Thursday, December 10, 2009

Bowling@BJ Dec 9


BERITA SUKAN @GBS

Seramai 9 orang ahli GBS telah sama-sama menjayakan aktiviti Riadah@GBS pada 9 Dec di Pusat Bowling BJ. Dua team telah dibentuk. Banyak yang boleh dimanfaatkan daripada program riadhah ini. Antaranya ialah:

Perancangan : Kita merancang bagaimana strategi untuk jatuhkan pin. Matlamat utama ialah menjatuhkan semua pin/ strike. Perkara yang nak dielakkan ialah menghalang bola daripada "masuk longkang". Jadi pada peringkat ini, pemain-pemain perlu betul-betul pandai menyusun langkah, kedudukan kaki, kedudukan badan, pergerakan tangan, penggunaan tenaga dan fokus pandangan. Pemerhatian kepada cara pemain profesional juga perlu untuk mempelajari teknik-teknik.



Pelaksanaan : Selepas langkah di atur, kita laksanakan permainan.Perlu ada keyakinan dalam setiap gerak. Yakin dengan setiap balingan akan menjatuhkan pin. Cubaan demi cubaan. Tidak berputus asa dan sentiasa bersemangat. Setiap kejayaan memerlukan sedikit masa dan usaha yang berterusan.

Pengajaran : Belajar dari pengalaman. Belajar dari kesilapan. Selepas berkali-kali baling baru tahu dimana perlu diperbaiki. Nak pilih bola berat ke, bola ringan ke, baru tahu bagaimana nak jatuhkan semua, bagaimana nak jatuhkan 1 pin yang berada di hujung kanan atau kiri. Dan pada game kedua barulah diketahui teknik menggunakan kekuatan "ibu jari" untuk mengawal bola.

Begitulah analoginya dalam berdakwah, perlu ada elemen tersebut;

a) Perancangan- merancang apa strategi atau kaedah yang sesuai samada melalui fizikal, lisan, atau hati. Sama ada kaedah bersemuka, penulisan, media, web, dan sebagainya.

b) Ujian & Pelaksanaan- mendapatkan respon dan maklumbalas bagi mengukur tahap pencapaian terhadap kaedah yang digunakan.

c) Pengajaran dan Penambahbaikan = kita perlu terus berusaha dalam mencapai matlamat dakwah dan sentiasa berterusan menambahbaik setiap kelemahan dan kekurangan yang ada bagi memastikan objektif tercapai.

Sekian berita GBS @ Dec 2009