Friday, February 5, 2010

ilmu iman oleh ustaz sazali




Assalamualaikum semua,

disini saya sertakan sedikit catatan dari telefon semasa penyampaian ustaz sazali di masjid daerah balik pulau bulan lepas mengenai ilmu iman,


Beriman kepada benda ghaib
--------------------------

Didalam rukun iman, sedar atau tidak kebanyakannya menyentuh mengenai beriman kepada perkara ghaib seperti beriman kepada Allah, hari Akhirat, Qada' dan Qadar, Malaikat

Baginda Rasulullah, Nabi Muhammad S.A.W yang tercinta telah lama wafat dan umat islam pada hari ini tidak berkesempatan untuk hidup semasa zaman nabi.

Namun, rasullah telah pun menyempurnakan kerasulan dan meninggalkan satu mukjizat yang bersama kita, iaitu Al Quranul Karim. Al Quranul Karim dapat kita baca, teliti dan kaji.

Sesungguhnya didalam Al Quran telah banyak menyatakan ayat ayat seperti berikut:

" Kitab yang tiada keraguan didalamnya" - Al Baqarah, ayat 2

Sebagai umat islam yang beriman dengan kebenaran Al Quran, sepatutnya kita tidak memandang enteng larangan dan suruhan yang terkandung didalam Al Quran. Kesemua yang tersebut didalam Al Quran adalah benar dan pasti berlaku.

Benarkah manusia dapat dihidupkan kembali selepas kematian?
----------------------------------------------------------


Didalam al quran disebut bahawa orang orang kafir mempertikaikan kemungkinan manusia dihidupkan kembali,

[78] Yasin, 36
Serta ia mengemukakan satu misal perbandingan kepada Kami (tentang kekuasaan itu), dan ia pula lupakan keadaan Kami menciptakannya sambil ia bertanya: “Siapakah yang dapat menghidupkan tulang-tulang yang telah hancur seperti debu?”
[79] Yasin, 36
Katakanlah: “Tulang-tulang yang hancur itu akan dihidupkan oleh Tuhan yang telah menciptakannya pada awal mula wujudnya; dan Ia Maha Mengetahui akan segala keadaan makhluk-makhluk (yang diciptakanNya);

Didalam hadith rasulullah, telah diterangkan bahawa manusia sebenarnya tidak hancur sepenuhnya, sebaliknya tertinggal sedikit tulang dari tulang belakang yang dipanggil ajbul zanab,

tulang ini mengandungi dna manusia dan dna ini tidak hancur walaupun dibakar, direndam dalam asid dan di lumatkan.

Bagaimana kemudiannya tulang tulang ini dihimpunkan?

ia telah pun diterangkan didalam al quran,

Al insyiqaq ( 3-4 )
Dan apabila bumi diratakan,
[4]
Serta mengeluarkan apa yang di dalamnya, dan menjadi kosong,


Bagaimana pula tulang tulang ini dihidupkan kembali?
---------------------------------------------------

[57] Al A'raf
Dan Dia lah (Allah) yang menghantarkan angin sebagai pembawa berita yang mengembirakan sebelum kedatangan rahmatnya (iaitu hujan), hingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan dia ke negeri yang mati (ke daerah yang kering kontang), lalu Kami turunkan hujan dengan awan itu, kemudian Kami keluarkan dengan air hujan itu berbagai-bagai jenis buah-buahan. Demikianlah pula Kami mengeluarkan (menghidupkan semula) orang-orang yang telah mati, supaya kamu beringat (mengambil pelajaran daripadanya).


Pengajaran
----------

Oleh itu, hendaklah kita menyedari bahawa kita ini datang dan kembali kepada Allah.
Janganlah kita menjadi sombong dan menyoal peraturan yang telah ditentukan oleh Maha Pencipta.

Selidiklah al quran dan kaji al quran secara berkala dan beristiqamah.

Bagaimana mungkin seorang yang terhasil daripada air mani yang hina kemudiannya mempersoalkan ketetapan yang ditetapkan oleh penciptanya?

[77] Yasin
Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu (setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati),


sumber tambahan:
-------
http://mfirdausagung.multiply.com/journal/item/3/Terpecahnya_Misteri_Kehidupan_Setelah_Mati

1 comment:

hafiz said...

Jazaakallahukhair matzab atas catitan bermanfaat ini...
semoga terus istiqamah menyampaikan..

wassalam