Monday, November 22, 2010

lawatan hospital 14 November 2010

Assalamualaikum buat semua GBSian,

Alhamdulillah GBSian berpeluang mengikuti lawatan hospital lagi, kali ini lawatan diadakan ke wad pembedahan jantung dan juga kanser.

Didalam sesi lawatan ini, para sukarelawan bertanya khabar para pesakit dan bertanya tentang apa apa maklum balas tentang soal amal ibadah. Ternyata kedatangan sukarelawan dapat sedikit sebanyak menjawab persoalan ibadah para pesakit.


para sukarelawan memulakan sesi lawatan dengan membaca doa
Dalam perjalanan ke wad wad
sesi perbincangan selepas melawat para pesakit

Para sukarelawan juga memberi kata kata semangat kepada para pesakit supaya cepat sembuh. Semoga semua yang hadir dapat mengambil iktibar dan tidak putus berharap dan berdoa kepada Allah.

InsyaAllah laman sesawang Facebook lawatan hospital akan dibuka, moga lebih ramai sukarelawan dapat merasai pengalaman ini. Jom ikut sesi lawatan yang seterusnya...

Tuesday, November 16, 2010

selamat hari raya aidil adha dan renungan ayat 7 surah Muhammad

selamat hari raya aidil adha buat semua GBSian,

insyaAllah sama sama kita semarakkan semangat untuk menegakkan agama Allah,



Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan Allah Maha Besar, 

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya layak bagi Allah.


Allah Maha Besar Yang Teramat Besar, Segala Puji bagi Allah Yang Teramat Banyak, 

Maha suci Allah pada waktu pagi dan petang, 

Tiada Tuhan melainkan Allah, dan Tidak ada lain yang kami sembah melainkan Dia, 

Kami ikhlas kepadaNya (mengikuti ajaran agama Islam) sekalipun dibenci oleh orang-orang kafir,


Tiada Tuhan melainkan Allah Yang Tunggal, 

Yang Menepati janjiNya, Yang Menolong hambaNya, 

Dan Yang Memuliakan tenteraNya dalam mengalahkan tentera al-Ahzab dengan sendiri (KekuasaanNya), 


Tidak ada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,

Allah Maha Besar dan segala puji-pujian hanya bagi Allah.



InsyaAllah Allah bersama dengan orang yang menegakkan agamaNya


Didalam suasana umat islam di merata dunia yang diuji dan ditindas, dan seperti di Palestin, Chechnya, Sudan, Iraq dan lain lain tempat lagi, kita yakin bahawa segala pergantungan kita adalah kepada Allah. Ya Allah, teguhkanlah usaha usaha kami dijalan yang Kau redhai Ya Allah...


sama sama kita renungi dan hayati ayat dibawah.


“Jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”. (Muhammad:7)

Monday, November 15, 2010

permulaan hebat surah lebah, an nahl untuk renungan bersama

Assalamualaikum semua pembaca GBSian,

permulaan surah An Nahl, ayat 1-24 mengandungi banyak ayat ayat untuk renungan kita bersama.
Tertarik dengan satu video di youtube mengenai surah ini. Ditambah dengan bacaan yang jelas dan visual yang mengajak kita berfikir. Tidak rugi menghabiskan sedikit masa untuk menghayati video youtube ini.

maaf tiada terjemahan bahasa Melayu, insyaAllah boleh diusahakan pembikinan dalam bahasa melayu,

bacaan dan gambar gambar yang ditunjukkan insyaAllah boleh memberi kita keinsafan siapa kita dalam memastikan hidup kita selari dengan perintah Allah.

Jangan kita menjadi orang yang melampaui batas, sedarlah asal kejadian kita...

kejadian manusia dari air mani,
namun akhirnya dia menjadi pembantah yang terang
[3]
Ia menciptakan langit dan bumi dengan cara yang sungguh layak dan berhikmat; Maha Tinggilah Ia dari perbuatan syirik yang mereka lakukan.
[4]
Ia menciptakan manusia dari air benih, (setelah sempurna kejadiannya), tiba-tiba menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya.


Alam ciptaan Allah menjadi tanda kekuasaan Allah, marilah kita bersyukur dengan nikmat kurniaanNya


kepelbagaian ciptaan sebagai tanda kekuasaan Allah bagi mereka yang berfikir
[11]
Ia juga menumbuhkan bagi kamu dengan sebab hujan itu tanaman-tanaman dan pokok-pokok zaitun dan tamar (kurma) serta anggur; dan juga dari segala jenis buah-buahan.
Sesungguhnya yang demikian mengandungi satu tanda (yang membuktikan kekuasaan Allah) bagi kaum yang mahu berfikir.
[12]
Dan ia memudahkan bagi kamu malam dan siang, dan matahari serta bulan; dan bintang-bintang dimudahkan dengan perintahNya untuk keperluan-keperluan kamu. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang membuktikan kebijaksanaan Allah) bagi kaum yang mahu memahaminya.
[13]
Dan apa-apa jua yang dijadikan untuk kamu di bumi yang berlainan jenisnya (dimudahkan juga untuk kegunaan kamu). Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) bagi kaum yang mahu mengingati nikmat Allah itu.



Nikmat Allah tidak terhitung, hisablah diri sebelum nikmat nikmat ini diperhitungkan kelak..

bersyukurlah dengan nikmat nikmat Allah yang tidak terhitung..
[18]
Dan jika kamu menghitung nikmat Allah (yang dilimpahkannya kepada kamu), tiadalah kamu akan dapat menghitungnya satu persatu; sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.

Hakikat sembahan sembahan yang lain bagi orang yang berfikir....

[20]
Dan makhluk-makhluk yang mereka sembah selain dari Allah itu tidak dapat menciptakan sesuatupun, bahkah merekalah yang diciptakan.


Balasan Azab pedih bagi mereka yang mendustakan Allah

para pendusta akan menerima azab dan... sila baca sambungan ayat 25 surah an Nahl

Ingatlah, balasan siksa yang pedih disediakan bagi orang yang ingkar dan tidak membenarkan ayat ayat Allah. Marilah kita sama sama mempersiapkan diri kita menghadap Allah.

Marilah kita sama sama menghitung diri kita sendiri dan berusaha membersihkan diri dalam usaha mendekatkan lagi diri kepada Allah S.W.T dan meneruskan da'wah Rasulullah.

pautan:
http://www.youtube.com/watch?v=u150B5DXUxU

Monday, November 8, 2010

GBS dan BOMBB bersama IKRAM PP lawat dan bantu mangsa banjir



Salam...
Alhamdulillah pd 7 Nov lalu beberapa ahli GBS dan BOMBB mengikuti rombongan IKRAM PP melawat mangsa2 banjir di Jitra, Kedah. Rombongan seramai 21 orang telah berkumpul sejak dari pukul 8 pg di masjid seberang jaya. Konvoi berangkat pd pukul 9 pg dan tiba sekitar 11 pg disebabkan jam yg agak teruk dari PLUS exit menuju ke Jitra.
Kami terus menuju ke Tmn Jitra utk menyantuni keluarga2 disana. Ikhwah2 IKRAM Kedah telah menyambut kehadiran kami dgn gembira dan penuh semangat persaudaraan. Seusai pembahagian kumpulan dijalankan, kami pun bergerak menuju ke rumah mad'u masing2 (mangsa banjir) utk menolong mereka membersihkan rumah. Program berhenti rehat utk lunch pd pukul 1.15 dan bersambung semula hingga pukul 5 ptg. Rombongan bertolak balik ke Penang secara infradi mengikut driver masing2 kerana ada yg berhajat utk pulang terus manakala ada yg mahu jalan2 cari makan. Tp keutamaan yg penting iaitu solat zohor dan asar jamak ditunaikan dulu.
Rombongan sampai di Taman Jitra.. Azam steady, Bro Khaw ceria2 selalu!...:)
Tiba di pusat operasi banjir IKRAM Kedah...bergambaq dulu apa2 pun...

Gambaran2 awal kemusnahan banjir!
Rumah mad'u kami (GBS)
Lunch time! mmg sedap makan time lapaq! Tp lunch depa mmg A!..:)
Sambung balik sentai selut...Gosot jgn tak gosot..!
Water Jet...Undoubtedly the most important tool needed after flood!

IKRAM kids in action! Malu je pakcik2 dan Abg2 tengok depa byk buat keja tak byk ckp
5 pm. Masa utk pulang...Takat ni je la noo bantuan kami.Tu dia mad'u kami
yg baju kuning...Walaupun dlm dah kami sentai, tp bhgian luaq Abg kena proses
seniri la noo...:(...Apapun mereka semua sgt berterima kasih!
(Alum Viva Palestin5 baju putih...steady lah...Khaw always avoids camera)
Singgah di Masjid Jame' Al-Shahab utk solat Zohor dan Asar berjemaah.

Apapun kami semua berasa puas dan enjoy walaupun letih...Sungguh indah perasaan setelah dapat mencurah keringat membantu mangsa2 banjir...Walaupun bantuan tidaklah seberapa ttp semangat bekerjasam sesama ikhwah yg baru dan yg lama dpt mengeratkan lg hubungan silaturrahim antara peserta program kali ini. Ya Allah, jadikanlah kami dikalangan Org2 yg bekerja semata2 ikhlas keranaMu dan jadikanlah usaha kecil kami ini sebagai bukti padaMu yg kami telah berkorban dijalanMu utk mendapat redhaMu! Ameen Ya rabbal 'Alameen!

(Kawan2 baru GBS yg berpotensi: Lan (membe Azam), Jalil (Juru/SPT). Sama2lah kita santuni mereka insyaallah)

Thursday, November 4, 2010

laporan ceramah dari aktivitis A2GVP5, konvoi kemanusiaan ke Gaza

Assalamualaikum semua pembaca GBS,

pada hari Khamis, 28 Oktober yang lepas, Alhamdulillah GBSian dapat mendengar perkongsian pengalaman perjalanan Hj Taufek yang baru pulang dari misi konvoi keamanan Viva Palestin ke Gaza. Hj Taufek mewakili NGO Aqsa Syarif sebagai salah satu anggota konvoi dari Malaysia ke Gaza.

Hj Taufek menyampaikan pengalaman beliau kepada hadirin
Peringkat awal perjalanan
Hj Taufek menceritakan bagaimana beliau membuat keputusan untuk pergi menyertai konvoi tersebut. Bermula dari pada panggilan dari Pejabat Aqsa Syarif, persediaan lesen memandu antara bangsa, suntikan vaksin sehinggalah kepada pengumpulan dana bagi membolehkan beliau menyertai konvoi tersebut. Ternyata, niat murni beliau dipermudahkan Allah.

peta perjalanan misi tahun 2009, perjalanan kali ini hampir sama

Bertolak ke UK
Anggota anggota konvoi bertolak menaiki pesawat dari Malaysia ke United Kingdom untuk menyertai peserta konvoi dari pelbagai negara. Dari UK, mereka merentasi Selat Inggeris menggunakan Euro Train. Kemudian melalui Perancis, Itali, Greece, Turki, Syria, Jordan dan Mesir sehingga ke persempadanan El Arish dimana terdapat pintu Rafah yang menhubungkan Mesir dan Gaza.


peserta konvoi membuat demonstrasi di bandar bandar yang mereka lalui

Aktiviti dan Rintangan semasa perjalanan
Antara aktiviti yang dijalankan peserta konvoi ialah mengadakan pameran dan kempen kesedaran dibandar bandar yang mereka lawati kepada penduduk penduduk setempat. Ternyata sokongan kepada pembebasan palestin semakin meningkat.

Rintangan yang dihadapi termasuklah cuaca, kenderaan rosak dan kerenah birokrasi untuk memasuk sempadan Rafah. Peserta konvoi terpaksa menunggu untuk suatu tempoh sebelum dibenarkan memasuki Gaza. Sidang akhbar diadakan sepanjang tempoh menunggu untuk memberi tekanan media kepada pihak berkuasa Mesir supaya memberi kebenaran masuk ke Gaza.

Keadaan Gaza masa kini
Haji Taufek melaporkan bahawa penduduk Gaza terus gigih meneruskan kehidupan walaupun berdepan dengan banyak kepayahan. Golongan muda gigih menghafal al quran dan menimba ilmu di universiti walaupun sedar peluang untuk mendapatkan pekerjaan amat sedikit. Marilah sama sama kita mencontohi kegigihan penduduk di sana.

Antara pengalaman lain menarik
Diantara pengalaman menarik yang dikongsi oleh Hj Taufek ialah bertemu dengan pemuda dari New Zealand. Pemuda ini fasih berbahasa arab dan giat menjalankan aktiviti da'wah di New Zealand kepada penduduk asal disana. Pengalaman lain yang menarik ialah bertemu dengan aktivis dari England yang tidak percayakan tuhan. Aktivis ini berpegang kepada konsep syurga dan neraka ialah kebahagian dan derita di dunia sahaja. Marilah kita berdoa semoga Allah membuka pintu hidayah kepada aktivis tersebut.

Tetap menjaga amal ibadah
Didalam perjalanan yang panjang dari UK ke Gaza, Hj Taufek dan juga anggota Aqsa Syarif yang lain menjaga soal amal ibadah mereka. Seorang ketua dilantik dikalangan peserta konvoi untuk menjadi imam dan membuat keputusan sepanjang perjalanan konvoi.

Jom bermusafir
Antara saranan Hj Taufek ialah umat islam menyemarakkan kembali semangat bermusafir. InsyaAllah banyak pengajaran yang didapati daripada aktiviti bermusafir di bumi Allah ini.


pautan:
http://www.vivapalestina.org/home.htm

Monday, November 1, 2010

walimatul urus Faizal dan Ida pada 30 hb 2010

Assalamualaikum semua pembaca usrah GBSian,

Alhamdulillah GBSian sempat berjaulah ke Parit Buntar untuk menghadiri majlis walimatul urus Faizal dan Ida.
Semoga Allah melimpahi rezeki dan keberkatan kepada pasangan GBS ini,

GBS omar dan rakan rakan dari pulau pinang

GBSian layan diri dengan menu ayam masak merah, nasi tomato, bihun sup yang menyelerakan

GBSian menjamu selera

syed faizal, GBS yang bertugas di Putrajaya

GBSian bergambar dengan raja sehari kita

Jejaka GBS bersalaman, moga cepat bertemu jodoh juga


Mari kita renung renungkan ayat berikut, sama sama kita hayati

[21] Rum
Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.


pautan:
http://www.alquran-melayu.com/30-ar-rum/