Assalamualakum semua yang dikasihi,
semoga sentiasa berada dalam nikmat iman,
sesungguhnya amalan tanpa ikhlas adalah sesuatu yang sia sia.
Kita sepatutnya sentiasa menyucikan niat agar sentiasa ikhlas.
Ini adalah kerana amalan dengan niat untuk mendapat pujian ataupun mengharapkan
habuan dunia selalunya membawa kepada kekecewaan.
Sebaliknya sekiranya kita sedar bahawa ganjaran terhebat ialah ganjaran yang disediakan oleh Allah SWT kepada hambanya yang ikhlas.
teringat kita kepada satu surah didalam juzuk Amma
[17]
Dan (sebaliknya) akan dijauhkan (azab neraka) itu daripada orang yang sungguh bertaqwa, -
[18]
Yang mendermakan hartanya dengan tujuan membersihkan dirinya dan hartabendanya,
[19]
Sedang ia tidak menanggung budi sesiapapun, yang patut di balas,
[20]
Hanyalah mengharapkan keredaan Tuhannya Yang Maha Tinggi;
[21]
Dan demi sesungguhnya, ia tetap akan berpuas hati (pada hari akhirat, dengan mendapat segala yang diharapkannya).
Al Lail
Dalam sebulan ini dua kisah yang berlaku betul betul menyentuh jiwa mengenai ikhlas,
Cerita 1
cerita saudara baru kita, Kamarudin Leong tentang ikhlas. Kisah beliau seolah olah mengajak kita untuk bermuhasabah tentang ikhlas.
Saudara Kamarudin sebelum memeluk islam sedang bersarapan di sebuah kopitiam. Semasa menikmati sarapannya, matanya terpandang kepada seorang lelaki yang kusut masai. Kerana kasihankan lelaki tersebut, beliau telah membeli sarapan kepada lelaki tersebut. Kerana masa agak lewat untuk ke tempat kerja. Beliau menyedekahkan RM 10 kepada lelaki tersebut.
Pada mulanya perasaan beliau biasa sahaja, namun, tidak semena mena air mata mula membasahi pipinya. Beliau merasakan satu perasaan yang belum pernah dirasakan sebelum ini.
Saudara Kamarudin Leong bercucuran air mata apabila pertama kali dia menderma dengan ikhlas.
cerita 2
semasa lawatan hospital baru baru ini, sukarelawan lawatan hospital seperti biasa melawat pesakit pesakit hospital di wad wad terpilih.
Kelihatan seorang pesakit ditemani ibunya. agak lemah kerana mungkin baru menjalani sesi kemoterapi. Setelah bertanya khabar dan meminta izin untuk berdoa. Maka sukarelawan lawatan hospital pun membacakan doan.
"Ya Allah yang Maha Pemurah, Yang Maha Mengasihani,"
"Kau sembuhkanlah penyakit penyakit kami, Kau mudahkanlah urusan urusan kami Ya Allah..."
"Ya Allah... Kepada Engkaulah tempat kami meminta.."
" Kepada Engkaulah sahajalah tempat kami memohon pertolongan..."
"Ya Allah kami tidak berputus harap kepada Mu Ya Allah..."
menitiskan jua air mata seorang ibu semasa mengaminkan doa sukarelawan lawatan hospital agar anaknya cepat sembuh daripada lukemia.
Terasa betapa ikhlasnya seorang ibu mengaminkan doa agar anaknya dapat sembuh dan agar kesakitan yang dirasai anaknya hilang.
Ya Allah letakkanlah ikhlas dalam hati hati kami ya Allah
rujukan tambahan:
No comments:
Post a Comment