adnan yg tengah berdiri tu, student USM yang bersama ana kt sini...
5. Sekitar kawasan wuduk dan tandas. Yang berbumbung biru tu adalah tandas... yang mampu menampung 250 ribu orang jemaah... Subhanallah... takde masalah langsung...
lorong tengah yang memisahkan khemah-khemah.
Sebenarnya, terlalu banyak yang ana nak ceritakan pasal Ijtima ni, dari segi makanan, minuman bahkan kepada keperluan utk qhada hajat sekalipun. Tak pernah ana rasa setenang ini walaupun dalam lautan ratusan ribuan manusia. Tentu sekali SAKINAH di sini... kesan dari zikir dan doa dari hati-hati yang diikat Allah ke Ijtima ini.
Insyallah, kita bercerita lagi secara lisan nanti.
Sekian, laporan ringkas wakil GBS ke Ijtima' Malaysia 2009.
No comments:
Post a Comment