Monday, August 16, 2010

Jom bantu saudara baru

Assalamualaikum semua,

alhamdulillah ramadhan sudahpun masuk hari ke 5, maka haruslah kita ambil penekanan tentang amalan yang dilakukan seharian, pastikan kita melakukan yang terbaik, kerana belum tentu kita akan bertemu ramadhan yang akan datang.

Iftar/ Berbuka puasa
Menyediakan makanan bagi orang yang berbuka puasa merupakan satu amalan yang banyak mendapat ganjaran. Bagi orang orang yang beriman, maka mereka akan bersegera untuk menyediakan makanan bagi orang orang yang berbuka puasa. Berusahalah untuk menyediakan makanan berbuka mengikut kemampuan masing masing.
Kelebihan Memberi Makan Orang Berbuka Puasa:
“Siapa yang memberi makan orang yang berpuasa, maka diampuni dosanya dan dibebaskan dari api neraka dan mendapatkan pahala seperti orang-orang yang berpuasa tersebut tanpa dikurangi pahalanya sedikitpun” 
(Hadith Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

Bantulah saudara baru
Bagi saudara baru, mereka memerlukan bantuan dan sokongan mereka dapat berdikari. InsyaAllah dengan usaha kita semua, mereka akan dapat berdikari dan seterusnya membantu saudara saudara lain yang memerlukan. Sebagai contoh, saudara Kamarudin Leong dan isteri yang sedang berusaha berdikari dan menceburi bidang perniagaan makanan di perkarangan Masjid Bayan Baru sepanjang ramadhan tahun ini.


saudara kamarudin dan isteri di gerai jualan
datanglah menunjukkan sokongan di Masjid Bayan Baru
bantulah saudara saudara kita,
moga kita menjadi orang orang bertaqwa selepas
tarbiah bulan ramadhan..


Iftar perdana 21 Ogos 2010 di Dewan Millenium Pulau Pinang
Sebagai saudara seagama, maka kita hendaklah sentiasa menunjukkan sokongan terhadap usaha usaha membantu. Jadi antara yang boleh dibuat ialah dengan menyokong usaha seperti majlis Iftar Perdana. InsyaAllah hasil yang diperolehi dari program ini akan digunakan untuk merancakkan lagi aktiviti aktiviti sokongan terhadap saudara baru kita. Jangan lepaskan peluang ini untuk membantu selagi termampu.

Brosur iftar perdana anjuran hidayah center

Pautan:
Iftar perdana

1 comment:

Nailul Muna Zahra said...

Semoga ramadhan kita berkah