Tuesday, August 18, 2009

KEMUDI 2009

KULIM- Kem Kepimpinan Keunggulan Diri 2009 telah berlangsung di Sedim Eco Park Resort, Kulim, Kedah pada 15- 16 Ogos. Acara bermula dengan taklimat Ironman & Ironladies di Sg. Nibong dan taklimat Treasure Hunt di Masjid Seberang Jaya bagi kategori R&R. Lebih daripada 20 biji kereta terlibat. Pelbagai tugasan telah diberikan dan soalan2 yang mencabar minda serta had masa yang menguji ketahanan dan kesabaran setiap pasukan yang terlibat. Setiap peserta melalui laluan Permatang Pauh - Bandar Perda- Bukit Mertajam - Kulim sejauh lebih 60km.

Sabtu, 6.30pm
Pasukan kereta pertama R&R TL telah tiba pada jam 6.30pm yang juga merupakan kereta ketiga tiba di Sedim Eco Park. Suasana tenang dan keindahan pokok buah-buahan di keliling kem dan deruan air sungai mententeramkan jiwa sesiapa sahaja yang berada di kem ini. Secara keseluruhan pasukan TL membolot tempat KeDua bagi acara Treasure Hunt ini.

Sabtu, 9.00pm
Pada waktu malam, Kemudi diserikan lagi dengan persembahan berorientasikan lagu Bingkai Kehidupan. Dengan idea yang spontan dan kerjasama setiap ahli, akhirnya pasukan TL berjaya dinobatkan sebagai Johan bagi acara Persembahan ini.

Ahad, 6.00am
Keesokan paginya, para peserta diisi dengan pengisian rohani melalui kuliah suboh dan aktiviti senaman pagi dengan seni mempertahankan diri menggunakan kain pelikat.


Ahad,9.00am

Selepas itu sedikit perkongsian pengalaman dari setiap pasukan Iron disampaikan. Banyak perkara yang dipelajari terutamanya erti kesabaran dan kekuatan fizikal dan mental.

Ahad, 11.00am
4 acara berjalan serentak dimulakan dengan pembinaan rakit menggunakan buluh dan tiub. Di tapak rentang halangan, setiap pasukan iron bertanding melepasi setiap rintangan dengan membawa sebiji bata. Acara berakit pula, Pasukan pertama ditugaskan menaiki rakit menuju ke hilir sungai dan perlu menangkap 3 ekor ikan, Pasukan kedua menunggu di hilir dan membawa balik rakit ke hulu melawan arus. Mereka di uji dengan bom air sebaik sahaja hampir tiba ke garisan penamat. Pasukan TL berjaya mendapat tempat kedua bagi acara berakit ini.


Ahad , 4.00pm


Secara keseluruhan, pasukan TL mendapat tempat keDua daripada 5 pasukan yang bertanding. Tahniah diucapkan kepada setiap pasukan.


Inilah teknik menyambut buah menggunakan kain pelikat..



Hasil teknik kain pelikat...



Tonggak utama acara memanjat pokok rambai..



Kenduri sambil ber"jaga"

Hallurim melaporkan bagi BERITA SUKAN GBS...

6 comments:

pitman said...

Terimakasih Hallurim kerana mengupdate!

mubin said...

a'ah..

ayam di luar ikan didalam,
air sungai deras menderu,
rambai manis panjat rambutan,
myvi itam kancil biru...

hallurim said...

2-3 kambing berlari,
mana nak sama kambing bakar,
sedap gak makan BBQ kambing malam tu...

ruchan said...

ikan sembilang dalam pinggan
cicah dgn kicap masin

jgn malu jgn segan
jika mau cepat katakan

Anonymous said...

Ikan patin sedap di makan
Sungai sedim payah nak tangkap ikan

teman sekapal said...

Si tupai licik lagi tangkas,
Sedim cantik belum hambar,
laporan da menarik lagi ringkas,
Tapi sayang tak de gambar.