Monday, August 16, 2010

Jom bantu saudara baru

Assalamualaikum semua,

alhamdulillah ramadhan sudahpun masuk hari ke 5, maka haruslah kita ambil penekanan tentang amalan yang dilakukan seharian, pastikan kita melakukan yang terbaik, kerana belum tentu kita akan bertemu ramadhan yang akan datang.

Iftar/ Berbuka puasa
Menyediakan makanan bagi orang yang berbuka puasa merupakan satu amalan yang banyak mendapat ganjaran. Bagi orang orang yang beriman, maka mereka akan bersegera untuk menyediakan makanan bagi orang orang yang berbuka puasa. Berusahalah untuk menyediakan makanan berbuka mengikut kemampuan masing masing.
Kelebihan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa:
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun” 
(Hadith Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Bantulah saudara baru
Bagi saudara baru, mereka memerlukan bantuan dan sokongan mereka dapat berdikari. InsyaAllah dengan usaha kita semua, mereka akan dapat berdikari dan seterusnya membantu saudara saudara lain yang memerlukan. Sebagai contoh, saudara Kamarudin Leong dan isteri yang sedang berusaha berdikari dan menceburi bidang perniagaan makanan di perkarangan Masjid Bayan Baru sepanjang ramadhan tahun ini.


saudara kamarudin dan isteri di gerai jualan
datanglah menunjukkan sokongan di Masjid Bayan Baru
bantulah saudara saudara kita,
moga kita menjadi orang orang bertaqwa selepas
tarbiah bulan ramadhan..


Iftar perdana 21 Ogos 2010 di Dewan Millenium Pulau Pinang
Sebagai saudara seagama, maka kita hendaklah sentiasa menunjukkan sokongan terhadap usaha usaha membantu. Jadi antara yang boleh dibuat ialah dengan menyokong usaha seperti majlis Iftar Perdana. InsyaAllah hasil yang diperolehi dari program ini akan digunakan untuk merancakkan lagi aktiviti aktiviti sokongan terhadap saudara baru kita. Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu selagi termampu.

Brosur iftar perdana anjuran hidayah center

Pautan:
Iftar perdana

Tuesday, August 10, 2010

Jawapan dari Al Quran: dari siapa sebenarnya Al Quran

Assalamualaikum buat semua,


baru baru ini semasa "surfing" internet dan melihat youtube, ada satu perbincangan menarik dalam deen show.. banyak persoalan persoalan yang dijawab terus Allah didalam al quran..
dalam siri ini, pengacara Eddy bertanyakan tentang persoalan persoalan dan imam faisal menjawab menggunakan ayat ayat al quran. Subhanallah




antaranya persoalannya..


1. dari siapa sebenarnya al quran?
2. adakah Nabi Muhammad mengarang sendiri Al Quran?
3. Sejauh mana sifat pemurah Allah S.W.T?
4. Siapakah sebenarnya nabi Isa/ Jesus?
5. Realiti / Nilai sebenar kehidupan di dunia ini.
6. Balasan bagi mereka yang berfikir untuk kufur kepada Allah


Mari kita lihat persoalan pertama yang dijawab terus didalam Al Quran


Daripada siapa sebenarnya Al Quran? 
( Ali Imran 1-7 )


[1]
Alif, Laam, Miim.
[2]
Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.
[3]
Ia menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci (Al-Quran) dengan mengandungi kebenaran, yang mengesahkan isi Kitab-kitab Suci yang telah diturunkan dahulu daripadanya, dan Ia juga yang menurunkan Kitab-kitab Taurat dan Injil.
[4]
Sebelum (Al-Quran diturunkan), menjadi petunjuk bagi umat manusia. Dan Ia juga yang menurunkan Al-Furqaan (yang membezakan antara yang benar dengan yang salah). Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah itu, bagi mereka azab seksa yang amat berat. Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa, lagi berhak membalas dengan azab seksa (kepada golongan yang bersalah).
[5]
Sesungguhnya Allah tidak tersembunyi kepadaNya sesuatu pun yang ada di bumi dan juga yang ada di langit.
[6]
Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
[7]
Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat “Muhkamaat” (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat “Mutasyaabihaat” (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) – adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:” Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami” Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran.


sama sama kita menyumbang artikel dalam usrah GBS.. dan selamat menyambut ramadhan.. Moga kita terlepas dari seksaan api neraka


pautan:
You Tube: Dari siapa sebenarnya Al Quran?
You Tube: Realiti Kehidupan