Tuesday, October 19, 2010

Usrah di rumah akhi Salmi dan sambungan surah Al Qalam

Asssalamualaikum buat semua warga GBSian sekalian,

alhamdulillah usrah minggu lepas, 13 Oktober berlangsung di rumah akhi Salmi, di kampung Sungai Nibong Kecil. Terima kasih kepada akhi Salmi yang sudi menjadi "host" usrah minggu ini. Moga Allah melimpahi rezeki kepada akhi Salmi.

Zaki, Salmi dan Hadi

Kisah pembesar quraisy

Di dalam surah Al Qalam juga diterangkan tentang kisah pembesar Quraisy yang sombong. Allah telahpun mengurniakan dia dengan anak anak, harta serta perniagaan yang menguntungkan. Namun, pembesar tersebut terus sombong dan tidak mengakui apa yang dibawa oleh Rasulullah. Pembesar tersebut adalah pembesar yang sama dibincangkan sebelum ini.

[14] Al Qalam
Adakah kerana ia seorang hartawan dan ramai anak-pinaknya (maka ia mendustakan ugama Kami)? -
[15]
Apabila dibacakan kepadanya ayat-ayat keterangan Kami, ia berkata: ” (Ini ialah) cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala”.


Kisah Pemilik Pemilik Kebun

Didalam surah Al Qalam, diceritakan tentang kisah sekumpulan pemilik kebun yang tamak. Mereka tidak mahu orang orang miskin mendapatkan hasil dari kebun. Dan mereka merancang untuk mendapatkan semua hasil kebun mereka. Mereka begitu pasti dan yakin dengan perancangan mereka tanpa meletakkan pengecualian yang tidak ada apa yang dapat berlaku dengan izin Allah Subhanahuwataala.

Akhirnya mereka mengalami kerugian dan menyedari kesalahan mereka. Dan Allah mengingatkan bahawa azab siksaan di akhirat kelak jauh lebih dahsyat berbanding siksaan di dunia.

[33] Al Qalam
Demikianlah azab seksa (yang telah ditimpakan kepada golongan yang ingkar di dunia), dan sesungguhnya azab hari akhirat lebih besar lagi; kalaulah mereka orang-orang yang berpengetahuan (tentulah mereka beringat-ingat).


pautan:
http://www.alquran-melayu.com/68-al-qalam/

No comments: